Floating Icon
24 MAR 2021 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 1295 LIHAT 24 BERKONGSI

Jom Buka Puasa dengan Amway


Bulan suci Ramadan bukan hanya bulan untuk beribadah, berpuasa dan bermuhasabah tetapi juga bulan untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan pada penghujung hari sambil menikmati sajian berbuka puasa yang enak bersama-sama. Makan di restoran tidak selalunya jimat dan sihat. Sebaliknya, pilihlah untuk berbuka puasa dengan memasak makanan berkhasiat di rumah.

Pulang ke rumah untuk memasak selepas bekerja dan berpuasa dari fajar hingga senja pastinya menjadikan anda tidak bertenaga dan juga letih. Namun begitu, jangan risau. Anda boleh menyediakan makanan enak yang sihat dengan peralatan pintar ini di dapur.


Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker

Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa

Periuk hebat ini melakukan semuanya. Ia dilengkapi dengan tidak kurang daripada 10 fungsi untuk pelbagai keperluan memasak dengan masa dan suhu pratetapyang boleh disesuaikan. Masak menggunakan fungsi tekanan, goreng kilas, stim, masak perlahan, kekal hangat, memanaskan semula makanan, malah membakar kek hanya dengan menekan satu butang.

Selain itu, jika anda tiada waktu pada petang hari, sediakan makanan lebih awal dan gunakan pemasa tunda untuk menunda proses memasak sehingga 24 jam agar anda boleh menikmati makanan panas pada bila-bila masa. Periuk ini didatangkan dengan periuk dalaman boleh tanggal dan tak melekat.


Philips Airfryer

Philips Airfryer

Zahirkan kasih sayang kepada keluarga anda dengan memberikan manfaat kesihatan makanan yang dimasak sendiri. Sediakan makanan digoreng sempurna yang lazat lagi mengecurkan air liur tetapi bebas minyak. Tidak perlu mengelakkan makanan seperti ayam goreng dan ikan kembung goreng yang garing di luar dan lembut di dalam dengan hampir 90% kurang lemak.

Philips Airfryer boleh menggoreng, membakar, memanggang dan menggril dengan udara panas yang beredar di dalam agar makanan masak sekata. Gunakan cara yang sihat ini untuk menggoreng makanan anda!



Noxxa-Noodle-Maker.jpg

Pembuat Mi Noxxa

Sediakan pelbagai jenis mi yang lazat seperti mi kuning, pasta, makaroni, pasta spiral, mi laksa dan banyak lagi dengan mesin automatik yang mudah digunakan ini. Kawal kesihatan keluarga anda dengan membuat sendiri mi tanpa pengawet, pewarna, perisa tiruan dan sesuaikan mi mengikut kreativiti anda.


Vergold Baked Multigrain Rice Crackers

Kraker Beras Campuran Bijirin Panggang Vergold

Nikmati snek yang sihat dengan Kraker Beras Campuran Bijirin Panggang Vergold yang rangup berperisa. Diperbuat dengan bahan-bahan bukan GMO yang sihat dan bebas gluten, kudapan yang dipanggang ini adalah pengganti yang sangat sesuai untuk kerepek dan snek yang mengandungi banyak kalori.

Makan sebagai snek bawa pergi atau nikmati dengan lepa kegemaran anda sebagai alternatif yang sihat untuk roti. Ia didatangkan dalam perisa Teriyaki, Tom Yam dan Pek Nilai (mengandungi 6 bungkus) sebagai hadiah yang sesuai untuk rakan atau keluarga.



Vergold Ice Lemon Tea

Teh Lemon Ais Vergold

Daripada minuman berkarbonat, hidratkan, segarkan dan hilangkan dahaga anda dengan minuman segar lagi menyejukkan yang mengandungi ekstrak teh hijau dan vitamin C untuk minuman yang sihat dan lazat.


Vergold Premium Exotic Arabian Dates

Buah Kurma Arabia Eksotik Vergold

Kurma eksotik premium yang didatangkan dari Arab Saudi ini penuh dengan vitamin, antioksidan, mineral, serat tinggi dan sederhana manis. Puaskan keinginan anda untuk menikmati suatu yang manis dengan anugerah alam yang berkhasiat, lazat dan empuk dengan pelbagai manfaat kesihatan ini.


Vergold Juice Concentrate Cordial

Kordial Jus Pekat Vergold

    Tersedia dalam perisa Oren, Mangga, Delima Anggur, Blackcurrant atau Jambu Merah, minuman yang menyegarkan ini diperkaya dengan Vitamin A, B6, C dan E untuk minuman jus yang menyegarkan semasa berbuka puasa