Floating Icon
30 MAR 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 948 LIHAT 23 BERKONGSI

Petua untuk Menjadikan Rutin Penjagaan Kulit Anda Mesra Alam

Tahukah anda salah satu penyumbang terbesar sisa plastik ialah industri kecantikan? 91% sisa plastiknya tidak dikitar semula, sebaliknya berakhir di tapak pelupusan atau mencemarkan laut.

Tambahan pula, sesetengah produk kecantikan menggunakan ujian haiwan untuk menentukan keselamatan. Amalan kejam dan tidak beretika ini masih digunakan walaupun terdapat kaedah ujian alternatif yang tidak berbahaya.

Tetapi anda boleh memainkan peranan untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini:

Be conscious about saving water during your skincare routine

Jimatkan air ketika mencuci muka

Petua ringkas tetapi berkesan ini bagus untuk persekitaran dan dompet anda. Ketika mencuci muka, jangan biarkan paip terbuka jika anda tidak menggunakan air. Tabiat menutup paip mungkin memerlukan sedikit masa tetapi setelah menjadi kebiasaan, anda tidak akan lupa lagi.

Kesan: Pembaziran air menjadi kebimbangan utama kerana air bersih adalah sumber yang berharga. Oleh itu, jaga persekitaran dan bil air anda dengan mengurangkan pembaziran air semasa rutin penjagaan kulit anda.

Check the expiry date on your products

Habiskan produk anda sebelum tarikh luput

Kita semua pernah menjadi mangsa trend ini – anda melihat produk baru dilancarkan dan tidak sabar-sabar untuk mencubanya walaupun anda belum menghabiskan produk yang sedia ada. Sukar untuk menahan godaan produk baru tetapi penting untuk menghabiskan kosmetik dan penjagaan kulit yang sedia ada untuk mengurangkan sisa.

Kesan: Bergelen-gelen air dan bertan-tan tenaga digunakan untuk menghasilkan produk yang anda sukai. Jika ia tidak dihabiskan dan dibuang tanpa digunakan atau digunakan separuh, anda membazirkan sumber berharga yang digunakan untuk membuat kosmetik dan krim kulit itu.

Recycle your skincare product packaging

Guna semula/kitar semula bungkusan

Syampu anda sudah habis? Jangan buang botol plastik kosong itu ke dalam tong sampah.

Kebanyakan bungkusan plastik dan kertas boleh dikitar semula hari ini, jadi periksa pusat kitar semula di tempat anda dan mainkan peranan untuk menyelamatkan alam sekitar.

Kesan: Kitar semula memastikan plastik dibuang dengan cara yang tidak membahayakan alam sekitar. Sebagai alternatif, jimatkan masa perjalanan dan guna semula sebarang botol kaca sebagai hiasan mesra alam di rumah anda.



Choose cruelty-free products

Pilih produk mesra alam seperti ARTISTRY SKIN NUTRITION

ARTISTRY SKIN NUTRITION berbangga kerana menghasilkan penjagaan kulit yang disahkan vegan dan tanpa kekejaman. Produk-produknya tidak diuji ke atas haiwan atau diperbuat dengan bahan yang berasal daripada haiwan. Menggunakan hanya bahan-bahan sihat yang ditanam secara organik, rangkaian ini menyeimbangkan kulit, menghidratkan dan mencegah tanda-tanda penuaan. Rasa cantik luar dan dalam dengan kulit yang berseri tanpa rasa bersalah.

Kesan: Dengan hanya menyokong syarikat tanpa kekejaman, anda mengambil kuasa membeli daripada jenama kecantikan yang tidak beretika. Lagipun, jika tidak ada yang mahu membeli, kepada siapa mereka hendak menjualnya?



Dapatkan produk ARTISTRY SKIN NUTRITION yang tepat untuk kulit anda di Amway.my