Floating Icon
05 NOV 2021 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 727 LIHAT 41 BERKONGSI

Resipi Ayam Mentega Bawang Putih dengan Noxxa

Nikmati sajian rendah karbohidrat yang berkrim dan bermentega ini dengan nasi atau roti leper. Dalam resipi ini, kami tampilkan sedikit kelainan dengan menambah serbuk Minuman Protein Soya Nutrilite ke dalam kaldu ayam. Dengan itu, anda boleh menikmati sajian yang enak dan mengenyangkan di samping mengambil protein yang mencukupi untuk memenuhi matlamat pemakanan anda, setiap hari.

PS: Ini sajian satu periuk ringkas yang boleh anda sediakan dengan Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa pada hari bekerja!

Ayam Mentega Bawang Putih

Garlic Butter Chicken ingredients.jpg


Bahan-bahan

  • 700g dada ayam (dipotong menjadi ketulan kecil)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 5 sb mentega
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sb emping cili merah
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb serbuk paprika
  • 300ml air rebusan ayam + 2 sb Minuman Protein Soya Nutrilite (campurkan ke dalam kaldu)
  • 2 sb pasli segar (dicincang)
  • Hirisan lemon untuk hiasan


Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker_Nutrilite Soy Protein Drink.jpg

Cara

  1. Perap ayam dengan garam dan serbuk lada hitam
  2. Panaskan periuk dalaman Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa dan cairkan mentega menggunakan fungsi STIR FRY pada suhu 160°C.
  3. Letakkan ketulan dada ayam ke dalam periuk dalaman dan masak di setiap sisi.
  4. Keluarkan ayam dan masukkan bawang putih, emping cili merah, sos cili dan serbuk paprika.
  5. Tumis selama satu minit.
  6. Masukkan air rebusan ayam dan ketulan dada ayam. Pasang penutup dan putar tombol kawalan tekanan ke PRESSURE. Pilih MEAT/STEW dan tetapkan masa selama 3 minit.
  7. Hiaskan dengan hirisan lemon dan pasli.
  8. Hidangkan panas-panas dengan nasi atau roti leper.