Floating Icon
08 APR 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 1346 LIHAT 73 BERKONGSI

Pinggang Ramping, Perut Kempis Dengan Teh Hijau

Teh hijau merupakan antara minuman yang paling mujarab untuk kesejahteraan umum. Minuman ini terkenal untuk mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan, namun kaedah dan cara pengambilan yang betul dan konsisten amat penting dalam membantu pengguna memperoleh manfaat teh hijau yang sempurna.


Green tea contains many health benefits and is also known to help lose weight.jpg

Khasiat dan kelebihan mengambil teh hijau yang kaya dengan pelbagai nutrisi, menawarkan kebaikan yang tiada tandingan sama ada secara luaran mahupun dalaman. Daripada mencegah kanser, mengurangkan risiko hipertensi, serangan penyakit kardiovaskular, mengekalkan awet muda, merangsang kemampuan mental dan sebagainya, sebatian kimia dalam ekstrak teh hijau menjamin keperluan khasiat lengkap setiap hari.


Sumber: Journal of the American College of Nutrition (2006)


Teh Hijau Untuk Kurus Secara Lebih Berkesan

Penelitian dan penyelidikan lanjut terhadap teh hijau mendedahkan kewujudan antioksidan yang sangat kuat, dikenali sebagai polifenol khususnya flavonoid dan katekin yang menjadi antara bahan kajian utama para saintis ekoran keberkesanannya menurunkan berat badan dan mencegah radikal bebas.

Katekin khususnya EGCG (epigallocatechin gallate) memberi kesan antiobesiti iaitu mengurangkan berat dan lemak badan serta merangsang metabolisme dan oksidasi lemak.

Namun, dengan hanya mengambil teh hijau, itu tidak bermakna anda boleh memanfaatkan komponen nutrisi seperti EGCG. Ini kerana kajian turut mendapati bahawa tubuh badan kita berdepan kesukaran dalam menyerap polifenol seperti EGCG secara sepenuhnya ke dalam tubuh badan.


Nutrilite Green T Plus Tablet.jpg

Nutrilite Green-T Plus Tablet menggabungkan kesemua khasiat penting teh hijau untuk menguruskan badan dan sifat-sifat antiradikal yang memberi perlindungan kesihatan yang diperlukan.

 

Nutrilite Green-T Plus Tablet mengoptimumkan khasiat teh hijau dalam bentuk tablet yang mudah diambil pada bila-bila masa. Ia menggunakan teknologi Green Select® Phytosome® yang meningkatkan penyerapan nutrien dan EGCG,  yang merupakan elemen penting untuk meningkatkan metabolisme tubuh.


The Nutrilite Green T Plus Tablet is made via the GreenSelect Phytosome Technology.jpg

Penyelidikan klinikal mendedahkan bahawa penggunaan teknologi Green Select® Phytosome® meningkatkan EGCG dalam darah sekali gus dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak iaitu kadar metabolisme dengan merangsang kesan hormon pembakar lemak iaitu Norepinefrin, dan membebaskan tenaga daripada lemak ke dalam aliran darah. ECGC dengan teknologi Green Select® Phytosome® menjadi gabungan yang paling berkesan untuk tujuan mendapatkan berat badan ideal.


Practise healthier eating habits and exercise often to better manage weight.jpg

Secara keseluruhan, kajian saintifik membuktikan EGCG merangsang kolesterol baik (HDL), mengawal kandungan lemak trigliserida dengan efisien, mengawal kadar gula darah puasa dan mengekalkan indeks jisim tubuh (BMI) sihat.

Dengan gabungan teknologi Green Select® Phytosome®, senaman dan amalan pemakanan yang sihat, pengguna pasti akan dapat melihat perubahan ketara dalam bentuk badan dan berat badan. Nutrilite Green-T Plus Tablet didatangkan dalam bekas kedap udara yang mengandungi 60 tablet, setiap satu tablet mengandungi 50mg teh hijau Green Select Phytosome dengan 20mg bahan aktif EGCG . Berita baik kepada mereka yang mahu mengurangkan atau menghentikan pengambilan kafein, Nutrilite Green-T Plus Tablet adalah pilihan yang bijak.


Sumber: GreenSelect® Phytosome as an Adjunct to a Low-Calorie Diet for Treatment of Obesity: A Clinical Trial. Di Pierro F, Menghi AB, Barreca A, Lucarelli M, Calandrelli A, Alternative Medicine Review Volume 14, November 2 2009


Brown algae is rich in fucoxanthin, a type of carotenoid that increases your body’s ability to break down fat.jpg

Sebagai nilai tambah, Nutrilite Green-T Plus Tablet turut mengandungi alga perang atau Laminaria Japonica yang kaya dengan sumber fucoxanthin, iaitu sejenis karotenoid yang meningkatkan kemampuan tubuh untuk memecahkan dan mengelakkan pengumpulan lemak di perut dan hati.



Sumber: Muradian Kh, Vaiserman A, Min K-J, Fraifeld VE. Fucoxanthin and lipid metabolism: A minireview. Nutr Metab Cardiovasc Dis. 2015;25(10):891-897.

Peng J, Yuan J-P, Wu C-F, Wang J-H. Fucoxanthin, a marine carotenoid present in brown seaweeds and diatoms: metabolism and bioactivities relevant to human health. Mar Drugs. 2011;9(10):1806-1828


Penafian

  1. Suplemen diet ini boleh menjadi penambahan berharga kepada program senaman dan diet kesihatan untuk mencapai penurunan berat badan yang sihat dan ideal dan/atau mencapai kesihatan optimum. Hasilnya mungkin berbeza-beza secara individu bergantung kepada gaya hidup dan keadaan kesihatan.
  2. Anda disarankan agar merujuk doktor/pakar kesihatan anda berhubung dos EGCG yang harus diambil dalam sehari.
  3. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, menyembuh atau merawat sebarang gejala perubatan.