Floating Icon
01 MAY 2023 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 452 LIHAT 48 BERKONGSI

Menghayati Setiap Detik Kesejahteraan

Kadangkala hidup ini melelahkan, jadi ramai yang mencari penawar semula jadi yang menggalakkan relaksasi dan keseimbangan. Di sinilah peranan minyak pati – dan campuran minyak pati. Digunakan secara tradisional dalam amalan kesejahteraan di seluruh dunia, menghidu sekilas sahaja boleh menambah baik emosi anda dengan ketara di samping memberikan ketenangan dan ketenteraman.

Memperkenalkan rangkaian aromaterapi baharu kami daripada Tanamera, barisan eksklusif tiga campuran minyak pati yang dirumus di United Kingdom dengan 100% minyak pati tulen. Mudah digunakan dengan Peresap Aroma Tanamera tanpa air, koleksi ini akan membantu anda bersantai, menjadikan kehidupan lebih menyenangkan dan harum pada masa yang sama.

Campuran Minyak Pati Refresh Tanamera

Kita semua pernah mengalami hari yang penuh tekanan di tempat kerja dan anda tidak boleh fokus. Cergaskan semula deria anda dengan Campuran Minyak Pati Refresh Tanamera, gabungan harmoni minyak pati tulen yang menambah baik perhatian penuh dan kejelasan:

  • Minyak Pati Limau Gedang – diketahui menambah baik daya ingatan dan fokus, menggalakkan sikap optimis dan mengurangkan keresahan
  • Minyak Pati Limau Gedang – perangsang fokus dan emosi yang mengurangkan sikap negatif dan melapangkang fikiran
  • Minyak Pati Spearmint – mempunyai kesan pengimbangan dan menaikkan semangat yang bagus untuk menambah baik fokus, sikap positif, sikap optimis dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan

Dengan aroma pudina yang dingin, Campuran Minyak Pati Refresh Tanamera menggalakkan kewaspadaan dan produktiviti, serta memberikan kesan positif kepada kesejahteraan emosi untuk menjadikan tugas harian lebih mudah.

Campuran Minyak Pati Supercharge Tanamera

Jadual yang sangat sibuk begitu memenatkan? Bertenang – Campuran Minyak Pati Zen Tanamera yang menenangkan boleh membantu melapangkan fikiran dan memperbaharui semangat anda:

  • Minyak Pati Serai – membantu mengatasi rasa gementar dan menghilangkan lesu mental
  • Minyak Pati Eucalyptus – menghasilkan bauan dingin yang menggalakkan pernafasan yang lancar dan suasana tenang
  • Minyak Pati Oren – membantu membina sensasi tenang dan santai, penggalak emosi semula jadi dengan aroma yang manis dan menyegarkan
  • Minyak Pati Lemon – mewujudkan suasana santai untuk menambah baik emosi
  • Minyak Pati Buah Pala – menggalakkan kewaspadaan dan meningkatkan tahap tenaga

Benar-benar menyegarkan, Campuran Minyak Pati Supercharge Tanamera dengan aroma sitrus akan membantu mentenaga dan menceriakan hari anda.

Campuran Minyak Pati Zen Tanamera

Jadual yang sangat sibuk begitu memenatkan? Bertenang – Campuran Minyak Pati Zen Tanamera yang menenangkan boleh membantu melapangkan fikiran dan memperbaharui semangat anda:

  • Minyak Pati Roman Camomile – terkenal dengan sifat terapeutiknya untuk melegakan ketegangan dan kerengsaan
  • Minyak Pati Clary Sage – berfungsi sebagai sedatif ringan untuk mencetuskan rasa santai, jelas dan tenang di samping mengurangkan pening dan keresahan
  • Minyak Pati Bergamot – baunya yang menenangkan membantu menggalakkan relaksasi dengan mengurangkan perasaan tegang
  • Minyak Pati Lavender – berfungsi untuk mengurangkan keresahan, kegelisahan, gangguan fikiran, tidur tidak lena, gementar dan simptom kemurungan yang lain

Bagus untuk memulihkan deria anda dengan aroma bunga segar yang menenangkan, Campuran Minyak Pati Zen Tanamera boleh membantu anda mencari fokus anda dan menjalani kehidupan anda sepenuhnya.

Jangan Lupa Peresap Aroma Tanamera (Tanpa Air)

Walaupun anda hanya boleh meletakkan setitik pada pakaian untuk menikmati manfaat minyak pati kami, mengapa tidak memanfaatkan sepenuhnya pengalaman dengan Peresap Aroma Tanamera tanpa air?

Dengan rekaan moden dan canggih dalam warna emas merah yang cantik, Peresap Aroma Tanamera membebaskan zarah minyak pekat ke udara untuk manfaat kesihatan optimum. Yang paling penting, ia tidak menggunakan haba atau air, yang membantu mengekalkan sifat terapeutik minyak pati.

Di samping itu, ia memenuhi bilik dengan haruman dengan lebih cepat. Oleh sebab minyak pati tidak cair, haruman juga berbau lebih kuat, walaupun di dalam bilik yang besar atau ruang yang luas.

Terokai rangkaian Aromaterapi Tanamera Eksklusif Amway di Amway.my dan terokai manfaat aromaterapi hari ini!