Floating Icon
12 JAN 2023 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 239 LIHAT 7 BERKONGSI

Lap Mei Fan Vegetarian

Bahan-bahan:

Nasi

  • 3 cawan nasi putih rendah gula

Untuk Menggoreng

  • 50g mentega
  • 30g halia (dihiris)

Protein

  • 130g sosej Cina vegetarian
  • 130g char siu vegetarian
  • 8 ketul cendawan shiitake segar

Sos

  • 1 ½ sb stok vegetarian pekat
  • 2 sb kicap pekat
  • 3 sb kicap
  • ½ sk serbuk cendawan
  • ½ sk kecil garam
  • 2 sb gula
  • ¼ sk serbuk lada putih
  • ¼ sk serbuk panca rempah
  • 150ml air

Hiasan

  • 30g lobak merah
  • 10g daun ketumbar

Cara:

  1. Masak 3 cawan nasi putih rendah gula menggunakan Periuk Nasi Rendah Gula Noxxa. Ketepikan.
  2. Panggang bahan-bahan protein di dalam Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa yang telah dipanaskan pada suhu 200°C selama 10 minit. Ketepikan.
  3. Panaskan periuk dalaman Periuk Nasi Rendah Gula Noxxa menggunakan fungsi Stir Fry. Tetapkan masa memasak selama 30 minit.
  4. Masukkan mentega dan halia.
  5. Masukkan bahan-bahan protein yang telah dipanggang dan sos, kemudian tumis selama 3 minit.
  6. Tuang tumisan tadi ke dalam nasi yang telah dimasak tadi dan gaul rata.
  7. Hias dengan lobak merah dan daun ketumbar yang diracik helai.