Floating Icon
31 DEC 2021 ACARA 2 MINIT BACA 212 LIHAT 0 BERKONGSI

eRali ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing dan Hydrating Solution

Acara ARTISTRY yang pertama untuk tahun 2021 yang memperkenalkan koleksi ARTISTRY SKIN NUTRITION yang dinanti-nantikan. Hos selebriti Nadia Heng merasmikan eRali dengan mengundang Joanne Chong, Ketua Pemasaran untuk mendalami penumpuan Nutrilite dan ARTISTRY.

Joanne Chong Head of Marketing introducing ARTISTRY SKIN NUTRITION

Menjajarkan semangat Kecantikan yang Sihat dengan keutamaan berubah-ubah yang dibawakan oleh norma baru, Joanne menerangkan mengenai peralihan daripada nutrisi kepada kecantikan, menekankan perkara yang diperlukan oleh pengguna semasa pandemik Covid-19. Beliau juga memperlihatkan buat pertama kalinya ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing dan Hydrating Solution baru kepada penonton, yang dicipta untuk memenuhi keperluan yang dinyatakan di atas.

Penjelasan yang lebih lanjut mengenai dua penyelesaian penjagaan kulit ini dan kemajuan saintifik di sebaliknya disampaikan oleh penceramah jemputan VIP daripada Amway Global: Jesse Leverett, Saintis R&D Penemuan Global, dan Maggie Pepoy, Pengurus Jenama Global.

Jesse Leverett Global Discovery R&D Scientist explains the innovative science behind ARTISTRY SKIN NUTRITION

Jesse bercakap mengenai sains inovatif di sebalik ARTISTRY SKIN NUTRITION, rangkaian yang menterjemahkan sains kepada kecantikan melalui pemahaman baru tentang kesihatan kulit. Beliau menambah bahawa koleksi tersebut adalah bebas paraben, diperakui vegan dan tidak diuji ke atas haiwan, memenuhi 5 keperluan nutrisi utama agar kelihatan paling sihat, iaitu untuk Membersihkan, Menyeimbangkan, Membina Semula, Melembapkan dan Melindungi

Untuk ini, ARTISTRY menggabungkan kepakaran kecantikan yang melebihi 60 tahun dengan pengetahuan tentang kesihatan, nutrisi dan fitonutrien daripada Nutrilite yang melebihi 85 tahun. Hasilnya: Produk yang bertindak sebagai suplemen untuk kulit, dirumus dengan bahan-bahan Nutrilite yang ditanam di ladangnya sendiri.

Jesse turut menjelaskan bagaimana rumusan tersebut mematuhi garis panduan ARTISTRY Clean yang ketat, dibuat tanpa bahan-bahan berbahaya dan diperkaya dengan bahan botani aktif yang boleh dijejaki. Setiap ARTISTRY SKIN NUTRITION juga berdaftar dengan Persatuan Vegan.

The revamped ARTISTRY Product Pavilion

Semasa rehat, Nadia membawa penonton melakukan lawatan maya ke ARTISTRY Product Pavilion yang telah diubah suai, direka bentuk semula untuk meraikan koleksi baru ini. Elemen yang menyerlah termasuk paparan Phyto Force yang begitu bertenaga dan bahan wira Biji Chia Putih serta sentuhan kayu yang hangat dan dinding kehijauan yang subur untuk menekankan hubungan rapat ARTISTRY SKIN NUTRITION dengan alam semula jadi.

Maggie Pepoy Global Brand Manager shared insights on the Balancing & Hydrating skincare products

Seterusnya, Maggie berkongsi pandangannya mengenai produk ARTISTRY SKIN NUTRITION baru. Dari pembersih ke penyegar dan pelembap, termasuk krim gel mata dan penanggal solekan, sesi ini melihat dengan lebih dekat lagi bahan-bahan bermanfaat yang dimasukkan ke dalam setiap rumusan, cara menggunakannya dan keperluan nutrisi kulit yang dipenuhinya.

Kemudian, Nadia memperkenal kepada penonton 5 orang ahli panel – Yap Ming Hao, Nur Amalina, Terence Foo, Chloe Tan dan Zul Afkar yang berkongsi pengalaman peribadi mereka menggunakan ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing dan Hydrating Solution. Malam tersebut diakhiri dengan ceria sekali dengan hadiah menarik untuk dimenangi bagi kuiz dalam talian dan syot daripada rakaman acara tersebut.

Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai koleksi ARTISTRY SKIN NUTRITION.

BELI-BELAH SEKARANG!