Floating Icon
17 NOV 2022 ACARA 2 MINIT BACA 381 LIHAT 0 BERKONGSI

ABO Berasa Muda (Young@Heart) dengan Pelancaran XS IGNITE Serba Baru yang Mengujakan

Berasa Muda dengan BodyKey, Tenagakan Jiwa Anda dengan XS"



Apabila matahari terbenam pada waktu petang 1 Oktober 2022, suhu badan mereka yang menghadiri acara fizikal BodyKey Young@Heart meningkat. Lebih 700 Pemimpin Amway dan ABO berkumpul di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur, mengenakan pakaian aktif mereka yang paling terang dan paling berwarna-warni ke acara luar yang pertama dianjurkan oleh Amway Malaysia sejak pandemik COVID-19.



Walaupun jumlah yang hadir begitu tinggi, acara itu adalah melalui jemputan sahaja dengan hanya Pemimpin dan ABO yang memperoleh akses apabila membeli paket acara edisi terhad, bukti sambutan hangat untuk kedua-dua acara dan pelancaran produk Bes Minuman Buah Oren Darah dengan Isomaltulosa & L-Glutamina XS IGNITE serba baru. Walaupun hujan renyai-renyai sepanjang acara, ia tidak membantutkan semangat peserta kami yang begitu berkobar-kobar.



Pelbagai Aktiviti Pra-acara

Walaupun acara ini sememangnya memfokus pada fizikal dan kecergasan, tidak semua gerai dan aktiviti di sekitar tertumpu pada peningkatan kadar denyutan jantung anda semata-mata. Terdapat juga gerai yang lebih santai seperti Moktel XS dan Melukis Wajah yang bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana keseluruhan acara.



Pemimpin dan ABO juga berpeluang menaiki Belon Udara Panas BodyKey dan XS yang eksklusif untuk membawa mereka terapung tinggi dan mendapatkan pandangan tempat yang dipenuhi NEON ini dari udara, bagus untuk mendapatkan perspektif tentang betapa besar dan hebatnya acara yang dianjurkan oleh Amway untuk para pengunjung ini. Selain itu, terdapat juga Terowong XS yang sangat sesuai untuk Instagram agar kedua-dua Pemimpin dan ABO dapat menguar-uarkan acara itu dan menambahkan daya tarikan pada siaran dan cerita di media sosial mereka.



Semangat yang Disemarakkan

Tiada acara Amway yang akan lengkap tanpa Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei kami, Mike Duong, yang memulakan acara yang bertenaga dan bersemangat ini melalui ucapan perasmian yang menggetarkan. Ini kemudiannya diikuti dengan pengenalan mengenai XS IGNITE dan visi masa depan perjalanan BodyKey yang ringkas oleh Ketua Pemasaran & Komunikasi Joanne Chong yang juga tidak kurang hebatnya.



Untuk menghangatkan lagi acara, hos kami, Sean Lee turut membuatkan adrenalina memuncak dan jantung orang ramai berdegup kencang apabila beliau mengumumkan aktiviti di atas pentas yang dinanti-nantikan seperti tarian Zumba K-Pop oleh Hanif Shawn, persembahan kumpulan Gelung Hula LED dan persembahan oleh Jeii Pong, Gaston Pong, dan semestinya, GoYoung yang menunjukkan kepada semua orang tentang senaman yang betul.



Boleh dikatakan, semua yang hadir berasa begitu muda dengan BodyKey, dan mentenagakan jiwa dengan XS sepanjang acara yang memukau ini berlangsung. Semangat untuk berusaha gigih sekarang dan menantikan lebih banyak lagi, pastinya telah disemarakkan.