Floating Icon
10 JUN 2023 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 2 MINIT BACA 817 LIHAT 23 BERKONGSI

Pengetahuan Asas Penjagaan Kulit: Kepentingan Penyegar Muka untuk Remaja



Kulit remaja terdedah kepada pelbagai masalah seperti jerawat, pengeluaran minyak berlebihan dan tona kulit yang tidak sekata. Salah satu daripada langkah penting dalam rutin penjagaan kulit yang sering terlepas pandang ialah penggunaan penyegar muka. Walaupun kebanyakan orang mempercayai bahawa penyegar hanyalah untuk mereka yang berkulit berminyak, sebenarnya penyegar boleh memberi manfaat kepada semua jenis kulit (daripada kulit berminyak, kering kepada kombinasi), terutamanya remaja.



Penyegar ialah cecair yang digunakan pada muka selepas membersihkan dan sebelum melembapkan muka. Tujuan utamanya ialah untuk memulihkan keseimbangan pH kulit dan menyingkirkan sebum berlebihan, yang boleh terganggu oleh pembersih yang kasar dan faktor persekitaran lain. Sungguhpun kebanyakan remaja mungkin memikirkan bahawa mereka tidak memerlukan penyegar, kita akan mendalami persoalan “Adakah remaja perlu menggunakan penyegar?” dalam bahagian siri Pengetahuan Asas Penjagaan Kulit kami.



Berikut ialah beberapa sebab mengapa penyegar itu penting untuk remaja:

Mengurangkan Jerawat

Salah satu masalah kulit yang paling biasa dialami oleh golongan remaja ialah jerawat. Jerawat berlaku apabila folikel rambut dan liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati, yang menyebabkan jerawat, bintik hitam dan bintik putih. Penyegar boleh membantu mencegah jerawat dengan menyingkirkan minyak berlebihan dan kotoran daripada kulit yang boleh menyumbatkan liang roma dan menyebabkan jerawat. Ia juga membantu membuka liang roma dengan menanggalkan sel kulit mati agar membolehkan penyerapan produk menentang jerawat yang lain dengan lebih baik.

Menghidratkan dan Melembapkan

Remaja mungkin memikirkan yang mereka tidak perlu melembapkan kulit mereka tetapi ia penting untuk mengekalkan kulit yang sihat. Penyegar boleh membantu menghidratkan kulit dan mengekalkan lembapan, memberikannya rasa segar dan subur. Ia juga boleh membantu menyediakan kulit untuk penyerapan produk penjagaan kulit yang lain seperti serum dan pelembap dengan lebih baik.

Menambah baik Tekstur dan Tona Kulit

Apabila remaja melalui akil baligh, kulit mereka mungkin menjadi kasar, tidak licin atau berubah warna. Penyegar boleh membantu menambah baik tekstur dan tona kulit dengan menanggalkan sel kulit mati dan menggalakkan penggantian sel. Ini membawa kepada kulit yang lebih licin, lebih cerah dan tona yang lebih sekata.

Mengawal Minyak Berlebihan

Remaja sering mengalami sebum berlebihan yang boleh menyebabkan kulit wajah berkilat dan berminyak. Penyegar boleh membantu mengawal minyak berlebihan dengan menanggalkan sebarang sisa kotoran atau solekan dan mengawal pengeluaran sebum kulit. Ini boleh membantu mencegah jerawat dan masalah kulit lain yang berkaitan dengan kulit berminyak.

Melindungi Daripada Penyebab Tekanan Alam Sekitar

Alam sekitar boleh mempunyai kesan yang ketara ke atas kulit terutamanya bagi remaja yang menghabiskan banyak masa di luar. Penyegar boleh mengandungi antioksidan yang melindungi kulit daripada penyebab tekanan alam sekitar seperti pencemaran. Ini boleh membantu mencegah penuaan pramatang dan memastikan kulit tampak muda dan sihat.

ARTISTRY STUDIO SKIN Rosé All Day (Anti-Blemish Toner + Pore Refresher)

Terlalu banyak penyegar untuk dipilih? Jangan bimbang, kami bersedia untuk meleraikan ketidakpastian anda berhubung dengan rutin penjagaan kulit! Setiap botol ARTISTRY STUDIO SKIN Rosé All Day (Anti-Blemish Toner + Pore Refresher) diperbuat daripada bahan ZEN + TENAGA, dirumus dengan mengambil kira kulit muda (kulit remaja untuk usia antara 13 hingga 19 tahun) bagi memberikan keseimbangan kepada kulit mereka.

Adakah wajah anda bersedia untuk spa? Cubalah penyegar di mana 90%* wanita bersetuju bahawa ia membuat kulit dan liang roma terasa segar selepas penggunaan!

*Peratus wanita yang bersetuju berdasarkan kajian pilihan pengguna seramai 101 wanita.