Floating Icon
17 JUN 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 952 LIHAT 48 BERKONGSI

Adakah Skrub Anda Berbahaya kepada Alam Sekitar?

Suatu ketika dulu, pengelupas untuk wajah dan badan menggunakan pengelupas yang kita percaya baik untuk kulit seperti isirong aprikot dan tempurung walnut. Kemudian, kita mendapat tahu bahawa bahan-bahan ini terlalu kasar untuk kulit, menyebabkan pengelupasan berlebihan dan kerosakan, terutamanya pada kulit sensitif.

Kemudian muncul manik mikro plastik atau mikrolelasan yang diperbuat daripada polipropilena atau polietilena. Selain skrub, bahan-bahan ini juga boleh didapati dalam produk lain seperti ubat gigi dan sabun. Berita baiknya: Ia lebih lembut pada kulit. Berita buruknya: Ia memberikan kesan buruk kepada alam sekitar.


Scrub microbeads

Mengapakah manik mikro plastik berbahaya?

Tahukah anda tahu bahawa satu sesi mandian boleh menyebabkan anda membilas hingga 100,000 zarah plastik ini ke dalam longkang? Itu seperti segerombolan kecil bahan cemar. Oleh sebab manik mikro plastik sangat kecil, terlalu kecil untuk ditapis oleh sistem kumbahan, kemudian ia terkumpul di sungai, tasik dan laut, di mana kadangkala ia dimakan oleh hidupan liar akuatik. Jadi, jika ikan di dalam pinggan anda telah menelannya sebelum ditangkap, ada kemungkinan anda juga akan memakannya.

Selain itu, polipropilena dan polietilena tidak terbiodegradasi yang bermaksud ia tidak mudah terurai, oleh itu ia akan mencemarkan alam sekitar selama bertahun-tahun lagi. Walaupun ada sesetengah orang berpendapat bahawa manik mikro agak lembut pada kulit, yang lain mendapati ia merengsakan kulit yang sangat sensitif.


Apakah antara alternatif yang baik untuk pengelupasan?

Jangan capai berus pembersih fesyen lama itu – ya, kemungkinan untuk ia mencemarkan perairan kita adalah kecil dan jika anda menggunakannya dengan lembut, ia tidak akan merosakkan kulit anda. Tetapi ia perlu sering dibersihkan dan mungkin masih mengandungi banyak bakteria yang tidak diingini oleh siapa pun.

Inilah kriteria kami: Produk dengan bahan semula jadi yang terbiodegradasi dan lembut pada kulit. Itu sahaja. Tidak terlalu kasar atau kasar apabila disentuh yang boleh merosakkan kulit dengan mudah atau menyebabkan kerengsaan, kemerahan atau jangkitan.


Artistry mask scrub

ARTISTRY SIGNATURE SELECT Polishing Mask mengandungi kristal Gula Tebu yang menyingkirkan sel-sel mati dengan lembut untuk menyerlahkan kulit yang lembut dan halus. Lihat di bawah mikroskop dan anda boleh lihat kristal gula dalam saiz yang berbeza untuk penghalusan yang lebih baik. Pada masa yang sama, Ekstrak Anggur Hitam bersumberkan Nutrilite menyuburkan kulit untuk keserian yang sihat.


Artistry body scrub

Kemudian ada ARTISTRY SIGNATURE SELECT Polishing Body Scrub, yang berkesan menggilap kulit kusam dengan Butiran Buluh. Ucapkan selamat tinggal kepada kulit kasar dan kering; Ekstrak Anggur Hitam bersumber Nutrilite dan Açai melegakan kulit secara keseluruhan sementara Evening Primrose dan Minyak Perilla membantu mengekalkan kelembutan.


Artistry facial peel

Sebagai alternatif, anda boleh meniru proses pengelupasan semula jadi kulit. ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Renewing Peel menggunakan enzim cendawan unik berpaten yang menembusi lapisan luar kulit anda dan menyesuaikan dengan pH semula jadinya untuk menyerlahkan semula kulit anda. Ia menyingkirkan sel-sel mati dan melindungi kulit dengan Minyak Biji Chia bersumberkan Nutrilite dan liposom perintang daripada bahan-bahan yang melegakan. Yang paling penting, pengelupas antipenuaan ini hanya memerlukan satu rawatan selama lapan minit untuk melihat hasil profesional.

Beli produk kami untuk kulit yang lebih sihat dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, hanya di Amway.my