Floating Icon
30 NOV 2022 ACARA 2 MINIT BACA 266 LIHAT 0 BERKONGSI

Kem Kecantikan ARTISTRY 2022

Selepas dua tahun bertemu di mesyuarat maya, Kem Kecantikan ARTISTRY beralih dari dalam talian ke luar talian – yang memang dinanti-nantikan ABO dan APC kami!



Pada 17 September, dewan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dipenuhi dengan lebih daripada 2,300 ABO dan APC yang datang dari seluruh Malaysia untuk meningkatkan tahap pembelajaran dan keyakinan perniagaan mereka – serta menjadi yang pertama mempelajari semuanya tentang ARTISTRY SKIN NUTRITION Vitamin C+HA3 Daily Serum.



Acara yang akan lengkap tanpa kehadiran tetamu istimewa dan begitu juga tahun ini. Semasa sesi pagi, Dua Intan Christmas Sathianwarraporn dari Amway Thailand diterbangkan khas untuk menceritakan kisah yang memberikan inspirasi bagaimana dia membina perniagaannya dari bawah dengan produk ARTISTRY, serta berkongsi petua membina perniagaan kepada penonton yang begitu teruja.

Sementara itu, Lauren Baer, Saintis Global Amway, menyampaikan sesi bermaklumat tentang sains di sebalik Vitamin C+HA3 Daily Serum, malah memberikan botol bersaiz penuh kepada beberapa penonton yang bertuah.

Seorang lagi tetamu istimewa yang menghadiri acara ini ialah Maggie Pepoy, Pengurus Jenama Global Penjagaan Kulit ARTISTRY. Kami berbesar hati mendengar Maggie berkongsi maklumat mendalam tentang rangkaian ARTISTRY SKIN NUTRITION serta memberikan gambaran ringkas tentang pelancaran yang bakal diadakan dan hala tuju Penjagaan Kulit ARTISTRY.

Selepas sesi “Pembinaan Perniagaan dan Produk” pada waktu pagi, tiba masanya untuk makan tengah hari dan aktiviti ruang legar yang merangkumi sudut bergambar yang menyeronokkan, Kaunter Tukar Beli yang popular dan reruai mekap di mana mekap peserta akan dicantikkan lagi oleh Skuad ARTISTRY yang berbakat.

Sesi terakhir pada hari itu ialah bengkel Kelas Kurator Kecantikan: Penyelesaian Kecantikan 101 dan Peranti Kecantikan 201. Kedua-dua bengkel yang diadakan serentak dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan bahasa Mandarin ini padat dengan maklumat untuk usahawan kecantikan yang baru dan sudah berpengalaman.



Para peserta dapat mempelajari cara memberikan penyelesaian penjagaan kulit yang lengkap untuk pelanggan dan membina perniagaan mereka dengan Penyelesaian 5 Hari ARTISTRY, Vita Collagen Capsule dan produk SKIN NUTRITION serta demonstrasi produk secara langsung dengan peranti Penganalisis Kulit ARTISTRY dan Dermasonik.

Menjelang 6.30 petang, acara ini sepatutnya telah berakhir, tetapi keterujaan masih tinggi kerana para peserta dilihat berbincang dan berkongsi pengalaman pembelajaran mereka antara satu sama lain sambil berjalan keluar dari dewan. Kami berharap ABO akan mencapai kejayaan yang lebih besar dalam perniagaan ARTISTRY apabila mereka menggunakan kemahiran dan inspirasi yang diperoleh dalam kem intensif kecantikan 1 hari ini untuk membina keyakinan perniagaan mereka.