Floating Icon
04 NOV 2022 ACARA 2 MINIT BACA 0 BERKONGSI

Nutrilite DOUBLE X yang Ikonik Kini Lebih Baik! Ribuan Hadirin Bersorak Semasa Rali

Kami sudah kembali! Selepas berehat panjang selama 3 tahun disebabkan wabak yang melanda, kami dapat menganjurkan rali fizikal semula. Lebih 2,000 ABO telah menghadiri Rali Nutrilite DOUBLE X Formula Ditambah Baik terakhir yang diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, dengan para Pemimpin Intan dijemput ke Sesi Pengalaman DOUBLE X yang eksklusif sebelum rali bermula. Ini acara yang penuh motivasi dan tidak dapat dilupakan oleh semua.

Kami berbesar hati kerana intelektual di sebalik Nutrilite DOUBLE X Formula Ditambah Baik, Saintis Penyelidikan Utama, Jennifer Dang dan Saintis Penyelidikan Botani, Chris Lenderink, dapat bersama kami di rali ini. Peluang untuk ABO bertemu dan berinteraksi dengan mereka dapat disimpulkan sebagai memberikan inspirasi. Mendengar secara langsung daripada orang di sebalik produk revolusioner ini membantu membakar semangat dalam diri semua yang hadir.

Sebelum acara bermula, ABO dapat berkongsi keterujaan mereka tentang Nutrilite DOUBLE X Formula Ditambah Baik kepada pengikut media sosial sambil mengambil gambar di reruai Nutrilite yang funducational (berseronok + belajar) dan interaktif yang disediakan di luar dewan utama.

Seperti biasa, acara Amway tidak akan lengkap tanpa kehadiran Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei, Mike Doung yang memulakan rali dengan ucapan alu-aluan yang merangsangkan, dan menjadi pencetus suasana untuk rali yang hebat ini.

“Sebagai salah satu syarikat kesihatan dan kesejahteraan terkemuka yang disokong oleh legasi sains dan penyelidikan, kami berharap pelancaran Nutrilite™ DOUBLE X™ Formula Ditambah Baik ini dapat memenuhi keperluan rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan yang sihat dan seimbang. Dengan formulasi yang ditambah baik ini, Amway menjangkakan bahawa Nutrilite™ DOUBLE X™ Formula Ditambah Baik ini akan terus menyokong bilangan ABO kami yang semakin meningkat di Malaysia, di samping memenuhi keperluan pemakanan pelanggan kami yang sentiasa berubah,” kata Mike Duong.

Bersama Mike di atas pentas ialah panel Saintis Nutrilite kami dan Ketua Pemasaran dan Komunikasi, Joanne Chong untuk pelancaran rasmi DOUBLE X Formula Ditambah Baik. Untuk memberikan konteks dan pemahaman yang lebih mendalam kepada ABO kami, panel Saintis Nutrilite telah memberikan analisis yang teliti dan menyeluruh tentang apa yang menjadikan Nutrilite DOUBLE X yang dirumus semula ini penting dan istimewa, dan bagaimana ia akan terus memberikan manfaat kepada kita semua. 

Dengan suasana acara yang semakin memuncak, Joanne menyampaikan ucapannya dan berkongsi maklumat menarik kepada ABO yang bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk memesan dan mendapatkan Nutrilite DOUBLE X Formula Ditambah Baik untuk pelanggan, keluarga, rakan, dan pastinya, diri sendiri.

“Walaupun makan pelbagai buah dan sayur daripada semua spektrum warna adalah cara terbaik untuk menyokong kesihatan, ia tidak mudah dicapai. Oleh itu, suplemen diet boleh membantu mengisi jurang nutrien,” kata Joanne Chong.

Sebelum rali berakhir, ABO yang hadir terus berparti dan bersungguh-sungguh menyertai permainan mengujakan yang dirancang, menjadikannya satu lagi rali fizikal yang menghiburkan dan bermaklumat di mana sekali lagi, semua orang menikmati kehidupan bersama-sama. Keterujaan tentang apa yang Nutrilite sediakan pada masa depan, terutamanya dengan Nutrilite DOUBLE X Formula Ditambah Baik, bukan sahaja memenuhi setiap sudut rali, tetapi juga hati, minda dan semangat semua yang hadir.