Floating Icon
30 MAY 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 2371 LIHAT 93 BERKONGSI

Utamakan Kesihatan Kewanitaan Anda

Don

Adakah anda terlalu malu untuk bercakap mengenai topik intim? Apabila bercakap mengenai kesihatan wanita, perbincangan mengenai penjagaan bahagian intim wanita biasanya cuba disembunyikan. Namun, kesihatan ginekologi adalah penting untuk kesejahteraan keseluruhan wanita dan kini tiba masanya untuk menormalkan perbualan mengenainya.

Adakah anda mengabaikan kesihatan V anda? Berikut adalah beberapa tanda yang anda perlu tumpukan:

Bau

V Odour Doesn

Bertentangan dengan budaya popular dan harapan ‘keharuman’ di Bahagian Bawah, V sememangnya mempunyai bau semula jadi yang tersendiri. Sungguhpun demikian, bau yang kuat juga boleh menunjukkanjangkitan, pertumbuhan bakteria atau penyakit. Kebersihan kewanitaan yang betul adalah penting bagi memastikan flora V sihat dan seimbang.

 

Keputihan 

Keputihan V boleh datang dalam pelbagai warna dan tekstur. Sesetengah jenis keputihan biasa boleh dalam bentuk:

  • Air, melekit atau konsistensi putih telur
  • Pekat dan berkrim

 

Beberapa tanda yang membimbangkan akibat keputihan termasuk:

  • Bau yang kurang menyenangkan
  • Perubahan warna (kehijauan, kelabu, keruh)
  • Perubahan tekstur (kental, berbuih)

 

Selain mengekalkan kebersihan asas V anda, mengimbangi bakteria baik dan tidak baik anda untuk mengekalkan tahap pH sedikit berasid antara 3.8 hingga 4.2 boleh jadi semudah menambah Nutrilite Cranberry Fruit Drink Base with Probiotic, Inulin & FOS kepada pengambilan harian anda!

Care For Your V.jpg

 

Mengandungi 3 strain probiotik wira (Lactobacillus rhamnosus HN001, acidophilus La-14 and acidophilus NCFM), setiap paket mengandungi 10 bilion unit pembentuk koloni (CFU) untuk memastikan V anda sihat.

 

Jadi, bagaimanakah Nutrilite Cranberry Fruit Drink Base with Probiotic, Inulin & FOS menjaga V anda?

 

Probiotik

Kami tahu probiotik adalah bagus untuk flora usus anda, tetapi tahukah anda bahawa V anda juga memerlukan flora yang sihat? Mengekalkan keseimbangan pH dan mikrobiom bakteria V anda boleh mencegah masalah biasa seperti UTI dan keputihan yang hancing. Selain itu, sebagaimana yang diketahui oleh kebanyakan wanita, keputihan mereka boleh mempunyai kandungan berasid yang cukup tinggi untuk melunturkan fabrik seluar dalam mereka; oleh itu menambah strain Laktobasili tertentu kepada diet anda boleh membantu mengimbangkan tahap pH anda untuk meneutralkan kesan ini.

 

Strain Laktobasili ini telah dikaji secara mendalam terutamanya untuk kesannya terhadap mikrobiota V. Laktobasili menghasilkan asid laktik yang mengekalkan pH V pada tahap sedikit berasid bagi mencegah pertumbuhan yis yang berlebihan, bakteria yang tidak baik dan patogen berbahaya lain.

 

Serbuk Kranberi

Cranberries.jpg

Sebagai buah berkhasiat yang kaya antioksidan, kranberi memberikan pelindung yang berkuasa terhadap jangkitan. Serbuk kranberi telah lama digunakan untuk melawan UTI, menghapuskan bakteria tidak baik dan membersihkan dinding pundi kencing.

 

Fructooligosaccharides (FOS)

Walaupun namanya mungkin agak menggerunkan, fructooligosaccharides (FOS) sebenarnya ialah karbohidrat yang sangat semula jadi yang ditemui dalam kebanyakan tumbuhan. Bawang putih, bawang merah, pisang dan akar cikori adalah beberapa sumber semula jadi untuk FOS, rantaian fruktosa manis secara semula jadi dan rendah kalori yang dihadam dalam kolon. Oleh yang demikian, ketahanannya melalui sistem penghadaman menjadikannya bantuan yang ideal bagi masalah seperti sembelit dan membantu bakteria yang baik berkembang dalam usus..

 

Inulin 

Serat prebiotik boleh larut, inulin secara semula jadi berlaku dalam tumbuhan. Inulin menyokong pertumbuhan bakteria bermanfaat dalam usus apabila dimakan.

 

Memberi perhatian kepada kesihatan V anda adalah sentiasa penting tidak kira anda muda atau tua! Pastikan anda mengamalkan kebersihan yang baik, memilih seluar dalam yang boleh bernafas dan menyuburkan badan anda dengan suplemen yang diperlukannya.

Nutrilite Cranberry Fruit Drink Base with Probiotic, Inulin & FOS.jpg

Dapatkan Nutrilite Cranberry Fruit Drink Base with Probiotic, Inulin & FOS hari ini!

 

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, menyembuh atau merawat sebarang gejala kesihatan.

 

Sumber: 

  1. Probiotik untuk Kesihatan Vagina: Adakah Probiotik Berkesan?: https://www.healthline.com/health/vaginal-health/probiotic-vaginal-health#conditions
  2. Produk yang mengandungi kranberi untuk pencegahan jangkitan saluran kencing dalam populasi yang mudah terdedah: kajian sistematik dan meta analisis bagi ujian terkawal rawak:
  3. Fructooligosaccharides: https://www.healthline.com/health/fructooligosaccharides#forms-and-where-to-find-them