Floating Icon
17 DEC 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1868 LIHAT 24 BERKONGSI

Anda Perlukan Jantung untuk Mempunyai Tenaga. Dapatkan Suplemen Ini Hari Ini!

Protein + 1 Anda

Memulakan hari anda dengan protein memberikan tubuh anda tenaga yang diperlukan untuk bergerak dan bekerja dalam keadaan optimum. Ia penting untuk tubuh anda kerana pelbagai sebab:

  1. Menggalakkan pemulihan otot selepas kecederaan atau senaman 
  2. Mengurangkan kehilangan otot
  3. Membina otot tanpa lemak dan menggalakkan rasa kenyang
  4. Membantu penurunan berat badan
  5. Menggalakkan kulit yang sihat

Tetapi sama ada anda bekerja dari rumah, kembali ke pejabat atau membuat kerja suruhan, anda tidak boleh bergantung pada pengambilan protein semata-mata untuk memastikan anda terus bergerak. Sebagai dewasa bekerja dan/atau ibu bapa yang sibuk, anda memerlukan banyak tenaga dan jantung yang sihat untuk menjalankan tugas anda Jadi, gandingkan Minuman Protein Soya Nutrilite dengan Nutrilite DOUBLE X atau Nutrilite Salmon Omega Complex untuk memenuhi keperluan tubuh anda.


Tenaga Untuk Berhari-hari

Nutrilite DOUBLE X ialah suplemen diet semua dalam satu yang memberikan manfaat asas kesihatan yang kukuh dengan gabungan 12 vitamin, 9 mineral dan 17 pekatan tumbuhan yang kaya fitonutrien*.


Dengan semua kebaikan dari ladang kami yang disahkan Nutrilite dalam tiga tablet yang mudah ditelan, DOUBLE X mengisi jurang nutrisi dalam diet anda, membekalkan lebih tenaga untuk ibu bapa yang letih dan dewasa bekerja serta membantu merangsang penyerapan nutrien tubuh.

Selain itu, jika anda ada masa terluang – lalui pengalaman 3D dengan kempen Kebolehjejakan Nutrilite dan jejaki bahan alfalfa dalam DOUBLE X di sini. Laman interaktif ini membolehkan anda melihat proses membuat DOUBLE X – dari biji benih ke suplemen.

*12 pekatan tumbuhan aktif daripada tablet pekatan tumbuhan + 4 pekatan tumbuhan eksipien daripada tablet multimineral + 1 pekatan tumbuhan aktif daripada tablet multivitamin.


Rehatkan Jantung Anda

Nutrilite Soy Protein Drink and Salmon Omega Complex.jpg

Minuman Protein Soya Nutrilite (tersedia dalam 4 perisa) padat dengan vitamin dan mineral, dan berasal daripada protein tumbuhan. Oleh itu, Minuman Protein Soya rendah paras kolesterol yang menjadikannya mesra jantung, dan apabila digandingkan dengan Nutrilite Salmon Omega Complex, suplemen yang mengandungi asid lemak omega-3 – kedua-dua produk akan membantu memerangi isu berkaitan jantung.

Bagaimanakah asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA membantu mengawal paras kolesterol anda? Ini dilakukan dengan mengurangkan tahap trigliserida darah dengan ketara. Kajian mendakwa bahawa dengan mengambil ‘lemak sihat’ ini, seseorang mungkin melihat sedikit penambahbaikan dalam kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL atau kolesterol “baik”).


Nutrilite Salmon Omega Complex

Nutrilite Salmon Omega Complex_b.jpg

Choose your Nutrilite Soy Protein Drink combo.jpg

Hadapi hari-hari mendatang dengan lebih tenaga. Tenagakan hidup anda dengan protein dan gandingkan dengan Nutrilite DOUBLE X untuk membantu mengawal paras tenaga dan/atau Nutrilite Salmon Omega Complex untuk memastikan jantung anda berdenyut dan mengepam darah untuk kesihatan yang lebih baik!

  • Untuk lebih banyak maklumat protein, baca ini
  • Untuk resipi yng padat dengan protein, semak imbas dan cuba ini
  • Kira berapa banyak protein yang anda perlukan setiap hari di sini

Artikel ini adalah sebahagian daripada kempen Mulakan Hari Anda Dengan Betul Dengan Kuasa Protein oleh Nutrilite. Nantikan lebih banyak kandungan dan suplemen Nutrilite lain dalam Protein + 1 Anda.