Floating Icon
01 NOV 2022 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 986 LIHAT 71 BERKONGSI

Dapatkan pakaian bebas kedutan dengan pantas menggunakan Seterika Penjana Stim PerfectCare Philips PSG6064

Adakalanya mengurus kain cucian boleh menjadi aktiviti sepanjang hari, terutamanya bagi isi rumah yang besar. Mencuci, mengering dan melipat pakaian seolah-oleh seperti segunung tugas yang perlu dibereskan, tetapi ramai orang menganggap kerja menyeterika pakaian yang tidak henti-henti itu adalah tugas yang paling sukar.

Sungguhpun demikian, ia adalah satu keperluan dan hei, apa yang lebih memuaskan selain melihat timbunan pakaian yang bersih, tidak berkedut dan berbau segar terlipat di sebelah papan seterika anda, sedia untuk disimpan dalam almari pakaian anda?



Berita baik: Terima kasih kepada teknologi moden, zaman menyeterika yang penuh kepayahan telah lama berlalu. Kini pakaian anda boleh bebas kedutan dengan mudah dalam masa yang singkat dengan Seterika Penjana Stim PerfectCare Philips PSG6064!

Meluncur dengan mudah untuk pakaian bebas kedutan

Tidak perlu menyeterika berkali-kali sampai tangan anda lenguh untuk menghilangkan kesan renyuk yang degil. Seterika Penjana Stim PerfectCare Philips PSG6064 menampilkan Plat Tapak Termaju SteamGlide terpaten yang menjadikan pengalaman menyeterika anda selancar mungkin.

Plat Tapak Termaju SteamGlide

  • Salutan 6 lapisan terpaten dengan lapisan titanium termaju untuk meluncur dengan lancar dan tahan calar
  • Tapak keluli tahan karat kekuatan dan ketahanan yang lebih baik

Menyeterika dengan mudah mana-mana pakaian dengan Teknologi OptimalTEMP

Tidak dapat memastikan suhu yang tepat pada seterika anda? Risau tentang kesan terbakar atau hangus pada pakaian kegemaran anda? Lupakannya dengan Teknologi OptimalTEMP Philips! Gosok sahaja sebarang fabrik yang boleh diseterika dari kapas ke linen dan sutera tanpa perlu melaraskan tetapan suhu anda.

Selain itu, Seterika Penjana Stim PerfectCare Philips PSG6064 juga menampilkan sistem penutup automatik untuk keselamatan tambahan dan ketenangan fikiran – bagus untuk kita yang sering terganggu oleh kanak-kanak yang berlari-lari di sekitar rumah dan sering menerima penghantaran pembelian dalam talian yang tidak terkira banyaknya.

Kuasa yang berterusan dengan Teknologi ProVelocity

Sesetengah seterika stim memerlukan masa untuk mengumpul stim. Ini boleh memakan masa anda menyeterika dan menjadikan hari anda mengurus kain cucian menjadi lebih lama daripada yang sepatutnya.

Dengan Teknologi ProVelocity Philips, anda mendapat stim berkuasa yang berterusan untuk menghilangkan renyuk dengan hebat. Dapatkan kuasa maksimum tekanan stim sehingga 8 bar untuk menyeterika dengan pantas.

Seterika dengan bergaya!

Reka bentuk seterika ini telah jauh berubah dari bentuk yang tebal dan besar pada zaman datuk dan nenek kita. Seterika Penjana Stim PerfectCare Philips PSG6064 menawarkan reka bentuk yang menarik, ringan, selesa dan bersaiz kompak untuk disesuaikan dengan mudah ke dalam rumah dan rutin harian anda.

Bosan kerana perlu mengisi semula tangki air seterika stim anda setiap kali? Tiada masalah! Tangki air berkapasiti 1.8L yang besar memberikan anda penggunaan berterusan sehingga 1.5 jam, malah boleh ditanggalkan untuk pengisian dan pembersihan yang mudah.



Bonus: Dapatkan Papan Seterika Philips PERCUMA dengan setiap pembelian Seterika Penjana Stim PerfectCare Philips PSG6064.

Jadi, tunggu apa lagi? Layari Amway.my sekarang dan jadikan kerja menyeterika anda lebih mudah setiap hari!