Penjagaan kulit yang baik sangat penting untuk mengekalkan penampilan yang muda. Mengambil masa untuk memberikan nutrisi dan penghidratan yang diperlukan oleh kulit anda boleh mencegah isu-isu seperti kedutan awal, garis-garis halus, tompok-tompok gelap dan kekenduran. Dengan rangkaian antipenuaan terbaru ARTISTRY, anda boleh melambatkan kesan masa pada kulit anda!
Penyelesaian yang Memperbaharui & Memejalkan ARTISTRY SKIN NUTRITION
Disokong oleh kajian saintifik selama bertahun-tahun dan manfaat bahan-bahan Nutrilite seperti Biji Chia Putih, Penyelesaian yang Memperbaharui & Memejalkan ARTISTRY SKIN NUTRITION menyuburkan kulit anda dan memenuhi 5 Keperluan Utama Nutrisi Kulit:
Membersihkan
Menyeimbangkan
Membina semula
Melembapkan
Melindungi
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menghasilkan produk yang mampan dan mesra alam, yakinlah produk ini juga disahkan vegan, bebas paraben dan dibuat tanpa ujian ke atas haiwan.
Selain Buah Delima Nutrilite untuk perlindungan antioksidan daripada kerosakan radikal bebas, Penyelesaian yang Memperbaharui dan Memejalkan dikuasakan oleh Kompleks Pembaikan – gabungan Bayam, Kunyit dan Bunga Tea Olive yang ditanam Nutrilite untuk memulihkan keadaan kulit yang muda sebanyak 600% (ujian ex vivo).
Menjaga kulit matang dan kering
Penyelesaian yang Memperbaharui terdiri daripada pembersih, penyegar, krim mata, pelembap dan dua rumusan SPF 30 (pilih antara losyen untuk kulit berminyak atau krim untuk kulit kering) sementara Penyelesaian yang Memejalkan ialah pelembap yang boleh digunakan dengan produk lain dalam rangkaian Memperbaharui:
Renewing Foaming Cleanser
Menampilkan adunan Shiso Perilla dan Aloe Vera berpaten, pembersih berbuih ini direka untuk menyingkirkan bendasing seperti kotoran dan pencemaran daripada kulit anda tanpa menjejaskan mikrobiom kulit anda
Rumusan yang tidak melelaskan, tidak mengeringkan dan bebas sabun mengekalkan keseimbangan pH kulit anda
Diuji secara klinikal dan dermatologi
Rumusan yang lembut dan ringan menjadikan pembersih ini sesuai untuk kulit sensitif
Renewing Softening Toner
Emulsi bak susu menstabilkan dan menyuburkan mikrobiom kulit
Menenangkan, melegakan dan melembutkan kulit yang rengsa/radang
Gel Biji Chia Putih menghidratkan dan menguatkan perintang kulit untuk wajah yang lembap bak embun
Rumusan yang tidak mengeringkan dan tidak komedogenik sesuai untuk kulit sensitif
Renewing Reactivation Eye Cream
Mengurangkan tanda-tanda penuaan ketara seperti kedutan di sudut luar mata, kedutan dan garis ketawa
Mengurangkan kesembapan dan lingkaran gelap
Buah Delima Nutrilite melindungi kulit dengan sifat antioksidan yang berkuasa
Bebas haruman dan selamat untuk pengguna kanta lekap
Renewing Reactivation Cream
Mengaktifkan semula proses pembaikan semula jadi kulit
Meningkatkan paras kelembapan untuk mengurangkan garis-garis, kedutan dan tanda-tanda penuaan ketara yang lain
Ekstrak rosemary menguatkan perintang daripada kerengsaan yang disebabkan oleh pencemaran dan serpihan
Meminimumkan dan mengetatkan liang roma untuk kulit yang kelihatan lebih muda dan lembut
Renewing Reactivation Day Cream SPF 30
Krim yang kaya memberikan perlindungan daripada cahaya dan pencemaran dengan SPF 30 spektrum luas
Mengurangkan kerosakan sedia ada pada kulit dengan ketara dan mengembalikan penyembuhan kulit
Melindungi daripada radikal bebas oksidatif dan bahan cemar untuk kulit yang lebih sihat
Biji Chia Putih dan Mentega Shea menyuburkan kulit kering dan melembutkan teksturnya
Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30
SPF 30 spektrum luas melindungi daripada kerosakan matahari UVA dan UVB
Rumusan pelembap sangat ringan yang bagus untuk kulit berminyak
Buah Delima yang ditanam Nutrilite melindungi daripada pencemaran yang merosakkan
Karnosin mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan pada cahaya biru dan cahaya inframerah
Firming Ultra Lifting Cream
Rumusan antipenuaan kami yang paling komprehensif dan maju
Ekstrak Buah Silvervine memulihkan kulit menua yang kusam
Menegang dan memejalkan kulit yang kendur dengan berkesan
Mengurangkan kedutan dalam, garis ekspresi dan perubahan warna
Kami juga ada dua penanggal mekap baru menyertai ARTISTRY SKIN NUTRITION Micellar Makeup Remover + Cleanser yang telah dilancarkan pada Mac.
Cream Makeup Remover
Makeup Remover + Cleansing Oil
Nantikan artikel kami tentang penanggal mekap pada minggu depan!
Bersedia untuk meremajakan kulit anda? Beli rangkaian ini di Amway.my