Floating Icon
28 AUG 2022 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 367 LIHAT 8 BERKONGSI

Agar-agar Lapis Strawberi

Layered Strawberry Jelly Cake


BAHAN-BAHAN

  • 60g strawberi (dihiris)
  • 2 skup (23.5g) Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Beri Campuran)
  • 2 hidangan (16g) Nutrilite PhytoPOWDER Lemon
  • 1.1 liter air
  • 2 sb madu
  • 2 sb jus lemon
  • 10g serbuk gelatin tanpa perisa
  • Acuan agar-agar plastik yang muat untuk kira-kira 1.2 liter cecair

KAEDAH
Lapisan pertama – jernih

  1. Masukkan 600ml air ke dalam periuk kecil dan masak dengan api kecil.
  2. Apabila ia mula mendidih, masukkan jus lemon dan 5g serbuk gelatin. Kacau sentiasa. Petua: elakkan menambah gelatin ke dalam periuk sekali gus, ini akan menyebabkan ketulan besar gelatin dalam agar-agar yang telah siap.
  3. Biarkan campuran mendidih selama 2-3 minit sehingga menjadi jernih. Tutup api.
  4. Tuang ¼ campuran ke dalam acuan dan biarkan selama 1-2 minit. Kemudian tabur strawberi yang telah dihiris di atasnya dan tuang baki campuran ke dalam acuan.
Karb
(g)
Protein
(g)
Lemak
(g)
Vitamin C
(mg)
Kalori
Setiap Resipi 72.4 16.4 5 166 400.2

Lapisan kedua – merah jambu

  1. Masukkan 500ml air ke dalam periuk kecil dan masak dengan api kecil.
  2. Apabila ia mula mendidih, masukkan 5g serbuk gelatin. Kacau sentiasa. Petua: elakkan menambah gelatin ke dalam periuk sekali gus, ini akan menyebabkan ketulan besar gelatin dalam agar-agar yang telah siap.
  3. Biarkan campuran mendidih selama 2-3 minit sehingga menjadi jernih. Tutup api.
  4. Masukkan madu, Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Beri Campuran) dan Nutrilite PhytoPOWDER Lemon sedikit-sedikit dan kacau sehingga tiada lagi ketulan.
  5. Tuang campuran di atas lapisan jernih dan masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 – 6 jam. Pecahkan gelembung udara jika ada dengan cungkil gigi.
  6. Keluarkan agar-agar daripada acuan dan simpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk.