Floating Icon
15 JAN 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 732 LIHAT 16 BERKONGSI

Azam Kecantikan 2021

Ketika kita meraikan tahun baru, ucapkan selamat tinggal pada tabiat kecantikan yang buruk dan mengamalkan pendekatan yang lebih sihat. Ingin tahu satu rahsia? Sebenarnya ia tidak memerlukan perubahan yang besar.

Berikut ialah 5 azam penjagaan kulit teratas yang harus dicapai pada 2021:

Cleanse Beauty Resolutions 2021

Pembersihan Siang & Malam yang Betul

Membersihkan muka dengan betul untuk menanggalkan semua kotoran dan solekan dua kali sehari (tidak kira betapa letihnya anda) ialah langkah pertama dan paling penting ke arah kulit yang sihat dan cantik. Pastikan anda menyapu lembapan dan elakkan produk penjagaan kulit yang mengeringkan dan menyingkirkan perintang kulit. ARTISTRY memiliki rangkaian pembersih yang hebat untuk memenuhi keperluan anda.


Masking Beauty Resolutions 2021

Pengelupasan dan Penggunaan Masker Berkala

Jika permukaan kulit anda rasa kurang licin sejak kebelakangan ini, inilah sebabnya. Mengelupaskan satu atau dua kali seminggu mencegah liang-liang tersumbat yang boleh menyebabkan jerawat, tekstur kulit tidak sekata dan kekusaman. Sementara itu, penggunaan topeng/masker memberikan banyak manfaat kecantikan. Gunakan essentials by ARTISTRY Vitamin Sheet Masks

setiap hari atau pilihlah daripada rangkaian ARTISTRY SIGNATURE SELECT Masks.


Sunscreen Beauty Resolutions 2021

Perlindungan Matahari yang Konsisten

Sinar UV yang berbahaya daripada matahari apatah lagi cahaya biru daripada peranti elektronik boleh menyebabkan kerosakan kulit yang berpunca daripada radikal bebas. Sentiasa gunakan SPF yang baik untuk melindungi kulit anda dan sapu semula jika perlu. Kami syorkan ARTISTRY Phyto UV Protect SPF 50+ PA++++ yang menawarkan perlindungan antioksidan daripada radikal bebas sehingga 8 jam dan menangkis pencemaran persekitaran.


Drink Beauty Resolutions 2021

Kekal Terhidrat

Kami sentiasa menekankan hal ini – ia sangat penting untuk kulit serta otak dan tubuh anda. Sasarkan untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari; ia mudah jika anda membawa sebotol air ke mana jua anda pergi. Oleh sebab kecantikan bermula dari dalam, tambahkan Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite dalam pengambilan harian anda. Ia melindungi kulit dan menyuburkan tubuh anda dengan oligopeptida kolagen marin, peptida kacang soya dan ekstrak bunga kekwa semula jadi yang kaya dengan antioksidan.


Makeup Beauty Resolutions 2021

Buang Alat Solek Lama

Kami tahu ia sukar tetapi fikirkan tentang timbunan bakteria yang ada pada alat solek anda selama ini. Percayalah, anda tidak mahu bakteria itu merosakkan kulit anda. Jangan bimbang – ada begitu banyak warna dan tekstur menawan daripada ARTISTRY STUDIO baru yang akan dilancarkan tahun ini jadi nantikan kemunculannya!