Floating Icon
15 JUL 2021 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 1068 LIHAT 84 BERKONGSI

Sambut Ketibaan Perayaan Pertengahan Musim Luruh dengan Kuih Bulan Celebration

Kuih bulan, tanglung berwarna-warni dan perhimpunan keluarga – apabila ketiga-tiganya dilihat bersama, anda tahu bahawa Perayaan Pertengahan Musim Luruh sudah tiba.

Secara tradisinya festival ini untuk meraikan kemuncak musim luruh namun ia juga dianggap sebagai tarikh yang bertuah untuk percintaan kerana ramai pasangan bertunang atau berkahwin semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh.

Celebration Mooncakes 2


Cinta Di Sebalik Perayaan Pertengahan Musim Luruh

Unsur romantik yang dikatkan dengan festival ini berasal daripada kisah cinta pilu Chang'e dan suaminya, Houyi. Menurut legenda, Houyi ialah pemburu yang hebat dan dia dihadiahkan eliksir keabadian kerana kemahirannya itu. Pada suatu hari, ketika Houyi keluar berburu, Chang'e diserang di rumah mereka.

Terdesak untuk memastikan eliksir itu tidak jatuh ke tangan yang salah, Chang'e meminumnya dan akhirnya terapung ke bulan. Di sana dia menjadi Dewi Bulan Keabadian. Houyi yang patah hati di bumi menghidangkan kuih-muih manis dan buah-buahan untuk memperingati pengorbanan isterinya. Itulah sebabnya kuih bulan berbentuk bulat seperti bulan purnama, sebagai penghormatan kepada Dewi Bulan Chang'e.


Kuih Bulan, Kegembiraan dan Keluarga

Selain sebagai persembahan kepada Dewi Bulan, kuih bulan juga dikongsi dan dihadiahkan kepada ahli keluarga sebagai simbol perjumpaan keluarga. Pada hari Perayaan Pertengahan Musim Luruh, semua orang menikmati kuih bulan untuk meraikan ikatan kekeluargaan dan kebersamaan dalam keluarga.

Walaupun sambutan tahun ini mungkin sedikit berbeza, tidak ada alasan untuk tidak merayakan Perayaan Pertengahan Musim Luruh dengan menikmati dan menghadiahkan kuih bulan yang enak.

Celebration Mooncakes-Four Happiness Variety Pack


BARU Pek Aneka Jenis Empat Keriangan – Tradisional dengan Sentuhan yang Lebih Sihat

Menawarkan perisa tradisional dan juga kontemporari, keriangan memang dirasai dalam set empat kuih bulan yang lazat ini. Nikmati kuih bulan enak yang kurang manis dan mesra vegetarian untuk pilihan manisan yang lebih sihat.

Setiap kotak hadiah mengandungi:

  • Satu (1) Kuih Bulan Teratai Pandan Satu Kuning Telur: Pes teratai pandan yang halus digandingkan dengan kelazatan perisa savuri satu kuning telur dalam pilihan kurang manis ini.
  • Satu (1) Teratai Putih Satu Kuning Telur: Pilihan penggemar perisa tradisi, resipi ini telah diubah dengan mengurangkan gula agar setiap gigitan tidak membawa sesalan.
  • Satu (1) Kuih Bulan Kacang Merah: Satu lagi perisa kegemaran ketika Perayaan Pertengahan Musim Luruh, kuih bulan kacang merah ini didatangkan dengan kerangupan biji tembikai. Ia kurang manis dan juga mesra vegetarian!
  • Satu (1) Kuih Bulan Espreso: Sentuhan baru pada resipi tradisional, sajian enak ini mengandungi inti biskut coklat espreso berkrim dengan kerangupan biji tembikai. Mesra vegetarian.

Celebration Mooncakes Four Delights Variety Pack


Pek Aneka Jenis Empat Perisa - Kotak Hadiah Kuih Bulan Yang Sempurna

Menghadiahkan kuih bulan ialah simbol tradisi yang menandakan kebersamaan. Jadi, walaupun anda tidak dapat bertemu dengan ahli keluarga, tunjukkan keprihatinan anda dengan kotak hadiah empat kuih bulan ini:

Setiap kotak hadiah mengandungi:

  • Satu (1) Teratai Putih Satu Kuning Telur Shanghai: Gigit pastri biskut yang rapuh ini dan nikmati pes teratai putih yang halus dan kuning telur yang savuri.
  • Satu (1) Teratai Putih Satu Kuning Telur: Pilihan penggemar perisa tradisi, resipi ini telah diubah dengan mengurangkan gula agar setiap gigitan tidak membawa sesalan.
  • Satu (1) Kuih Bulan Ubi Keladi: Berkacang dan enak, kuih bulan ini membangkitkan tunas rasa anda dengan inti ubi keladi.
  • Satu (1) Kuih Bulan Teh: Pencinta teh hijau, ini untuk anda. Nikmati pastri yang diseduh dengan teh hijau dan pes teratai teh hijau yang digandingkan dengan kacang hijau dan kacang merah.

Celebration Mooncakes Individual Pack


Pek Satu Jenis - Kuih Bulan untuk Seorang Juga!

Jika anda jauh dari rumah tetapi masih mahu merayakan Perayaan Pertengahan Musim Luruh, anda boleh menikmati kuih bulan Pes Teratai Putih yang mesra vegetarian dan kurang manis untuk sambutan yang menggembirakan dan sihat. Pek ini mengandungi empat (4) kuih bulan Pes Teratai Putih.


Sebarkan kasih dan keprihatinan sepanjang festival ini dengan menghadiahkan dan menikmati Kuih Bulan Celebration hari ini!