Perubatan tradisional telah meraih populariti dengan cepat sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila lebih ramai orang mencari alternatif herba dan semula jadi dalam gaya hidup mereka. Namun begitu, apakah sebenarnya perubatan tradisional?
Perubatan tradisional melibatkan amalan perubatan yang telah pun digunakan selama ribuan tahun lagi seperti Perubatan Cina Tradisiona (TCM), amalan Ayurveda India dan produk Melayu tempatan kita seperti jamu.
Hari ini, perubatan tradisional telah mewujudkan ruang untuk dirinya sendiri dan sering digunakan untuk menambah serta menyokong perubatan moden dan sains. Tetapi sebelum itu, mari kita lihat dengan lebih dekat lagi perbezaan antara perubatan moden dan perubatan tradisional.Perubatan moden dapat menawarkan penyelesaian pantas untuk penyakit anda, sebagai contoh ubat penghilang kesakitan bertindak dengan pantas untuk melegakan sakit kepala dan antibiotik menghapuskan jangkitan dengan berkesan.
Walau bagaimanapun, ubat ini sering mempunyai kesan sampingan, terutamanya apabila diambil untuk tempoh masa yang panjang. Ini boleh menyebabkan lebih banyak masalah selain daripada aduan asal anda. Jika anda membaca langkah berjaga-jaga untuk sebarang ubat, anda boleh melihat senarai kemungkinan kesan sampingan yang tidak diingini seperti pening, sakit kepala, ruam kulit dan sebagainya.
Sebaliknya, perubatan tradisional secara amnya terkenal dengan kesan sampingan yang kurang sedikit. Malah, memandangkan herba ini mengandungi ribuan sebatian bermanfaat, ia boleh mereka dapat membantu meningkatkan kesejahteraan anda secara keseluruhan berbanding hanya merawat gejala tertentu. Dua bahan yang sering digunakan kerana manfaat kesihatannya yang hebat ialah kunyit dan likuoris.
(a) Kunyit – Penjana antiradang
Kunyit ialah herba yang telah digunakan selama ribuan tahun dalam amalan Ayurveda kerana sifat perubatannya. Kurkumin merupakan bahan aktif utama dalam kunyit dan ia bukan sahaja mengandungi antioksidan anti penuaan, tetapi juga mengurangkan keradangan dalam badan dengan hebat.
Kurkumin juga digunakan secara meluas untuk merawat gejala seperti bersin, hidung gatal, berair dan tersumbat. Malah kurkumin didapati sama berkesan dengan beberapa ubat antiradang.
(b) Melegakan dan melindungi usus anda dengan Likuoris
Likuoris adalah satu lagi herba penting yang telah digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit dari pedih ulu hati, batuk, jangkitan, ke masalah kulit seperti ekzema. Akar likuoris mengandungi glisirizin yang juga dipanggil asid glisirizik.
Likuoris dan akarnya dianggap dapat mengurangkan batuk dan mempunyai sifat antiradang yang melegakan lapisan perut dan merawat ulser perut. Dan jika anda sentiasa tertekan, likuoris sangat bagus untuk anda kerana ia juga membantu mengawal kortisol hormon tekanan.
Ransangkan sistem imun anda dengan Ceri Aserola
Walaupun ceri bukanlah herba, ia adalah makanan berkhasiat semula jadi yang kaya dengan manfaat hebat untuk kesihatan anda. Manfaat tersebut kebanyakannya diperoleh daripada kekayaan Vitamin C-nya yang luar biasa. Malah, ceri aserola mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding oren dan strawberi.
Vitamin C adalah antioksidan hebat yang membantu mencegah kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga penting agar sistem imun anda berfungsi dengan betul dan membantu badan anda melawan jangkitan bakteria dan virus. Jika anda mempunyai sistem imun yang lemah, saluran pernafasan bahagian atas anda boleh dijangkiti dengan mudah lalu menyebabkan kesukaran bernafas.
Timur Bertemu Barat: Memandangkan manfaat kesihatan boleh diperoleh daripada bahan tradisional dari Timur dan bahan dari Barat yang disempurnakan oleh perubatan moden dan sains, mengambil suplemen yang disempurnakan daripada yang terbaik dari kedua-dua rantau boleh memberikan hasil kesihatan yang lebih baik.
Dapatkan kesemua 3 bahan penjana dalam pek mudah minum dengan Nutrilite Botanical Beverage Mix Acerola with Licorice and Turmeric, hari ini!
Berminat dengan rangkaian suplemen Nutrilite kami? Lawati www.amway.my hari ini
Rujukan