Floating Icon
18 MAR 2022 ACARA 2 MINIT BACA 382 LIHAT 0 BERKONGSI

Amway Membantu Pelajar Sekolah Kekal Selamat Dan Sihat

Pada November 2021, kanak-kanak sekolah dari PPR Desa Rejang, Setapak telah menerima suplemen kesihatan untuk membina pertahanan tubuh yang kuat memandangkan situasi semasa. Hasrat ini dapat dilakukan apabila Amway Malaysia, sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan, melaksanakan program dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pertahanan tubuh kanak-kanak sambil memperkasa keluarga bandar tentang kepentingan menguatkan rintangan semula jadi dan perkembangan pertumbuhan.


PPR-Desa-Rejang-CSR-Handover.jpg

Kira-kira 100 kanak-kanak dari PPR Desa Rejang, Setapak menerima hampir 200 suplemen kesihatan Nutrilite™ daripada Amway. Mereka akan terus menerima suplemen untuk tempoh enam bulan.

“Kami berharap inisiatif ini akan membantu menguatkan pertahanan semula jadi kanak-kanak dan perkembangan pertumbuhan serta menyumbang ke arah kesihatan keseluruhan mereka semasa wabak ini. Memandangkan kanak-kanak telah mula kembali ke sekolah, dan pelaksanaan pelan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun belum dimuktamadkan, kita masih perlu berwaspada dan melindungi anak-anak kecil kita. Walaupun mereka divaksin, mereka masih perlu mempunyai pertahanan tubuh yang kuat,” tambah Mike Duong, Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Berpandukan visi kami untuk membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik, Amway percaya akan kepentingan menyokong dan membuat perubahan dalam kehidupan masyarakat di tempat kami beroperasi. Amway komited terhadap kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat ini untuk membantu menyokong komuniti PPR dalam usaha membina masyarakat sihat,” tambahnya lagi.


PPR-Desa-Rejang-CSR_Product-knowledge-demo.jpg

Sehingga November 2021, Malaysia telah merekodkan lebih daripada 340,000 kes COVID-19 kanak-kanak yang menimbulkan kebimbangan tentang kesan jangka panjang wabak ini terhadap kesihatan dan perkembangan pertumbuhan kanak-kanak. Perkongsian Amway dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat amat relevan dalam memastikan kanak-kanak kekal sihat dan selamat.

“Kami amat bersyukur kerana Amway Malaysia menyokong Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam usaha kami untuk mendekati dan menjaga kanak-kanak ini, terutama pada masa ini ketika mereka tidak dilindungi dan terpaksa hadir ke sekolah secara fizikal. Kami percaya dengan meningkatkan sistem imun kanak-kanak ia akan memberikan manfaat kepada diri dan kesihatan mereka secara keseluruhan,” kata Che Samsuzuki Che Noh, Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Program perintis ini melibatkan 35 keluarga dari PPR Desa Rejang, Setapak. Semasa penyerahan suplemen kesihatan Nutrilite™, pasukan Amway berkongsi kepentingan membina keimunan yang lebih kuat dan pengetahuan tentang makan secara lebih sihat untuk mengurangkan risiko jangkitan.

“Saya sangat berterima kasih kepada Amway Malaysia kerana membimbing kami untuk hidup dengan lebih sihat dan wajar. Inisiatif untuk memberikan perlindungan tambahan kepada anak-anak kita dengan produk yang boleh dipercayai dan memastikan mereka mempunyai pertahanan tubuh yang lebih kuat untuk hidup melangkaui wabak ini amat dihargai. Gembira rasanya apabila mengetahui ada orang mengambil berat tentang kita.” Siti Rozaini Binti Hassan, kata seorang ibu berusia 39 tahun dari PPR Desa Rejang, Setapak.

“Saya sangat bimbang tentang anak saya yang terpaksa pergi ke sekolah. Kini dengan pemberian sumbangan untuk membantu meningkatkan keimunannya, saya lega kerana dia mendapat perlindungan yang tepat. Terima kasih Amway kerana membantu kami.” Fazila, seorang ibu berusia 39 tahun yang mendapat manfaat daripada program ini mengulas.

Nutrilite Bio C Plus All Day Formula, Nutrilite Botanical Beverage Mix Cherry With Licorice & Turmeric dan Gula-gula Berperisa Dengan DHA Untuk Kanak-kanak Nutrilite adalah antara suplemen kesihatan Nutrilite™ yang diberikan. Produk ini dijamin tulen, selamat dan berkesan kerana semua bahan dalam rangkaian produk Nutrilite™ boleh dijejaki. Oleh itu, pengguna akan tahu dari mana datangnya suplemen diet ini dan bagaimana ia dibuat.

Amway telah bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak 1980-an. Syarikat membiayai projek bernilai RM555,000 untuk membina enam unit rumah angkat di Kuala Selangor. Selama bertahun-tahun, Amway dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menjalankan pelbagai projek antaranya, Program One by One, Projek HeadSTART, dan banyak inisiatif tanggungjawab sosial korporat untuk mendekati keluarga yang terkesan dalam komuniti.