Floating Icon
21 JAN 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 2 MINIT BACA 1098 LIHAT 34 BERKONGSI

Apakah Yang Ada Dalam Produk Kecantikan Anda?

Pilih mana-mana satu botol daripada koleksi produk penjagaan kulit anda yang semakin banyak dan perhatikan bahan-bahan pada labelnya. Ada sesetengahnya yang anda tidak boleh sebut? Anda tidak bersendirian. Namun, apakah semua bahan ini dan pernahkah anda terfikir jika ia benar-benar baik untuk anda?

Whats In Your Beauty Products Stylised Packaging


Selama bertahun-tahun, industri kecantikan telah dipantau kerana penggunaannya bahan-bahan yang berpotensi membahayakan manusia. Mari kita lihat antara bahan-bahan tersebut:

Minyak mineral

Digunakan sebagai pengawet, sesetengah paraben berbahaya kerana menyerupai hormon estrogen. Kajian telah mengaitkannya dengan bahaya terhadap organ pembiakan, gangguan tiroid, kanser berkaitan hormon dan obesiti.

Paraben

Digunakan sebagai pengawet, sesetengah paraben berbahaya kerana menyerupai hormon estrogen. Kajian telah mengaitkannya dengan bahaya terhadap organ pembiakan, gangguan tiroid, kanser berkaitan hormon dan obesiti.

Ftalat

Ia mungkin membantu haruman tahan lebih lama tetapi kajian mengaitkannya dengan obesiti, diabetes jenis 2, kanser payudara, kecacatan pembiakan, kemandulan dan masalah kardiovaskular.

Surfaktan berasaskan sulfat

Ditambah dalam produk untuk kesan pembuihannya, sulfat bukan sahaja mengeringkan tetapi mungkin juga karsinogen.


Tahukah anda bahawa semua bahan yang digunakan dalam rumusan ARTISTRY selamat, berkesan dan mematuhi kawal selia? Gred yang paling tulen dipilih dan dikaji semula oleh pakar toksikologi supaya anda tidak perlu risau.



Terdapat lebih dari 1,000 bahan terlarang yang kami tidak gunakan, termasuk:

  • Paraben Terpilih
  • Penyumbang Formaldehid
  • Oksibenzon
  • Oktil Metoksisinnamat (OMC)
  • Silikon Siklik
  • Monoetanolamina (MEA)
  • Minyak Mineral

Namun begitu, kami gemar menggunakan bahan-bahan tulen dan bermanfaat yang selamat dan berkesan, termasuk:

  • Humektan (Penghidratan)
  • Oklusif (Perintang)
  • Antirengsa
  • Agen Pelindung Kulit
  • Botani Nutrilite
  • Antikedut
  • Antijerawat

Whats In Your Beauty Products Clean Extraction

Pengekstrakan bersih

Itu memang bagus tapi bagaimana dengan bahaya terhadap alam sekitar? Kecantikan bersih perlu selamat untuk manusia dan juga planet yang kita diami.

Dalam hal perniagaan, biasanya syarikat mengutamakan keuntungan dalam kaedah yang mereka gunakan. Hakikatnya, bahan-bahan botani yang selamat dan berkesan boleh diperoleh menggunakan bahan kimia dan proses mekanikal yang mesra alam. Itulah cara kami menuai botani Nutrilite/NutriCert.

Pengekstrakan bersih seperti yang digunakan oleh ARTISTRY menggunakan teknologi hijau seperti pengekstrakan air dan etanol untuk kesan persekitaran yang minimum. Kami terus meneroka teknologi baru untuk membawakan bahan-bahan paling berkesan menggunakan kaedah pengekstrakan paling bersih. Perhatikan ruangan ini.