Floating Icon
26 MAY 2023 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 193 LIHAT 3 BERKONGSI

Ulam Kuinoa

Bahan-bahan (untuk 1-2 orang):

  • 5g kelapa parut
  • 50g cendawan shiitake segar
  • 50g tempe
  • 200g kuinoa
  • 10g bawang merah
  • 10g kacang panjang
  • 20ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table by Nutrilite

Herba

  • 5g daun selasih
  • 5g daun pudina
  • 5g daun kesum
  • 5g daun limau purut

Kuah ulam (1 bahagian)

  • 20ml air
  • 25g asam jawa
  • 5g gula Melaka, diparut
  • 2.5ml kicap cair
  • 7.5ml jus limau nipis segar
  • 20ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table by Nutrilite

Kaedah:

  1. Racik halus-halus semua herba. Kupas dan hiris bawang merah nipis-nipis.
  2. Potong tempe dan cendawan menjadi kepingan 5mm. Potong kacang panjang 4cm panjang dan perasakan dengan garam. Panaskan kuali dengan 20ml Minyak Biji Chia Putih dan goreng kilas tempe, cendawan dan kacang panjang hingga bangkit bau dan keemasan.
  3. Rendam kuinoa dalam air selama 10 minit dan kukus selama 25 minit.
  4. Untuk menyediakan kuah ulam, ramas asam jawa dalam air dengan tangan untuk mendapatkan jus asam jawa yang pekat dan tapis.
  5. Masakkan jus asam jawa dalam kuali atas api yang kecil. Tambahkan air, kelapa parut dan kicap cair untuk perasa. Gaulkan dengan jus limau nipis segar dan Minyak Biji Chia Putih.
  6. Masukkan semua bahan (herba, kelapa parut, tempe, cendawan, kacang panjang, kuinoa dan bawang merah) ke dalam mangkuk. Tambahkan sesenduk kuah ulam, gaul sebati dan tuangkan ke atas pinggan untuk dinikmati.