Floating Icon
27 APR 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 1360 LIHAT 52 BERKONGSI

Menangani Anak Cerewet Makan? Inilah Cara Suplemen Boleh Membantu

“Mak, saya tak mau makan ini!”

Anda sering mendengar kata-kata ini daripada si kecil? Atau kadangkala anda menemui makan malam yang “tertumpah”, terutamanya jika ia bukan makanan kegemaran anak anda?

Supplement your picky eaters well

Jangan bimbang, anda tidak berseorangan. Lebih daripada 50% ibu bapa di seluruh dunia mengadu anak-anak mereka cerewet makan. Anak cerewet makan, seperti namanya sangat cerewet tentang makanan yang mereka makan. Sesetengahnya hanya mahu mi dengan ayam, yang lain pula tidak suka makan sayur atau minum susu. Hal ini menjadikan memasak untuk anak cerewet makan sangat sukar.

Walaupun diet yang sihat harus mengandungi kepelbagaian iaitu ayam itik, ikan, telur, susu, produk tenusu, sayur-sayuran dan buah-buahan, apabila berhadapan dengan anak cerewet makan, matlamat ini menjadi misi yang hampir mustahil untuk dicapai.

Bagaimanakah hendak mengetahui anak saya cerewet makan?

Normal bagi kanak-kanak untuk suka dan tidak suka makanan tertentu. Namun, anak cerewet makan lebih ekstrem kerana bukan sahaja enggan mencuba makanan baru tetapi juga hanya makan makanan yang disukai berulang kali dan biasanya mendapati waktu makan sangat sukar.

Oleh sebab kanak-kanak memerlukan diet yang pelbagai untuk menjadi sihat, anak cerewet makan mungkin mengalami ketidakseimbangan nutrisi dan tabiat makan yang tidak sihat. Ini mungkin menyebabkan mereka sentiasa letih, malah keimunan yang rendah – hal yang membimbangkan terutamanya kerana kanak-kanak mudah jatuh sakit.

Berikut adalah beberapa petua untuk menangani anak cerewet makan:

  1. Pastikan waktu makan dalam suasana positif dan dorong anak anda dengan lembut.
  2. Sediakan 2 – 3 pilihan makanan dan sertakan sekurang-kurangnya satu makanan kegemaran.
  3. Jangan sediakan sajian khusus untuk anak cerewet makan.
  4. Sertakan suplemen dalam diet mereka. Lengkapkan vitamin, mineral dan nutrien penting yang hilang disebabkan cerewet makan dengan multivitamin dan suplemen untuk kanak-kanak.

Tingkatkan Kesejahteraan Keseluruhan Dengan Suplemen Kanak-kanak Nutrilite!

Menggabungkan suplemen ke dalam diet anak anda adalah cara yang mudah untuk memastikan mereka mendapat nutrien optimum yang diperlukan untuk membesar dengan kuat, cerdas dan berkebolehan.

Multivitamin untuk kanak-kanak boleh membantu meningkatkan selera dan membina sistem imun anak anda. Contohnya, Chewables Multivitamin and Iron Supplement adalah tablet kunyah berperisa oren yang digemari kanak-kanak dan mengandungi semua vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, B12, C, D, E) yang diperlukan untuk menggalakkan kesihatan yang baik dan mencegah keletihan. Tambahan pula, komponen zat besi sangat penting untuk kanak-kanak dalam mencegah anemia dan merangsang paras oksigen.

Nutrilite Chewables Multivitamin and Calcium Magnesium Tablets

MAL19910382X | MAL19984079X

Kedua, jika tenusu dan sayur-sayuran berdaun hijau tidak disukai anak anda, pertimbangkan untuk menambahkan suplemen kalsium untuk menggalakkan tulang yang lebih kuat seperti Kid’s Chewable Calcium Magnesium Tablets. Kalsium diperlukan sejak usia muda supaya kanak-kanak memiliki tulang yang sihat dan kuat. Sementara itu, magnesium bukan sahaja membantu memastikan penyerapan kalsium yang optimum dalam tubuh tetapi kekurangannya boleh menyebabkan tingkah laku lekas marah, sakit otot dan keresahan.

Nutrilite Kids Flavoured Gummy with DHA and Chewable Natural C

MAL19971829X

Jika anda mahukan rangsangan keimunan tambahan, Chewable Natural C adalah pilihan yang tepat. Mengandungi 30mg Vitamin C setiap tablet, tablet kunyah ini diperbuat dengan rumusan premium yang menggunakan bahan semula jadi, iaitu pekatan ceri aserola. Vitamin C sangat penting untuk merangsang sistem imun anak anda dan meningkatkan penghasilan antibodi untuk melawan kuman.

Akhir sekali, menjaga tubuh mereka sama pentingnya dengan menjaga minda mereka. Pacu perkembangan anak anda dengan Gula-Gula Berperisa Dengan DHA Untuk Kanak-Kanak.

yang enak. DHA adalah suplemen penting untuk fungsi otak dan perkembangan kognitif yang optimum. Gula-gula kenyal yang enak, bebas gluten dan mesra vegetarian ini akan membuatkan anak yang paling cerewet makan sekali pun meminta lagi.

Psst: Kami ada dua suplemen kanak-kanak baru bakal menemui anda! Semak ruangan ini untuk maklumat lanjut tentang suplemen perangsang keimunan dan smoothie buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kanak-kanak.