Floating Icon
26 JAN 2021 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 1347 LIHAT 27 BERKONGSI

Resipi Ayam Panggang Kicap Panca Rempah dengan Philips Airfryer | AmwayNow

Jika anda mencari idea tentang apa yang harus dihidangkan kepada keluarga dan rakan-rakan pada Tahun Baru Cina, bagaimana dengan sajian ayam panggang klasik dengan kicap dan serbuk panca rempah?

Ayam panggang memang menjadi kegemaran ramai dan ini masa yang tepat untuk anda menunjukkan kemahiran memasak dengan membiarkan Philips Airfryer melakukan semuanya. Jangan risau. Kami tidak akan berkata apa-apa kepada tetamu anda.

Five Spice Soy Roast Chicken Recipe with Philips Airfryer 2

Jadi, jangan belanjakan wang anda untuk ayam golek, sebaliknya buat sendiri di rumah! Memanggang ayam seekor di Airfryer akan menghasilkan kulit yang garing, daging yang berjus dan hidangan makan malam yang sangat perperisa.

Petua Pantas: Tidak tahu apa itu serbuk panca rempah (five-spice)? Bahan biasa dalam masakan Cina, serbuk ini terdiri daripada kayu manis, jintan hitam, bunga lawang, lada biji sichuan dan cengkih. Jika kedai di tempat anda tidak menjualnya, anda boleh menggantikan serbuk panca rempah dengan menambahkan gabungan lada cayenne, kayu manis dan serbuk cengkih.

Cayenne pepper cinnamon and ground cloves

Bahan-bahan

  • 1 ayam seekor (kira-kira 1.2kg)
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 1 sb halia ditumbuk
  • 1/4 cawan kicap
  • 2 sb madu
  • 1/2 sk serbuk panca rempah
  • 1 sk garam
  • 1 sk lada putih
  • 2 sk minyak bijan

Cara

  1. Campurkan bawang putih, halia, kicap, madu, serbuk panca rempah, garam, lada putih dan minyak bijan di dalam mangkuk besar. Gaul sebati.
  2. Sapu perapan di atas dan di bawah kulit serta di dalam rongga ayam. Biarkan sekurang-kurangnya 3 jam.
  3. Masukkan ayam ke dalam bekas kalis haba 8 inci. Masukkan ke dalam Philips Airfryer dan masak pada suhu 160ºC selama 40 minit.
  4. Lumurkan ayam dengan lebihan perapan beberapa kali semasa memanggang untuk mengelakkan ayam kering. Tiada daging yang kering dalam sajian ini!
  5. Keluarkan ayam daripada Philips Airfryer.
  6. Potong kecil-kecil. Taburkan daun bawang apabila menghidang.

Philips Airfryer

Dapatkan Philips Airfryer!