Antara pengajaran yang kita peroleh daripada pandemik COVID-19 ialah betapa mudahnya untuk kita menyentuh pelbagai permukaan dan objek yang mungkin terdapat bakteria dan virus berbahaya setiap hari. Dari tombol pintu, butang lif, mesin ATM dan berjabat tangan dengan orang lain, tangan kita sendiri menjadi alat utama untuk menyebarkan kuman ini.
Mujurlah, pensanitasi tangan telah muncul sebagai senjata berkuasa untuk memerangi musuh yang tidak kelihatan ini serta penyakit yang dibawanya. Namun begitu, apabila ancaman COVID-19 semakin berkurangan, adakah penting untuk terus menggunakan pensanitasi tangan? Yang lebih penting lagi, sejauh manakah ia berkesan terhadap jenis bakteria dan virus lain yang biasa ditemui pada tangan manusia dan pelbagai permukaan yang kita sentuh setiap hari?
Memahami spektrum penuh kuman berbahaya
Sebelum membincangkan secara mendalam kepentingan pensanitasi tangan, sangat penting untuk memahami pelbagai kuman yang mengancam kesejahteraan kita. Bakteria dan virus ialah dua punca utama.
Bakteria ialah mikroorganisma sel tunggal yang wujud di mana-mana. Walaupun sesetengah bakteria tidak berbahaya, malah bermanfaat, yang lainnya boleh menyebabkan jangkitan dan penyakit. Bakteria yang biasa ditemui pada tangan manusia termasuk Staphylococcus aureus (Staph), Streptococcus pyogenes (Strep) dan Escherichia coli (E. coli).
Sebaliknya, virus lebih kecil daripada bakteria dan tidak boleh hidup atau membiak tanpa sel perumah. Ia bertanggungjawab terhadap pelbagai jangkitan, dari demam selesema biasa hingga penyakit yang lebih teruk seperti COVID-19. Virus utama yang terdapat pada kebanyakan permukaan termasuklah virus Influenza A dan B, Rinovirus dan Koronavirus.
Bagaimanakah pensanitasi tangan meminimumkan penjangkitan kuman?
Bahan aktif utamanya, alkohol (etanol atau isopropil alkohol) bertindak dengan menyahasli protein di dalam bakteria dan virus, lantas memusnahkannya. Apabila digunakan dengan betul, pensanitasi tangan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol mengurangkan mikrob pada tangan dan permukaan dengan ketara.
Pensanitasi tangan lebih mudah digunakan daripada sabun dan air
Salah satu sebab utama pensanitasi tangan sangat popular ialah penggunaannya yang mudah. Tidak seperti mencuci tangan secara tradisional yang memerlukan sabun, air dan singki, pensanitasi tangan boleh digunakan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Penggunaan mudah ini menjadikannya sangat diperlukan apabila kemudahan mencuci tangan sukar didapati seperti dalam perjalanan, aktiviti luar atau kecemasan.
Bolehkah pensanitasi tangan menggantikan mencuci tangan secara tradisional?
Walaupun pensanitasi tangan sangat penting semasa dalam perjalanan, ia tidak boleh dianggap sebagai pengganti mencuci tangan tetapi sebagai tambahan. Mencuci tangan dengan sabun dan air tetap kaedah yang paling berkesan untuk menghapuskan kotoran, daki dan kuman tertentu daripada tangan. Namun begitu, pensanitasi tangan terus membuktikan kepentingannya apabila sabun dan air tidak tersedia atau tidak praktikal.
Peranan pensanitasi tangan dalam pencegahan penyakit
Penggunaan pensanitasi tangan secara tetap telah terbukti dapat mengurangkan risiko jangkitan dan penyakit. Dengan memutuskan rantaian penularan, pensanitasi tangan bukan sahaja melindungi individu yang rentan tetapi juga seluruh komuniti daripada penularan dan wabak.
Pastikan anda memilih pensanitasi tangan yang dirumus handal melawan mikrob tetapi lembut kepada insan tersayang. Dibuat khusus menggunakan bahan-bahan yang lembut dan pati aloe yang menghidratkan, Pensanitasi Tangan Pursue membunuh 99.9% kuman untuk memastikan tangan yang sensitif selamat, lembut dan licin.
Ia berkesan menghapuskan bakteria seperti streptococcus pyogenes (strep throat), patogen enterik (penyakit gastrousus), yis enterik (jangkitan kulat) dan mycobacterium tuberculosis (TB) yang biasa ditemui pada tangan dan pelbagai permukaan.
Dapatkan Pensanitasi Tangan Pursue di Amway.my hari ini!