Floating Icon
30 SEP 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 4 MINIT BACA 1176 LIHAT 46 BERKONGSI

Penanggal Mekap Yang Mana Anda Harus Gunakan?

Quickly and easily remove longwearing makeup.jpg

Sama pentingnya dengan menggunakan mekap dan alat yang betul untuk membantu anda mencantikkan wajah ialah penggunaan produk penjagaan kulit yang tepat untuk menanggalkan mekap yang cantik itu pada hujung hari. Dari segi pilihan, kita telah lama beralih dari krim sejuk tetapi tahukah anda penanggal mekap yang mana sesuai untuk anda?

Sama seperti keperibadian, jenis kulit juga unik dan berbeza-beza. Seperti pelembap dan rona mekap anda, penanggal mekap yang anda gunakan paling berkesan apabila ia sesuai dengan keperluan kulit anda. Pasaran menawarkan pelbagai jenis penanggal mekap dan berikut adalah beberapa pilihan yang paling popular:


AIR MISEL

Salah satu trend terbaru di luar sana, air misel mendapat namanya daripada kandungan miselnya. Misel ialah struktur kimia sfera yang terkenal dengan sifat pembersihan dan pelembapnya. Air misel menyingkirkan kotoran dan zarah minyak daripada permukaan kulit tanpa menyahhidrat dan menyumbat liang roma.

Bertekstur ringan, ini pilihan tepat bagi orang yang lebih suka penanggal mekap berasaskan air yang paling sesuai untuk orang yang berkulit sensitif.

Terbaik untuk kulit Berminyak, Normal hingga Berminyak atau Normal hingga Kering.

Disyorkan untuk menanggalkan mekap yang nipis: 

ARTISTRY SKIN NUTRITION Micellar Makeup Remover + Cleanser

ARTISTRY SKIN NUTRITION Micellar Makeup Remover Cleanser.jpg

Rumusan dua asas ini cepat dan mudah digunakan. Tidak perlu dibilas, menjadikannya pilihan yang sangat mudah dan mengandungi Ekstrak Tembikai untuk melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas.


RUMUSAN KRIM

Kita semua pernah melihat produk ini di atas meja solek ibu kita. Krim sejuk mempunyai sejarah yang panjang sebagai penyelesaian pilihan untuk menanggalkan mekap dan pelembapan. Malah beberapa bentuk krim sejuk yang paling awal boleh dijejaki ke zaman Yunani Kuno! Hari ini, ia tetap menjadi pilihan popular untuk menanggalkan mekap harian.

Penanggal mekap krim secara tradisional lebih disukai kerana keupayaan pembersihannya dan juga penghidratan semula jadinya. Ramai yang memilih pembersih krim yang kaya untuk mengurangkan kehilangan lembapan pada kulit mereka yang seterusnya mencegah kedutan, garis-garis halus dan kulit kering yang ketat dan tidak selesa. Namun begitu, penanggal mekap krim tidak selalunya sesuai untuk kulit berminyak atau cenderung berjerawat.

Terbaik untuk kulit Normal hingga Kering atau Kering.

Disyorkan untuk menanggalkan mekap harian: 

ARTISTRY SKIN NUTRITION Cream Makeup Remover

ARTISTRY SKIN NUTRITION Cream Makeup Remover.jpg

Krim yang lembut dan tidak mengeringkan ini menyenangkan untuk disapu dan menanggalkan mekap dengan mudah, menjadikan kulit bersih dan lembut. Kami sukakan tambahan Minyak Biji Meadowfoam yang menyuburkan dan juga Vitamin E yang melindungi.


MINYAK PEMBERSIH

Minyak pembersih menampilkan bahan pembersih dipanggil surfaktan yang juga terdapat dalam pembersih berasaskan minyak yang lain. Surfaktan menyingkirkan kotoran daripada kulit tanpa merosakkan perintang kulit, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk kulit kering atau sensitif.

Mewah dan selembut sutera pada kulit, minyak pembersih sangat digemari sebagai penanggal mekap. Tidak hairanlah pembersih berasaskan minyak sangat berkesan untuk menanggalkan mekap yang tebal. Pastikan anda mengelupas dan membersihkan muka dengan kerap untuk mencegah liang roma tersumbat.

Terbaik untuk kulit Kering hingga Sangat Kering.

Disyorkan untuk menanggalkan mekap yang tebal: 

ARTISTRY SKIN NUTRITION Makeup Remover + Cleansing Oil

ARTISTRY SKIN NUTRITION Makeup Remover Cleansing Oil.jpg

Minyak pembersih yang sofistikated ini berubah menjadi emulsi bak susu yang mencairkan mekap. Ia juga mengandungi Minyak Argan untuk merapikan kulit dan Vitamin E untuk perlindungan antioksidan.



Walau apa pun jenis penanggal mekap yang anda gunakan, sangat penting untuk anda membersih dua kali.


Apakah itu pembersihan dua kali?

Pembersihan dua kali semudah bunyinya. Membersihkan kulit anda dua kali – mula-mula dengan penanggal mekap kemudian dengan pencuci muka – untuk memastikan semua kotoran dan sisa benar-benar hilang. Walaupun tidak semua jenis kulit memerlukan pembersihan dua kali, sesetengah jenis kulit mendapat manfaat daripada cara ini.

Dua jenis kulit yang paling banyak mendapat manfaat daripada pembersihan dua kali ialah kulit berminyak dan cenderung berjerawat.

Orang yang sering memakai mekap yang tebal juga sebaik-baiknya melakukan pembersihan dua kali kerana ia mencegah timbunan serpihan dan menyingkirkan bakteria daripada kulit.


Mengapakah membersih dua kali?

Pembersihan dua kali menjadikan kulit anda bersih dan sihat. Lama-kelamaan, ia menambah baik kulit wajah, mengurangkan kemunculan jerawat dan mengekalkan keanjalan kulit.

Mujurlah ARTISTRY SKIN NUTRITION mempunyai rangkaian penanggal mekap yang sesuai untuk semua orang!

Pastikan kulit anda sihat dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION


Beli rangkaian ini di Amway.my