Floating Icon
22 DEC 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 7 MINIT BACA 781 LIHAT 16 BERKONGSI

ARTISTRY SKIN NUTRITION Firming Solution: Testimoni

Adakah ARTISTRY SKIN NUTRITION baik untuk tanda-tanda penuaan lanjutan?

Diseduh dengan fitonutrien Nutrilite yang dipetik dari ladang yang disahkan organik, empat penyelesaian ARTISTRY SKIN NUTRITION disahkan vegan, bebas paraben dan tidak diuji ke atas haiwan. Menyuburkan kulit anda untuk Kecantikan yang Sihat, ia direka untuk menyeimbangkan, menghidrat, memperbaharui dan memejalkan kulit. Jadi, apakah kesannya pada kulit dengan tanda-tanda penuaan lanjutan seperti hilang kepejalan serta garis-garis dalam dan kedutan?

Firming Solution Testimonials.jpg

Firming Solution hanya dibezakan daripada Renewing Solution dengan pelembap malamnya. Kedua-dua Penyelesaian mengandungi banyak bahan yang sama seperti Shiso Perilla, Aloe Vera dan Gliserin untuk memberikan pembersihan lembut yang menenangkan kulit pada masa yang sama. Terdapat juga Protein Oat dan Prebiotik untuk menghaluskan dan melicinkan permukaan kulit di samping mengimbangi mikrobiom, yang disuburkan lagi dengan Biji Chia Putih dan Delima Nutrilite.

Bayam, Kunyit dan Bunga Tea Olive yang ditanam Nutrilite digabungkan dalam Kompleks Pembaikan untuk mengembalikan keremajaan kulit sebanyak 600% (ujian ex vivo). Akhir sekali, Firming Ultra Lifting Cream mengandungi Buah Silvervine untuk memulihkan kulit menua yang kusam manakala Peptida mengurangkan kedutan dan menegangkan kulit.

Ini kata pelanggan-pelanggan kami:


Loh Ewe Kang.jpg

Loh Ewe Kang

Saya mempunyai kulit kering dengan zon-T berminyak. Kulit saya kurang pejal dan mempunyai tona kulit tidak sekata, kekusaman dan garis ketawa. Saya tidak merokok atau minum alkohol dan saya mengambil suplemen Nutrilite setiap hari dengan protein, BodyKey dan minum banyak air.

Saya menggunakan pembersih, penyegar dan pelembap serta INTENSIVE SKINCARE Advanced Vitamin C + HA Treatment. Dua kali seminggu, saya bersilih ganti menggunakan SIGNATURE SELECT Hydrating dan Purifying Masks.

Saya menggunakan Renewing Reactivation Day Cream SPF 30 dan Firming Ultra Lifting Cream. Renewing Reactivation Day Cream SPF 30 agak kaya disebabkan Mentega Sheanya. Sedikit sahaja sudah cukup.

Firming Ultra Lifting Cream agak kaya, jadi saya menggunakannya sebelum tidur. Apabila bangun, saya dapat rasakan peningkatan kepejalan dan kehalusan. Kebelakangan ini sangat panas jadi saya selalu tidur dengan penyaman udara yang mengakibatkan kulit kering dan kusam. Kini, kulit saya rasa lembut dan lembap sepanjang malam sehingga pagi.

Semua pelembapnya bagus dan berkrim, tetapi produk kegemaran saya ialah Renewing Foaming Cleanser. Saya dapati bau Gliserinnya sangat menenangkan dan formulanya juga sesuai untuk lelaki.

Saya dapat rasakan peningkatan kepejalan dan melihat pengurangan kekenduran. Penganalisis Kulit juga menunjukkan penambahbaikan dalam penghidratan dan keanjalan. Kekusaman wajah saya juga hilang. Permukaan kulit saya berseri dan lebih cerah, manakala kesekataan dan kehalusan kedua-duanya bertambah baik.


Rosita Mat.jpg

Rosita Mat

Kulit saya agak normal, dengan sedikit kekeringan dan berminyak di sana sini. Namun begitu, saya mempunyai sedikit garis halus. Dengan empat orang anak, saya sangat sibuk. Hari saya bermula seawal pukul 6 pagi.

Saya mempunyai rutin penjagaan kulit standard dengan SIGNATURE SELECT Personalized Serum dan dua kali seminggu saya menggunakan SIGNATURE SELECT masks. Saya juga suka menggunakan essentials by ARTISTRY Vitamin Sheet Masks dan INTENSIVE SKINCARE Advanced Skin Refinisher. Selain itu, saya sentiasa menggunakan pelindung matahari walaupun berada di dalam rumah.

Saya menggunakan Renewing Reactivation Day Cream SPF 30 pada waktu pagi dan Firming Ultra Lifting Cream pada waktu malam. Kedua-duanya sangat harum dengan bau yang segar dan menenangkan serta sangat lembut.

Saya suka Renewing Foaming Cleanser yang sangat berkesan tetapi tidak mengeringkan. Semua krimnya sangat menghidratkan dan memberi saya kulit yang lebih lembut dan tegang setiap pagi. Teksturnya kaya tetapi cukup ringan untuk diserap dengan mudah.

