Floating Icon
28 AUG 2022 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 336 LIHAT 7 BERKONGSI

Bebola Donat Protein

Bebola Donat Protein


BAHAN-BAHAN A

  • 470g tepung gandum
  • 1 skup Minuman Protein Soya Nutrilite
  • 1 skup Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Beri Campuran)
  • 2 sk serbuk penaik
  • 1/8 sk serbuk buah pala (pilihan)
  • 1/8 sk serbuk rempah campur (pilihan)

BAHAN-BAHAN B

  • 130g gula kastor
  • 50g mentega
  • 1 sk garam

BAHAN-BAHAN C

  • 300g air
  • 1 sk esen vanila

BAHAN-BAHAN LAIN

  • 2 biji telur gred A
  • Minyak

KAEDAH

  1. Pukul bahan-bahan B bersama-sama, kemudian masukkan telur satu demi satu sehingga gula larut.
  2. Masukkan bahan-bahan C dan teruskan memukul.
  3. Masukkan semua bahan A yang telah diayak bersama-sama dan kaup balik sehingga adunan halus.
  4. Rehatkan adunan selama 30 minit.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan cedok kira-kira satu sudu besar adunan. Kemudian, bentukkan lebih kurang 5 atau 6 biji bebola kecil dan masukkan ke dalam kuali.
  6. Goreng celur dengan api sederhana sehingga perang keemasan.
  7. Angkat donat dan salutkan dengan gula kastor.