Floating Icon
14 JAN 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 921 LIHAT 28 BERKONGSI

Suplemen Nutrilite Yang Diperlukan Oleh Keluarga Anda

Tahun 2021 akan tiba ke penghujungnya dan penting untuk kita merenung kembali pengajaran yang kita peroleh tentang kesihatan dan keimunan sepanjang tahun ini. Kita telah memerangi COVID-19 sejak akhir 2019 dan Malaysia telah pun menjalankan kempen vaksinasi yang meluas di samping melaksanakan vaksin penggalak pada masa ini. Walaupun dengan peningkatan dalam vaksinasi dan pemulihan, virus ini tetap membawa maut dan jangkitan masih berlaku.

Namun demikian, demi meneruskan hidup dan berkembang, kita perlu membuka perniagaan dan sekolah, dan membenarkan orang ramai meneruskan kehidupan seharian dalam 'norma baru' ini. Untuk melaksanakannya dengan cekap, kita perlu kekal selamat dan berwaspada setiap masa kerana perjuangan menentang COVID-19 masih belum berakhir. Ketika kita terus berusaha sedaya upaya untuk mencegahnya, mari kita lihat semua cara kita boleh #ProtectKawKaw Together.


KANAK-KANAK YANG SENTIASA INGIN TAHU

Kini kebanyakan mereka sudah kembali ke tadika dan sekolah dan kita tahu bahawa si kecil yang sentiasa ingin tahu ini cenderung mengotorkan tangan untuk meneroka dunia di sekeliling mereka. Memastikan si kecil anda dilindungi dengan jumlah nutrisi yang tepat dan menjaga keimunan mereka kini semakin penting. Bagi kanak-kanak, kami mendapati bahawa yang berikut ialah beberapa tanda defisit keimunan yang perlu diberikan perhatian:

Signs to look out when your kid is sick_B.jpg

Jika anak anda mengalami mana-mana tanda ini, ini mungkin bermakna mereka sedang bergelut dengan keimunan yang lemah. Berikut ialah antara vitamin dan suplemen pemakanan yang harus diberikan penekanan untuk meningkatkan keimunan mereka.

Nutrients your kid needs to stay healthy_B.jpg


ORANG DEWASA YANG SIBUK

Kesibukan pada hari kerja menyebabkan hampir tiada masa untuk perkara lain. Ramai anak muda bekerja pada hari ini cenderung memilih makanan yang cepat dan segera untuk menempuhi hari mereka. Malangnya, makanan segera tidak memberikan jumlah nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat.

Tanda-tanda sistem keimunan lemah pada orang dewasa yang sibuk bekerja termasuk:

Signs to look out when you are sick_B.jpg

Baru-baru ini kami menyentuh tentang kepentingan protein untuk kesihatan dan kecantikan anda, jadi tidak hairanlah ia muncul di sini juga. Berikut ialah antara nutrien utama yang anda perlukan untuk memerangi gejala sistem imun yang lemah.

Nutrients you need to stay healthy_B.jpg


TAHUN-TAHUN KEEMASAN

Tubuh yang meningkat tua semakin lemah seiring dengan peredaran masa. Bukan sahaja pergerakan kita yang perlahan tetapi juga sistem imun kita. Warga emas berisiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit membawa maut dan penyakit yang mungkin tidak memberi kesan kepada seseorang yang lebih muda dan sihat. Oleh itu, mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan orang tua kesayangan anda sentiasa sihat adalah keutamaan.

Bagi warga tua, tanda-tanda kesihatan terjejas ditunjukkan secara berbeza daripada orang dewasa yang lebih muda.

Signs to look out when the elderly are sick_B.jpg

Nutrien yang diperlukan oleh warga emas termasuklah:

Nutrients the elderly needs to stay healthy_B.jpg


Perjuangan belum berakhir

Peperangan menentang COVID-19 masih belum berakhir, walaupun kita telah mencapai kemajuan yang besar dalam setahun setengah yang lalu. Kita juga mesti sentiasa peka tentang memiliki dan mengekalkan sistem imun yang kuat. Ketika kita melangkah ke tahun 2022, marilah kita semua meraikan Tahun Baru dengan kesihatan yang lebih baik dan hari-hari mendatang yang lebih cerah!


Untuk maklumat lanjut

  • Belajar untuk melindungi keluarga anda bersama-sama, ketik untuk membaca
  • Semak imbas senarai saranan produk Nutrilite di Amway Central.
  • Tonton video pendidikan mini!