Floating Icon
12 JAN 2023 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 259 LIHAT 14 BERKONGSI

Poon Choy Kemakmuran



Bahan-bahan:

  • 6 ketul cendawan shiitake segar
  • 8 ketul abalone
  • 10 ekor udang
  • 100g brokoli
  • 200g kekapis sebelah cengkerang
  • 4 chicken drumsticks
  • 1 sb tepung jagung + 5 sb air
  • 3 sb sos tiram
  • 2 sb sos abalon
  • 50g fatt choy, direndam
  • 2 cawan air

Cara:

  1. Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk dalaman keluli tahan karat Periuk Nasi Rendah Gula Noxxa.
  2. Masukkan paha ayam dan fatt choy ke dalam penapis seramik dan masukkan ke dalam periuk dalaman.
  3. Pasang penutup, pilih fungsi Steam dan tetapkan masa memasak selama 25 minit.
  4. Setelah siap dikukus, keluarkan penapis seramik. Gunakan baki pati ayam di dalam periuk dalaman untuk memasak sos.
  5. Pilih fungsi Stir Fry dan tetapkan masa memasak selama 10 minit. Masukkan sos tiram, sos abalon dan air tepung jagung ke dalam baki pati ayam. Kacau rata dan biarkan mendidih. Ketepikan.
  6. Bersihkan periuk dalaman dan tuang 4 cawan air. Pilih fungsi Stir Fry dan tetapkan masa memasak selama 20 minit. Masukkan brokoli apabila air mula mendidih. Masak selama 2 minit, kemudian keluarkan dan ketepikan.
  7. Masukkan cendawan dan kekapis. Rebus selama beberapa minit, kemudian angkat.
  8. Buang lebihan air dan masukkan 2 cawan air. Masukkan udang ke dalam penapis seramik dan masukkan ke dalam periuk dalaman. Pilih fungsi Steam dan tetapkan masa memasak selama 15 minit.
  9. Susun semua bahan di dalam periuk.
  10. Tuang sos ke atas bahan-bahan yang telah disusun dan hidangkan