Floating Icon
06 JAN 2023 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 426 LIHAT 16 BERKONGSI

7 Sebab Anda Harus Membuat Sendiri Roti Sihat

Ketika perdebatan tentang makanan yang dibeli di kedai dan makanan yang dibuat sendiri berterusan, kami memfokus pada makanan asasi dalam bidang kulinari iaitu roti. Ya, mungkin mudah untuk pergi ke kedai untuk membeli roti, tetapi mengapa tidak membuat sendiri dengan pembuat roti?

Dari ban dan lof yang lebih sihat hingga masa mengeratkan hubungan keluarga, inilah sebabnya anda perlu memakai apron dan mengeluarkan pembuat roti anda daripada kabinet dapur:



Anda boleh memilih bahan yang lebih sihat

Roti komersil lazimnya mengandungi bahan kimia yang digunakan untuk pelbagai tujuan dari memutihkan hingga melembutkan doh. Antara lain, resipinya mungkin mengandungi kalium bromat, minyak berhidrogena separa dan azodikarbonamida.

Membuat sendiri roti membolehkan anda menentukan bahan-bahannya, jadi anda boleh mengeluarkan apa-apa yang mungkin atau mungkin tidak berbahaya kepada kesihatan dan menyesuaikan resipi mengikut citarasa anda sendiri. Anda hanya perlukan sedikit tepung, garam, air, yis dan minyak – dan anda sudah bersedia.



Anda tidak memerlukan bahan pengawet

Jika anda membeli roti dari pasar raya, kemungkinan besar roti itu mengandungi sedikit bahan pengawet. Mengapa? Ia mengambil sedikit masa untuk memindahkan roti tersebut dari ketuhar ke stor penghantaran, rak, mesin daftar tunai dan akhirnya ke dapur, jadi sesuatu perlu ditambah untuk memanjangkan jangka hayatnya.

Pengawet seperti kalsium propionat telah dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti ulser perut, migrain dan masalah tingkah laku dalam kanak-kanak. Oleh itu, membuat buku roti yang lebih kecil apabila anda mahu makan roti – dan ya, anda boleh makan roti itu lama sebelum sebarang bahan pengawet diperlukan – adalah pilihan yang jauh lebih sihat dan tidak membazir.

Anda boleh menjamin kesegarannya

Adakah sebarang cara untuk memastikan tiada sesiapa telah menukar tarikh pengilangan atau tarikh luput pada tag roti itu? Mungkin tidak. Tetapi jika anda membuat sendiri roti itu, anda tahu bila ia keluar daripada ketuhar dan jangka masa anda boleh memakannya.

Namun begitu, masa bukanlah masalahnya apabila anda tahu anda boleh menikmati roti yang lazat itu pada hari yang sama ia dibakar. Jika ada baki, anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk! 😉

Anda mungkin mendapatinya satu bentuk terapi

Membuat roti secara tradisional mungkin memberikan peluang untuk melepaskan rasa geram anda pada seketul doh dengan cara menguli, menumbuk dan menggelek, tetapi semua orang tahu kepuasan sebenar membuat roti ialah pencapaian yang anda rasakan sebaik sahaja roti siap dibakar.

Kemudian terdapat kepuasan deria – pelbagai tekstur dalam sebuku roti yang hangat, dari kerak yang rangup hingga bahagian dalam yang gebu, mungkin sedikit kekacang dan bijian untuk adunan yang menarik. Pastinya, tiada apa (diulangi, tiada apa) yang boleh menandingi aroma roti yang baru dibakar.



Anda boleh melibatkan anak-anak

Apa yang lebih menyeronokkan daripada membuat resipi ini dengan si kecil anda? Sebenarnya: peluang untuk bermain masak-masak yang disediakan ketika membuat roti juga merupakan komponen penting dalam perkembangan awal kanak-kanak dan mengeratkan hubungan yang boleh berlaku sepanjang proses itu memang tiada tandingannya. Dan (bonus!) mereka sebenarnya seronok membuat latihan matematik ketika menyukat bahan-bahan!

Anda bebas untuk menyesuaikan resipi mengikut citarasa anda

Brioche? Focaccia? Bebas gluten? Rendah gula? Rendah natrium? Kranberi kering dan hirisan badam? Anda yang tentukan.

Anda boleh berkongsi dengan insan tersayang

Mahu memberikan kejutan kepada insan terdekat dan tersayang? Hadiahkan roti yang dibakar dengan penuh kasih sayang – reben merah yang cantik dan aksesori hiasan yang lain adalah opsyenal.



Bersedia untuk membakar? Semak seimbas resipi lazat kami di sini.

Dapatkan Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa di Amway.my