Floating Icon
30 NOV 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 1381 LIHAT 114 BERKONGSI

Manfaatkan 1,001 Khasiat Protein

Rasa letih lesu? Sakit belakang akibat tulang rapuh? Kulit kelihatan semakin kurang anjal dan garis kedut mula kelihatan? Anda mungkin mengalami kekurangan khasiat protein yang diperlukan oleh tubuh badan anda. 


Kenapa protein?

Protein merupakan sumber zat yang terpenting untuk kesihatan tubuh badan kita. Sumber protein boleh didapati daripada makanan berunsurkan daging, kekacang serta susu. Jadi, pastikan dalam setiap hidangan ada protein untuk melengkapkan khasiat dalam pemakanan kita.


Apakah jenis-jenis makanan yang kaya dengan protein?

Protein-rich food sources.jpg

Bagi mereka yang gemar memakan daging, anda pasti tiada masalah untuk menikmati hidangan daging merah atau daging putih seperti ayam dan ikan. Manakala bagi mereka yang tak makan daging, anda boleh dapatkan khasiat melalui kekacang seperti badam, soya, walnut dan lain-lain. Namun, kalau anda ada alahan kekacang, anda boleh dapatkan protein daripada telur, keju dan susu. Mengikut pola pemakanan terbaru yang dikeluarkan oleh pakar nutrisi dari Kementerian Kesihatan Malaysia, protein merupakan sumber yang perlu diambil sebagai nutrisi utama dalam setiap hidangan.


Protein penting dalam pembentukan dan pemulihan sel-sel dan tisu dalam tubuh badan kita.

Tahukah anda protein juga dapat membantu memulihkan sel kulit untuk membantu mengekalkan kecantikan dan juga awet muda? Ini kerana protein membantu dalam penghasilan kolagen untuk kulit secara semula jadi serta mengurangkan kemunculan kedutan dan garis halus.

Selain itu, ia juga dapat mendorong tumbesaran anak-anak. Pastikan anak anda mendapat khasiat protein yang mencukupi untuk tumbesaran yang normal. Pertumbuhan tulang dan gigi sangat penting bagi kanak-kanak.

Avoid osteoporosis or brittle bones by consuming enough protein.jpg

Untuk tulang yang kuat serta mengelakkan daripada tulang rapuh atau ‘osteoporosis’, memerlukan pengambilan protein yang mencukupi setiap hari. Perlu kita ingat, semakin kita berusia, tulang serta gigi kita akan kehilangan protein dan menjadi semakin rapuh. Jadi, untuk mengekalkan tulang dan gigi yang kuat, pastikan kita terus mengambil protein yang mencukupi untuk pembentukan sel untuk tulang dan gigi.


Adakah anda sering mengalami masalah rambut gugur dan rapuh?

Hair loss can be caused by lack of protein.jpg

Selain penggunaan syampu atau produk untuk rambut yang tidak sesuai, ia juga mungkin disebabkan oleh anda mengalami kekurangan protein.


Tahukah anda protein juga dapat membantu merawat luka tak kiralah luka dalaman atau luka luaran?

Sebab itulah bagi wanita bersalin, adalah digalakkan untuk mengambil protein dalam setiap hidangan mereka bagi membantu memulihkan luka.

Protein juga dapat membantu dalam pembentukan otot-otot. Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan atau berdiet, pengambilan protein dapat membantu mempercepatkan lagi pembakaran lemak dan pembentukan otot. Ia dapat mengelakkan kulit anda daripada menggeleber akibat pembakaran lemak. Jadi, apabila anda mengambil protein semasa berdiet, ia dapat membina otot dan menganjalkan kulit sekali gus.

Nutrilite Soy Protein Drink is available in 4 flavours.jpg

Selain sumber protein daripada pemakanan, anda boleh juga mengamalkan minuman protein kerana lebih mudah disediakan. Minuman Protein Soya Nutrilite mempunyai 4 perisa yang sedap iaitu perisa Asli, Teh Hijau, Coklat dan Beri Campuran. Nak sediakan Minuman Protein Soya Nutrilite ni mudah aje. Hanya perlu campurkan dengan air, kemudian goncang dan minum. Tak sampai 5 minit pun penyediaannya. Sedap dinikmati sejuk.

Kandungan soya yang terpilih dan bahan-bahan semula jadi yang lain menjadikan Minuman Protein Soya Nutrilite ini berkualiti tinggi. Kandungan vitamin yang tinggi, serat, protein serta pelbagai khasiat lain membantu memberikan khasiat yang mencukupi dan lengkap kepada tubuh badan kita.

Dapatkan info lanjut dan buat pembelian Minuman Protein Soya Nutrilite melalui link ini. Untuk lebih jimat dan sesuai untuk seisi keluarga, anda juga boleh dapatkan Minuman Protein Soya Nutrilite dalam saiz yang lebih besar iaitu 900g melalui
link ini.