Floating Icon
10 MAR 2022 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 1202 LIHAT 25 BERKONGSI

Kebaikan Buah Kurma Yang Perlu Anda Tahu

Dates_for_Ramadan_and_Raya.jpg

Bila tiba bulan Ramadan, pasti mengingatkan kita dengan buah kurma yang merupakan salah satu juadah utama bersahur dan juga berbuka puasa. Tetapi sebenarnya buah kurma sangat baik dijadikan snek atau kudapan pada bila-bila masa. Ia juga sangat mudah untuk dimakan dan dibawa ke mana-mana sahaja. Sebagai contoh, untuk bersukan, bercuti, sebagai bekal ke pejabat atau perjalanan yang jauh.


Buah kurma merupakan salah satu makanan sunnah Rasullullah SAW

Selain makanan sunnah, umat Islam mengamalkan makan buah kurma kerana manfaat dan kebaikannya.

  • Rasa manis yang semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan atau pemanis tiruan
  • Merupakan salah satu sumber yang baik untuk serat, potasium dan juga selenium
  • Tinggi antioksidan, vitamin A dan K

Vergold_Dates_Twin_Pack_with_Almonds_&_Apricots_2.jpg

Buah kurma sangat digalakkan pengambilannya sepanjang bulan Ramadan

Ini kerana ia membantu membekalkan tenaga dan nutrisi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Sebaiknya, ia patut diamalkan sepanjang masa dan bukan hanya pada bulan puasa kerana kebaikan dan khasiatnya.

Buah kurma mempunyai kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah walaupun rasanya manis. Jadi, ia selamat dimakan bagi mereka yang mempunyai diabetes atau obestiti tetapi semestinya dalam kuantiti yang sederhana dan tidak berlebih-lebihan.

Kandungan seratnya yang tinggi juga membantu penghadaman yang baik dan melawaskan pembuangan air besar.


Memperkenalkan Pek Kembar Buah Kurma Dengan Badam & Aprikot Vergold yang baru.

Selalunya buah kurma yang ada di pasaran mempunyai biji ataupun tanpa biji. Tetapi berbeza pula dengan Pek Kembar Buah Kurma Dengan Badam & Aprikot Vergold. Ia memberikan pengalaman baru kepada anda dalam menikmati buah yang menjadi kegemaran ramai ini.


Vergold_Dates_Twin_Pack_with_Almonds_&_Apricots.jpg

Pek Kembar Buah Kurma Dengan Badam & Aprikot Vergold merupakan buah kurma dari Timur Tengah yang diisi dengan badam dari Amerika Syarikat dan aprikot dari Turki. Ia kombinasi yang cukup mewah untuk dinikmati.

Berbuka puasalah dengan buah kurma berintikan badam dan aprikot yang lebih lazat.

  • Kacang badam yang rangup di dalam dan kurma yang lembut di luar.
  • Rasa segar buah aprikot disulami dengan rasa manis buah kurma yang sememangnya enak.

Kaya dengan serat, ia membuatkan anda rasa kenyang lebih lama dan sangat sesuai untuk dimakan ketika bersahur bagi mengelakkan diri daripada makan secara berlebihan. Jamahlah 3 biji kurma dahulu sebagai pembuka selera. Kemudian barulah makan nasi atau makanan lain.


Pek Kembar Buah Kurma Dengan Badam & Aprikot Vergold mempunyai bungkusan yang menarik dengan motif Timur Tengah menjadikan ia sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan di bulan Ramadan dan Aidilfitri buat sahabat handai dan keluarga tersayang.


Rujukan:

https://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/download/117/74/374

https://www.healthline.com/nutrition/dates-for-diabetes#effect-on-blood-sugar


Artikel ini juga dipaparkan dalam eKatalog Edisi Raya 2022.
Baca eKatalog penuh di sini