Floating Icon
18 MAY 2023 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 257 LIHAT 6 BERKONGSI

Hidangan Vegetarian Ala Masakan Rumah

Bahan-bahan (untuk 1-2 orang):

  • 50g terung
  • 50g kacang bendi
  • 20g kacang panjang
  • 20g kacang botol
  • 10g cili
  • 30g fucuk
  • 5g bawang merah
  • 5ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table by Nutrilite

80g pes istimewa (berikut adalah bahan-bahan untuk anggaran 400g pes; anda boleh bekukan lebihan yang tidak digunakan untuk digunakan kemudian)

  • 85g bawang merah
  • 85g cili
  • 17g bawang putih
  • 40g serai
  • 40g kunyit
  • 10ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table by Nutrilite
  • 67ml jus asam jawa
  • 17ml kicap cair
  • 17g gula Melaka
  • Garam, secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Untuk menyediakan pes istimewa, kisar halus bawang merah, cili, bawang putih, serai dan kunyit.
  2. Goreng pes dengan Minyak Biji Chia Putih atas api sederhana, kemudian tambahkan jus asam jawa, kicap cair, gula Melaka dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan pindahkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  3. Potong terung, kacang bendi, kacang panjang dan kacang botol 3-4cm panjang. Hiris cili nipis-nipis.
  4. Potong fucuk sebesar 1cm dan goreng dengan minyak Biji Chia Putih sehingga keemasan. Ketepikan.
  5. Panaskan semula kuali dengan Minyak Biji Chia Putih, tumis bawang merah dan cili sehingga keemasan dan bangkit bau, kemudian masukkan semua sayuran untuk digoreng kilas selama 2 minit. Kemudian, tambahkan fucuk dan seceduk pes istimewa. Tumis hingga bangkit bau.
  6. Tuangkan ke atas pinggan dan nikmatinya!