Floating Icon
21 JUL 2022 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 844 LIHAT 34 BERKONGSI

Mengapa Air eSpring Selamat Untuk Bayi Anda


Tidak banyak perkara yang menggembirakan ibu bapa seperti melihat perkembangan anak mereka dari satu peringkat kehidupan ke peringkat yang seterusnya. Contohnya, pada hari bayi mencapai usia enam bulan dan ibu bapa yang sangat teruja ini dimaklumkan oleh ahli pediatrik bahawa bayi mereka sihat dan sudah bersedia untuk makanan pepejal – hore!

Pemproses makanan pun dikeluarkan berserta dengan pelbagai jenis buah dan sayur – dan keseronokan bermula! Pisang atau epal biasanya disyorkan untuk pengenalan pertama kepada makanan pepejal, lecek sehingga cukup lembut untuk gusi bayi dan mudah ditelan.

Pasti seronok melihatnya.

Dari saat anda memegang sudu di depan bayi anda sehingga saat mereka menjamah sajian lembik itu perlahan-lahan, muka mereka berkerut kerana terkejut kemudian ketawa gembira. Sudah tentu ada kesan comot yang perlu ibu dan ayah bersihkan nanti tetapi ia menjadi memori yang dikenang buat selama-lamanya.

Biasanya bayi hanya kenal satu rasa dalam enam bulan pertama kehidupan mereka, oleh itu ramai ibu bapa melancarkan fasa peralihan ini dengan menambah susu ibu, susu formula atau air tulen ke dalam makanan pepejal. Jadi, di sini kita harus berhati-hati:



Pastikan anda hanya menggunakan air tulen untuk bayi.

Menjelang usia enam bulan, bayi sudah bersedia untuk diberikan sedikit air. Namun begitu, adalah penting untuk menggunakan air tulen untuk memastikan ia selamat daripada bahan cemar dan tidak membahayakan sistem pencernaan bayi yang sensitif dan masih berkembang.

Sebelum mereka mencapai tahap ini pun, susu tepung juga perlu dicampur dengan air. Oleh itu, akses mudah kepada air terturas yang bersih dan selamat adalah penting, terutamanya bagi ibu yang tidak dapat menyusui.



Sejauh manakah air paip anda selamat?

Di sesetengah kawasan, air paip dicemari paip plumbum lama. Pendedahan kepada plumbum berbahaya kepada bayi yang sedang membesar dan boleh menjejaskan ibu yang menyusui.

Walaupun paip plumbum digantikan secara beransur-ansur di kebanyakan tempat, ujian air biasanya memfokuskan kepada mikrob, bukannya paras logam berat yang tinggi. Oleh itu, sangat penting untuk memasang penuras air yang boleh menyingkirkan logam berat seperti plumbum dan merkuri dengan berkesan.

Dapatkan air yang selamat untuk bayi dengan eSpring

Sistem Rawatan Air eSpring yang memenangi anugerah ini boleh membekalkan air minum yang bersih dan selamat untuk dicampur dengan formula dan bijirin bayi serta ditambah ke dalam puri atau digunakan untuk mencairkan jus. Makanan yang dimasak di rumah juga rasa lebih enak menggunakan air yang dituras eSpring. Yang paling penting, ia mudah digunakan, jadi kekal terhidrat lebih mudah dan lebih selamat untuk seisi keluarga.

Diperbuat daripada karbon diaktifkan berasaskan tempurung kelapa, Penuras Karbon termajunya berkesan menuras lebih daripada 140 bendasing di samping mengekalkan mineral bermanfaat seperti magnesium dan kalsium. Pada masa yang sama, Lampu UV memusnahkan sehingga 99.99% bakteria dan virus untuk air termineral yang bersih dan sejernih kristal.

Terokai lebih banyak manfaat Sistem Rawatan Air eSpring di sini.

Rujukan:

  1. https://www.bbc.com/future/article/20220622-whats-really-inside-babies-first-foods
  2. https://www.webmd.com/parenting/baby/what-you-need-to-know-water-infants
  3. https://www.nhs.uk/conditions/baby/weaning-and-feeding/drinks-and-cups-for-babies-and-young-children/