Kini saya lebih berkeyakinan kerana saya nampak kulit saya lebih lembap dan seimbang secara keseluruhan. Malah, anak-anak saya suka menyentuh pipi saya dan mengatakan kulit saya sangat lembut dan halus! Kepejalan dan pigmentasi kulit saya juga bertambah baik.


Lee Yuen Charn Kara.jpg

Lee Yuen Charn Kara

Bagi saya, masalahnya ialah keanjalan dan kurang kepejalan. Satu lagi kebimbangan utama ialah penghidratan. Saya juga memerlukan pencerahan kerana saya bukan orang berkulit cerah – saya suka berada di bawah sinar matahari sekurang-kurangnya sejam sehari. Agak sibuk untuk membahagikan masa antara mesyuarat, menguruskan rumah tangga, membesarkan empat anak, memasak, berkejar ke sana sini – mana-mana wanita akan faham keadaan ini.

Saya sentiasa menggunakan ARTISTRY, tidak pernah mencuba jenama lain. Selain pembersih, penyegar dan pelembap, saya juga kerap menggunakan masker, Personalized Serum dan juga INTENSIVE SKINCARE Advanced Vitamin C + HA Treatment. Saya agak berdisiplin dengan rutin saya, terutamanya pelindung matahari.

Pada waktu pagi, saya menggunakan Renewing Reactivation Day Cream SPF 30 dan pada waktu malam, Firming Ultra Lifting Cream untuk saya. Secara keseluruhannya, baunya sangat harum. Bau rangkaian ini menyenangkan, tidak terlalu kuat atau menjengkelkan. Teksturnya sangat bagus dan ringan untuk produk antipenuaan yang biasanya terlalu berat.

Renewing Foaming Cleanser membuih dengan cepat dan tidak rasa berat. Ia membersih secara mendalam dan menjadikan kulit saya rasa sangat segar. Renewing Softening Toner memberikan rangsangan lembapan yang hebat.

Penanggal mekapnya pula sangat bagus untuk pembersihan berganda dan benar-benar membersihkan liang-liang tanpa meninggalkan sebarang sisa berminyak. Kulit saya berseri dan kelihatan lebih cerah, yang saya percaya kerana penghidratan yang lebih baik. Kesan penegangannya sangat ketara terutamanya berhampiran garis rahang dan garis ekspresi saya.


Tan Shally.jpg

Tan Shally

Saya mempunyai kulit sangat kering dengan banyak garis halus. Kulit saya juga tidak begitu tegang, dan hasil Penganalisis Kulit ARTISTRY membuatkan saya sangat risau. Saya telah menggunakan banyak rangkaian penjagaan kulit lain pada masa lalu dan mendapati kulit saya menjadi kering jika saya berhenti menggunakan produk selepas seminggu atau jika saya tidak rajin. Semuanya akan berubah sekarang.

Saya menjalani gaya hidup yang sibuk! Selain kertas kerja, saya sentiasa memasak dan mengemas seluruh rumah. Walaupun begitu, saya masih menjaga kulit saya setiap malam. Pakar kecantikan saya juga kini menelefon untuk mengingatkan dan mengajar saya menggunakan produk saya dengan teliti.

Untuk melembapkan kulit, saya menggunakan Renewing Reactivation Day Cream SPF 30 pada waktu siang dan Firming Ultra Lifting Cream pada waktu malam. Saya suka baunya, dan krimnya sangat lembut dan mudah diserap. Renewing Softening Toner sangat bagus. Sejurus selepas digunakan, saya boleh rasakan kulit saya lembap dan tidak kering apabila disentuh. Makeup Remover + Cleansing Oil juga sangat berkesan.

Setakat ini, kekusaman dan garis-garis halus saya telah berkurangan dan saya dapati kesan memejalkan dan menegangkan. Kedutan saya tidak begitu dalam dan kulit saya lebih terhidrat. Garis-garis pada pipi telah pudar dan keanjalan kulit bertambah baik, jadi saya kelihatan jauh lebih muda. Saya sangat gembira setiap kali saya melihat cermin dan melihat, wah, banyaknya perbezaan!


Husazniza Husain.jpg

Husazniza Husain

Bagi saya, kebimbangan utama kulit saya ialah kekeringan dan pigmentasi serta garis-garis halus dan kedutan. Saya akui, sebelum ini saya tidak begitu berdisiplin dengan penjagaan kulit saya. Terutamanya pada malam apabila saya letih, saya akan mengabaikan rutin penjagaan kulit saya. Antara mesyuarat dan tujuh anak untuk dijaga, saya sentiasa sibuk.

Saya menggunakan Renewing Reactivation Day Cream SPF 30 pada waktu siang dan Firming Ultra Lifting Cream pada waktu malam. Oleh sebab kulit saya sangat sensitif, ia mengambil masa beberapa hari untuk membiasakan diri dengan produk baru, tetapi sekarang semuanya okey dan saya suka.

Tona kulit saya lebih sekata dan cerah. Saya boleh nampak garis-garis halus, kedutan dan kekenduran di sekitar mata dan dahi saya telah berkurangan. Kini, saya teruja untuk lebih konsisten dengan rutin penjagaan kulit saya kerana saya telah nampak perbezaannya.


Ingin mengubah kulit anda juga? Terokai koleksi ini dan lihat sendiri hasilnya di Amway.my