Floating Icon
20 MAR 2022 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 772 LIHAT 28 BERKONGSI

5 Manfaat Madu untuk Kebaikan Kulit Yang Anda Perlu Tahu

Madu ialah sejenis manisan yang dihasilkan oleh lebah dan diperoleh dari nektar pelbagai jenis bunga ketika proses pendebungaan. Madu juga mempunyai antioksidan yang tinggi dan banyak memberi manfaat dan kebaikan dalam penjagaan kesihatan.

Honey restores skin

Selain itu, ia juga baik untuk kulit dan sering digunakan sebagai salah satu bahan dalam produk penjagaan diri seperti sabun madu Amway.

Mengikut kajian, madu mempunyai keupayaan sebagai agen antibakteria. Sebab itulah madu sering dijadikan pilihan sebagai bahan untuk membantu meningkatkan kesihatan diri dan kulit.


    5 Kebaikan dan manfaat madu untuk kulit anda

    • Membantu melembutkan kulit.
    • Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam madu membantu mengurangkan kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas.
    • Membantu menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih bersih.
    • Madu mengandungi kandungan air semula jadi yang boleh membantu melembapkan kulit dan seterusnya melambatkan proses penuaan. Ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering.
    • Membantu mengurangkan kesan parut luka atau jerawat.

Walaupun madu mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikan kepada kulit, namun ia tidak mudah untuk disapu pada kulit wajah kerana teksturnya yang melekit dan berair. Jadi, cara yang paling mudah untuk memberikan khasiat madu pada kulit anda ialah dengan menggunakan produk G&H Nourish+. Ia mengandungi Madu Bunga Oren yang merupakan bahan semula jadi sebagai pelembap yang terbaik untuk kulit.


Rangkaian produk yang terbaik untuk penjagaan diri anda

Antara rangkaian produk G&H Nourish+ yang terbaik untuk penjagaan diri ialah:

Sabun Kecantikan G&H Nourish+ merupakan produk pilihan pelanggan. Ia dihasilkan daripada adunan yang kaya dengan bahan semula jadi dan bahan botani. Ia membuatkan kulit terasa lembut dan lembap serta boleh digunakan untuk muka dan badan. Pencuci muka Amway ini telah diuji secara dermatologi dan tidak membuatkan kulit menggelupas atau kering. Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan membantu menjadikan tona kulit anda lebih sekata.

Mandian G&H Nourish+ dirumus khas untuk memberi kelembapan pada kulit anda. Dengan kandungan botani semula jadi, ia membantu melegakan dan menyamankan kulit kering.

Jangan abaikan tangan anda. Krim Tangan G&H Nourish+ membantu memberi kelembapan menyeluruh setiap kali disapu pada tangan. Ia dapat membantu mengurangkan kedutan pada kulit tangan agar kelihatan tegang dan muda.

    Selain khasiat dari Madu Bunga Oren, rangkaian G&H Nourish juga mengandungi Mentega Shea yang membantu melindungi kulit dan minyak pati labu yang kaya dengan asid lemak perlu dan vitamin serta memberi kelembapan sehingga 24 jam.


    Untuk memastikan kulit nampak sihat, kurang garis-garis halus dan mengelakkan kulit kering, pastikan anda menggunakan rangkaian produk G&H Nourish.

    Pembelian secara dalam talian yang sangat mudah dan boleh dibuat melalui pautan di sini.