Floating Icon
16 JAN 2023 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 293 LIHAT 8 BERKONGSI

Tauhu Tumis Reneh Dalam Sos Sate Dengan Kuinoa



Bahan-bahan:

  • 30g kuinoa
  • 300g tauhu, dipotong kiub 5cm
  • 20g bawang merah, dicincang halus
  • 50g brokoli, dipotong menjadi kuntum
  • 50ml sos sate
  • 10ml kicap
  • 15ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table
  • 250ml air

Cara:

  1. Rendam kuinoa di dalam mangkuk berisi air selama 15 minit, kemudian tus dan kukus selama 10 minit.

  2. Masak kuntum brokoli di dalam periuk air mendidih selama 2 minit. Tuskan menggunakan penapis dan ketepikan.

  3. Panaskan minyak biji chia putih di dalam kuali dan tumis bawang merah yang dicincang halus sehingga harum.

  4. Masukkan tauhu dan sos sate ke dalam kuali bersama air dan kicap. Reneh dengan api perlahan sehingga tauhu menyerap perisa itu sepenuhnya.

  5. Pindahkan ke dalam pinggan kemudian letakkan kuinoa kukus dan brokoli rebus di atasnya.