Floating Icon
01 JUL 2022 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 1050 LIHAT 27 BERKONGSI

Latte Kacang Hazel Vergold: Rangsangan Kafein yang Anda Perlukan

Kopi telah menjadi minuman utama dalam kehidupan kita sejak abad ke-15. Dari zaman awal perkembangannya di hutan kopi purba di Ethiopia, sehingga penanaman dan perdagangannya di Semenanjung Arab sebelum mengelilingi dunia melalui Asia dan Eropah, ramai orang telah jatuh cinta dengan ciri-cirinya yang menyegarkan dan memberi tenaga.


Lakukan Yang Terbaik

Semasa zaman kanak-kanak, kita dilarang menikmati kelazatan minuman yang kaya dengan kafein ini. Setelah bertahun-tahun terpesona menyaksikan ibu bapa kita menghirup kopi panas dengan sarapan pagi mereka atau semasa hujan turun pada waktu petang, akhirnya menjadi cukup dewasa untuk merasainya sendiri adalah saat yang ditunggu-tunggu bagi kebanyakan orang – dan sejak itu, kita tidak menoleh ke belakang.

 

Mengapa pula kita harus menoleh ke belakang? Tiada yang dapat menandingi hirupan kopi panas pertama pada waktu pagi sebelum memulakan tugas harian anda, sama ada anda sedang belajar di kolej, mendaki tangga korporat dari satu pejabat ke pejabat lain atau membesarkan anak-anak sebagai ibu bapa sepenuh masa. Jangan silap: Kafein ialah asas sebarang usaha produktiviti, dan rangsangan pantas pada bila-bila masa sepanjang hari pastinya akan menambah baik emosi anda dalam apa jua keadaan.


Teringin Minum Kopi

Sama ada panas atau sejuk, ada perasaan tersendiri yang biasanya dikaitkan dengan minuman yang sangat digemari ini. Selain lonjakan kafein yang menyegarkan semula semangat anda, kopi lebih daripada sekadar memanjakan deria anda pada waktu santai; ia juga hadiah untuk dikongsi, dialami dan dinikmati dengan orang lain, menyelubungi orang yang meminumnya dengan rasa kebersamaan. Mungkin itulah sebabnya ia rasa seperti cinta dan keselesaan di dalam cawan.

 

Tidak hairankah masyarakat di seluruh dunia mengalu-alukan kemunculan kedai-kedai kopi yang berkembang maju dengan pelbagai varieti kopi yang dibru, dicampur, ditambah ais, diseduh dan banyak lagi. Di sinilah berjuta-juta orang dari semua lapisan masyarakat berkumpul untuk berfikir, bertukar-tukar idea dan emosi, malah sekadar memerhatikan gelagat orang sambil menikmati bercawan-cawan kopi.


Memperkenalkan Latte Kacang Hazel Vergold

Menampilkan rumusan baharu dan dipertingkatkan, Latte Kacang Hazel Vergold memang hebat!


Nikmati kopi Arabika Brazil 100% premium yang dikeringsejukbekukan dengan perisa kacang hazel untuk mendapatkan dos kafein anda.


Berbanding dengan Kapucino Kacang Hazel Vergold sebelum ini, Latte Kacang Hazel Vergold kini mengandungi kandungan protein yang lebih tinggi, rendah kolesterol dan mengandungi pemanis bebas kalori untuk memberikan alternatif yang lebih sihat kepada kopi 3 dalam 1 anda yang biasa.

 

Inilah yang anda boleh dapatkan dalam rumusan baharu:

  • Lebih daripada 15g protein setiap 100g
  • Hampir 15g serat setiap 100g
  • Mengandungi Stevia, yang bebas kalori dan karbohidrat
  • Rendah kolestrol
  • Kandungan koko yang lebih tinggi untuk rasa coklat yang kaya!

 

Selain itu, Latte Kacang Hazel Vergold baharu ini lebih berkrim dan lebih kaya, anda pasti suka. Tunggu apa lagi? Dapatkan Latte Kacang Hazel Vergold anda hari ini dan nikmati waktu rehat anda dengan kopi yang lebih sihat!