Floating Icon
29 MAR 2021 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 1795 LIHAT 111 BERKONGSI

Jom Buka Puasa dengan Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa

Ketupat, sate, nasi lemak, rendang, nasi beriani, lemang – aduhai, mendengar sahaja perkataan buka puasa dan memikirkan semua makanan enak yang akan dinikmati sudah membuatkan kita terliur.

Tidak dapat dinafikan masa yang dinanti-nantikan pada bulan Ramadan ialah berbuka puasa dengan keluarga dan rakan-rakan. Kebiasaannya, seseorang itu akan pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama ibu bapa dan keluarga untuk menikmati sajian yang dimasak oleh nenek, ibu dan ibu saudara. Namun disebabkan wabak yang sedang melanda, kita tidak digalakkan untuk pulang ke kampung dan itulah tindakan yang lebih baik bagi anda dan insan tersayang untuk kekal selamat.

Namun begitu, kita masih boleh meraikannya dengan anak-anak, keluarga dan rakan-rakan anda. Tambahan pula, keluarga yang berdoa dan makan bersama-sama akan semakin kukuh ikatannya.

Walaupun bufet mewah dan makanan bawa pulang adalah kebiasaan pada bulan Ramadan, lakukan perubahan pada tahun ini dengan memilih makanan dimasak sendiri yang lebih selamat. Memasak di rumah bukan sahaja lebih selamat kerana kebersihannya terjamin, ia juga lebih sihat kerana anda memastikan keperluan pemakanan keluarga anda dipenuhi dengan sajian seimbang yang penuh dengan protein, sayur-sayuran dan lemak baik.

Tetapi itu tidak bermakna anda harus bersusah payah di dapur dan memasak seharian! Dengan sedikit perancangan dan Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa, resipi yang paling sukar sekalipun boleh disediakan dengan cepat.

Sajian Cepat, Sedap & Sihat Dengan Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa

Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa merupakan pembantu yang sangat diperlukan di dapur. Ia membolehkan anda memasak pelbagai sajian untuk keluarga dengan sangat mudah menggunakan pelbagai ciri dan fungsi yang mesra pengguna.

The Pressure Cooker

Dengan kapasiti 8 liter, anda boleh menyediakan sajian untuk seluruh keluarga sekali gus dan masih ada baki makanan untuk dibekukan dan dimakan pada hari lain. Tambahan pula, jika anda sibuk pada hari tertentu, penyediaan makanan lebih mudah dengan 3 tetapan masa dan suhu pratetap boleh laras untuk mengoptimumkan sebarang masakan mengikut citarasa anda. Pilih sahaja tetapan yang anda mahu dan makanan akan siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.

Smart timer function with the Noxxa Pressure Cooker.jpg

Dengan tidak kurang daripada 10 fungsi memasak, peralatan memasak yang hebat ini boleh merebus, membuat stew, menggoreng, memasak perlahan, mengukus dan juga membakar kek untuk sajian yang dimasak sempurna dan pasti menggembirakan seisi keluarga.

Fungsi memori pemasa pintarnya merupakan satu lagi ciri berguna yang menyimpan dan mengingat semula tetapan masa dan/atau suhu, begitu juga fungsi “Keep Warm” boleh laras yang sangat bagus untuk memastikan makanan kekal hangat ketika anda menjamu rakan-rakan anda.

Apa yang paling penting ialah tugas pembersihan yang cepat dan mudah. Periuk dalaman tak melekat boleh tanggalnya dilapisi dengan DUPONT Teflon Platinum gred makanan yang diiktiraf dan digunakan di seluruh dunia untuk peralatan memasak tak melekat berkualiti tinggi. Ia mudah dibersihkan dan didatangkan dengan manfaat tambahan untuk memastikan masakan anda kekal sihat dan berkhasiat.

Dapatkan Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa anda di sini!

Cook beef rendang with the Noxxa Pressure Cooker 1

Resipi Rendang Daging yang Cepat & Mudah

Bahan-bahan

  • 1kg daging lembu, dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • ½ inci lengkuas*
  • ½ inci kunyit hidup*
  • 3 batang serai*
  • 10 cili padi*
  • 2 helai daun kunyit (cincang halus ½ helai untuk hiasan) *

(*) Semua bahan dikisar

  • 3 sudu besar pes cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 1/3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cook beef rendang with the Noxxa Pressure Cooker 2

Cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam Periuk Tekanan.
  2. Pasang penutupnya dan putar tombol kawalan tekanan ke PRESSURE.
  3. Pilih fungsi MEAT/STEW dan tetapkan masa 15 minit dengan menekan butang + atau -. Periuk akan mula memasak secara automatik selepas 4 saat. Apabila sudah selesai, tekan butang CANCEL dan bebaskan tekanan dengan memutar tombol kawalan ke STEAM.
  4. Buka penutup dengan berhati-hati dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi kukus.