Floating Icon
11 JUN 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 1414 LIHAT 39 BERKONGSI

6 Suplemen Pemakanan Yang Harus Diambil Oleh Semua Ayah

Bapa ialah tulang belakang keluarga dan memainkan pelbagai peranan yang besar: mencari nafkah untuk keluarga, menjadi suami dan anak yang baik dan pastinya ayah yang hebat.

Tetapi ketika menjaga orang lain, kadangkala bapa mengabaikan kesihatan diri sendiri. Jadi, pada Hari Bapa ini, tunjukkan keprihatinan kepada ayah anda dengan memastikan kesihatannya dijaga dengan baik dengan enam suplemen ini.


1. Minuman Protein Soya Nutrilite

Nutrilite Soy Protein Drink

Protein adalah salah satu blok binaan asas sel-sel tubuh dan penting untuk sistem imun anda. Ia bukan hanya membina antibodi yang membantu melindungi tubuh daripada bakteria dan virus, meningkatkan pengambilan protein juga boleh membantu mencegah kehilangan otot yang berkaitan dengan usia.

Jadi, mengapa tidak hadiahkan sebotol Protein Soya Nutrilite! Ia mengandungi 8g protein dalam satu sajian dan membekalkan semua 9 asid amino perlu yang diperlukan oleh tubuh anda dan boleh membantu dalam pelbagai aspek: mengekalkan tahap tenaga, menyokong pertumbuhan dan penyenggaraan tisu dan memiliki kulit yang kelihatan sihat. Ia tersedia dalam pelbagai perisa seperti teh hijau, beri campuran, coklat atau perisa asli.


2. Nutrilite Cal Mag D Plus

Nutrilite Cal Mag D Plus

Cal Mag D Plus kaya dengan sumber kalsium, magnesium dan mineral surih semula jadi yang diperoleh dari dasar laut Iceland dan juga Vitamin D. Kalsium dan magnesium sangat penting dalam banyak proses tubuh seperti mengawal atur emosi, tenaga dan tidur serta membantu membina tulang yang kuat dan sihat. Vitamin D juga penting untuk fungsi imun serta metabolisme kalsium dan pembentukan tulang, jadi ia penting untuk diambil bersama dengan kalsium dan magnesium.

MAL13075045N


3. Nutrilite OsteGlucosamine

Kasihan mendengar bapa mengadu sakit sendi? Glukosamina membantu membaiki sendi dan disyorkan untuk mereka yang mengalami sakit sendi atau osteoartritis. Memanfaatkan kuasa fitonutrien seperti bioflavonoid aserola dan sitrus, glukosamina boleh membantu meningkatkan mobiliti sendi, memberikan kelegaan sakit dan mengurangkan keradangan dan pembengkakan pada sendi.

MAL16025024X

Nutrilite Osteglucosamine and Botanical Beverage Mix Acerola with Licorice and Turmeric


4. Nutrilite Botanical Beverage Mix Acerola with Licorice and Turmeric

Tersedia dalam pek batang yang mudah diambil, campuran minuman ini memberikan sistem imun anda perangsang tiga kali ganda dengan kombinasi unik ceri aserola, likuoris dan kunyit. Ceri aserola penuh dengan Vitamin C iaitu antioksidan yang berkuasa dan juga penting untuk pembaikan tisu. Manfaat utama likuoris adalah daripada salah satu sebatiannya, asid glisirizik yang digunakan dalam perubatan herba Cina kerana sifat antiradangnya. Ia juga diketahui boleh menguatkan keimunan dan kesihatan pernafasan. Kunyit ialah rempah terkenal yang mengandungi kurkumin, sebatian antiradang dan mempunyai sifat antioksidan.


5. Nutrilite DOUBLE X

Nutrilite DOUBLE X

Nutrilite DOUBLE X ialah suplemen semua dalam satu yang terdiri daripada 12 vitamin, 9 mineral dan 17 pekatan tumbuhan*. DOUBLE X membekalkan jumlah vitamin, mineral dan fitonutrien yang optimum untuk memberi bapa anda tenaga sepanjang hari.

Teras DOUBLE X ialah kuasa fitonutrien daripada ekstrak tumbuhan. Diekstrak daripada buah-buahan dan sayur-sayuran dari ladang organik Nutrilite sendiri, fitonutrien ini memberikan perlindungan antioksidan yang luas untuk menambah baik dan melindungi kesihatan seseorang. Selain itu, ia tidak mengandungi sebarang pewarna, perisa atau pengawet tiruan.

*12 pekatan tumbuhan aktif daripada tablet pekatan tumbuhan + 4 pekatan tumbuhan eksipien daripada tablet multimineral + 1 pekatan tumbuhan aktif daripada tablet multivitamin.

MAL06051375X | MAL06061351X | MAL05121306T


6. Formulasi Untuk Lelaki Tropical Herbs

Tropical Herbs Formulation for Men

Formulasi Untuk Lelaki Tropical Herbs ialah suplemen yang semula jadi sepenuhnya dengan bahan-bahan herba yang dipilih dengan teliti yang menggalakkan kesejahteraan dan meningkatkan tenaga dan vitaliti lelaki. Ini mengandungi ekstrak tongkat ali, pegaga, puncturevine dan ashwagandha yang mencergaskan semula tubuh.

MAL20032233T

Nutrilite mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa membaca artikel ini! Kami tahu membahagikan masa antara kerja, rumah dan kesihatan anda sendiri kadangkala membebankan – jadi kami menyediakan keperluan anda!

Bercakap tentang menyediakan keperluan anda, nantikan kempen keimunan Nutrilite yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kami memfokus untuk menguatkan keimunan semua orang kerana kami mahu anda #ProtectKawKawWithNutrilite. Nantikan lebih banyak lagi!