Floating Icon
17 SEP 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 847 LIHAT 29 BERKONGSI

Blok Binaan Sistem Imun Anda – Bahagian 2

Setelah anda tahu manfaat merangsang keimunan anda melalui kesihatan kulit dan sel, mari kita lanjutkan! Sistem imun yang kuat bukan hanya ditunjukkan di luar tetapi juga di dalam! Memberikan tubuh anda perlindungan yang lengkap bermaksud kekal sihat di dalam dan luar.

Dalam artikel kami sebelum ini, kami membincangkan kepentingan mencapai keimunan melalui kulit anda. Dalam artikel ini, kami membincangkan lebih mendalam tentang kepentingan menunjukkan sedikit keprihatinan kepada usus anda.


Usus Sihat, Tubuh Sihat

Dengan semua makanan lazat yang ada di Malaysia, sukar untuk sentiasa makan sihat. Tambahan pula, kesibukan jadual boleh menjejaskan masa untuk anda memasak sajian yang sihat sepanjang minggu.

A healthy gut contributes to strong immunity.jpg

Di sinilah peranan suplemen kesihatan usus seperti probiotik.

Tahukah anda? 70% keimunan tubuh anda terletak pada usus. Mengekalkan mikrobiota dan flora usus yang sihat memastikan penyerapan nutrien yang lebih baik dan menambah baik pencernaan.


Hilangkan Tekanan Usus Anda

Usus anda merangkumi perut dan usus anda. Biasanya, sakit perut, ulser perut dan ketidakselesaan usus secara am biasanya dikaitkan dengan diet yang tidak seimbang atau mengalami tekanan secara tiba-tiba. Pada masa-masa ini, wajarlah jika usus anda tidak berada dalam keadaan terbaik. Sudah tiba masanya anda meluangkan masa untuk menyayangi diri sendiri dari dalam ke luar!

Oleh sebab tekanan menjejaskan kesihatan pencernaan, sebaik-baiknya berikan tubuh anda bantuan untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Probiotik membantu menyeimbangkan nisbah bakteria baik dan bakteria jahat di dalam usus anda untuk mengelakkan masalah pencernaan dan menggalakkan penghasilan antibodi semula jadi dalam sistem imun anda.

Probiotik adalah caranya kerana makanan yang anda makan mungkin tidak cukup! Apabila anda menyokong usus dengan probiotik, ini membantu memperkaya ekosistem mikrob usus dan tidak memberi ruang kepada bakteria jahat untuk membiak!

Foster good bacteria in your gut.jpg

Bakteria baik di dalam usus anda boleh:

  • Memecahkan makanan yang tidak boleh dicerna oleh tubuh
  • Menghasilkan nutrien penting
  • Mengawal atur sistem imun
  • Melindungi daripada kuman berbahaya

Walaupun kita tidak boleh mengawal semua faktor untuk mengekalkan mikrobiom (komuniti bakteria) usus yang sihat, kita boleh memanipulasi keseimbangan mikrob kita dengan mengambil probiotik.


Adiwira Sakit

Sembuh daripada selesema (ini adalah masa pandemik yang pelik namun menakutkan!) boleh memberikan kesan yang besar kepada tubuh anda. Kadangkala, pemulihan rasa lebih perit daripada penyakit! Ada sebab doktor mendesak anda menghabiskan antibiotik tetapi yang lebih penting ialah susulan dengan probiotik.

Probiotics help balance the good and bad bacteria in your gut.jpg

Antibiotik bukan hanya membunuh bakteria berbahaya di dalam usus anda tetapi juga bakteria yang baik. Oleh itu, tingkatkan fungsi gastrik anda dengan probiotik selepas menghabiskan antibiotik akan menjadikan anda lebih cepat sembuh. Di situlah peranan Nutrilite Mixed Probiotic With Chicory Root Extract!

Ini adalah beberapa cara menambah baik kesihatan usus anda boleh menambah baik kesihatan keseluruhan anda!

  • Untuk mengetahui bagaimana anda boleh #ProtectKawKawWithNutrilite, baca ini!
  • Untuk senarai suplemen perangsang keimunan Nutrilite, baca ini!