Floating Icon
28 FEB 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 5 MINIT BACA 957 LIHAT 75 BERKONGSI

Mengandung? Kalsium Penting Untuk Pembentukan Tulang Ibu Dan Juga Bayi!

Mengandung adalah pengalaman yang paling istimewa dalam kehidupan setiap wanita. Namun, ketika mengandung, anda dinasihatkan supaya tidak mengabaikan kesihatan kandungan dan pastikan anda mendapat nutrisi yang secukupnya. Antara nutrien yang penting untuk pembentukan dan perkembangan bayi dalam kandungan ialah kalsium dan Vitamin D.

Kalsium dan Vitamin D dapat membantu pembentukan tulang, sel dan otot bayi dalam kandungan. Pengambilan kedua-duanya dapat mengelakkan ibu mengandung mengalami masalah kekurangan kalsium yang boleh menyebabkan sakit belakang yang berpanjangan, gigi reput atau patah. Kekurangan kalsium dan Vitamin D ketika mengandung juga boleh menyebabkan ibu mengalami tekanan darah tinggi yang boleh memudaratkan bayi dalam kandungan seperti kekurangan zat dan berat badan serta boleh mengakibatkan kelahiran pramatang. Untuk pembacaan lanjut mengenai keperluan kalsium dan Vitamin D untuk ibu mengandung serta bayi dalam kandungan, anda boleh layari pautan berikut.

Tip Sihat: Ibu mengandung memerlukan zat besi dan asid folik kerana ia adalah faktor penting dalam pembentukan sel darah merah. Baca artikel ini untuk ketahui kepentingan nutrien ini dengan lebih lanjut.


Kepentingan Kalsium Untuk Gigi dan Tulang Yang Kuat

Vitamin D for healthy knees.jpg

Vitamin D for healthy teeth.jpg

Selain memberi manfaat kepada ibu mengandung, kalsium sangat diperlukan oleh semua golongan bermula dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah ke warga emas. Untuk bayi dan kanak-kanak, semestinya mereka memerlukan kalsium dan Vitamin D untuk membantu pembentukan gigi dan tulang yang kuat. Untuk mereka yang melalui fasa remaja, pembentukan tulang yang sihat membantu menjadikan mereka lebih tinggi sesuai dengan usia. Manakala orang dewasa pula, mereka perlukan kalsium untuk menjaga kesihatan tulang kerana mereka banyak bergerak dalam melakukan aktiviti seharian termasuk bekerja. Warga emas sangat disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kalsium dan Vitamin D bagi mengelakkan penyakit tulang rapuh atau osteoporosis. Walaupun warga emas tidak lagi mampu melakukan aktiviti lasak seperti golongan muda, mereka tetap perlu memastikan kesihatan tulang yang baik agar dapat bergerak dan melakukan ibadah. Kita juga ingin mengelakkan mereka daripada mudah patah tulang akibat tulang rapuh sekiranya mereka terjatuh. Selain kalsium, ada pelbagai lagi nutrisi yang diperlukan oleh warga emas dan anda boleh rujuk di portal ini

Apakah makanan yang tinggi kandungan kalsiumnya?

High-calcium foods.jpg

  • Ikan bilis
  • Susu
  • Keju rendah lemak
  • Kacang soya
  • Ikan sardin
  • Badam
  • Sayur-sayuran hijau
  • Kekacang / Kacang dal
  • Yogurt
  • Tofu

Sekiranya anda seorang yang memilih makanan dan selalunya tidak makan beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kurangnya nutrisi untuk badan, maka anda boleh mula mengamalkan suplemen bagi memastikan kesihatan tulang anda dalam keadaan yang baik. Sekiranya anda mengandung dan susah hendak makan disebabkan ada alahan atau mabuk hamil, anda juga boleh mengambil suplemen bagi memastikan nutrisi yang mencukupi dibekalkan kepada bayi dalam kandungan anda dan untuk diri sendiri juga.

Umumnya semua tahu bahawa kalsium adalah penting untuk pembentukan tulang, gigi, kuku dan otot badan. Namun, apa pula fungsi Vitamin D dan Vitamin D3? Vitamin D dan Vitamin D3 membantu penyerapan kalsium yang lebih baik untuk badan kita. Ia menjadikan Vitamin D sama penting dengan kalsium. Kesemuanya berfungsi untuk membekalkan kalsium yang mencukupi untuk pembentukan dan kesihatan tulang dan sekali gus mengelakkan osteoporosis.


3 Nutrien Penting Dalam 1 Tablet

Nutrilite Cal Mag D Plus.jpg

Nutrilite Cal Mag D Plus mempunyai khasiat yang mencukupi untuk kesihatan tulang yang baik. Satu tablet mengandungi 3 nutrien penting iaitu Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Anda hanya perlu amalkan sebanyak 3 kali sehari sahaja untuk mengelakkan tulang dan gigi rapuh. Dapatkan Nutrilite Cal Mag D Plus sekarang! Ia tidak mengandungi laktosa dan sesuai untuk mereka yang mengalami masalah intoleransi laktosa.

Selain kalsium, protein juga sangat penting kepada ibu hamil untuk pembentukan janin yang sihat dan juga membantu proses tumbesaran bayi dalam kandungan. Protein membantu membekalkan asid amino yang diperlukan untuk pembentukan otot dan tulang.


Nutrilite Soy Protein Drink for pregnant mothers.jpg

Bagi ibu mengandung, pengambilan Minuman Protein Soya Nutrilite adalah sangat penting dan memudahkan. Hanya bancuh dengan air suam atau air sejuk, kocak dan nikmatilah di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Yang penting, ianya memberi khasiat yang diperlukan oleh ibu dan juga bayi dalam kandungan. Kacang soya juga mengandungi sumber protein yang baik. Ia merupakan sumber lemak tak tepu seperti Omega-3 (alpha-linolenic acid) dan juga Omega-6 (linoleic acid).


Berpantang Dengan Set Bersalin Lengkap Dari Amway

Berpantang selepas bersalin memang sangat perlu bagi memastikan tubuh badan si ibu mampu pulih dan sembuh seperti sedia kala. Selain mengamalkan pemakanan yang sihat, pengambilan jamu atau makanan tambahan juga sangat penting ketika dalam tempoh berpantang. Selain itu, produk penjagaan badan serta kulit juga membantu menyegarkan dan mengembalikan keyakinan ibu selepas bersalin.

Tropical Herbs Post Natal Care Set.jpg

Set Lepas Bersalin Tropikal Herbs ini mengandungi set penjagaan badan yang lengkap seperti bengkung, losyen, pencuci bahagian intim wanita, teh jamu, krim dan semburan penenang untuk kegunaan ibu ketika tempoh berpantang. Bagi si manja anda, selain minyak kelapa dara dalam set ini, terdapat juga Minyak Bayi Tropical Herbs yang mengandungi formula semula jadi untuk urutan bayi yang menenangkan.

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs ini pastinya dapat mengembalikan kesihatan dan tenaga serta dapat membantu mengembalikan bentuk badan anda. Jadi, dapatkan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs untuk penjagaan diri selepas bersalin.