Floating Icon
17 OCT 2020 ACARA 2 MINIT BACA 301 LIHAT 0 BERKONGSI

Membuat Perbezaan

Wabak COVID-19 telah memberi impak terhadap kehidupan pelbagai lapisan rakyat Malaysia. Dalam usaha untuk membantu barisan hadapan memerangi penyebaran virus di Malaysia dan mereka yang terjejas secara langsung oleh wabak itu, Amway Malaysia, syarikat jualan langsung kesihatan dan kesejahteraan telah melancarkan kempen sumbangan pada April 2020 untuk mengumpulkan dana yang bertujuan meningkatkan ketersediaan saringan COVID-19, terutamanya bagi mereka yang memerlukan.

Kempen sumbangan yang diadakan dari 15 April hingga 30 Mei ini, menggalakkan Pemilik Perniagaan Amway (ABO) untuk memberikan sumbangan serendah RM5. Dengan semangat mendukung nilai-nilai Amway yang menjadi panduan mereka, ABO kami menunjukkan kemurahan hati mereka dengan menyumbang sejumlah RM163,470. Amway Malaysia turut menyumbang jumlah yang sama menjadikannya jumlah keseluruhan RM326,940.

COVID-19-Lab-Test-@-UMMC_750.jpg

Prosedur ujian COVID-19 di makmal (gambar ihsan UMMC)

Membuat Perbezaan

Dana tersebut membolehkan Amway Malaysia menyokong pembelian lebih daripada 6,500 kit ujian COVID-19 (lebih tepat, kit ujian COVID-19 tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (RT-PCR)) untuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC).

Kelompok pertama sumbangan yang bernilai RM156,000 telah disampaikan pada 4 Mei 2020 sementara kelompok sumbangan kedua yang bernilai RM170,940 telah diserahkan pada 18 Jun 2020. Kedua-dua acara tersebut dihadiri oleh Mike Duong, Pengarah Urusan Amway Malaysia & Brunei dan juga Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC).

Kempen sumbangan dan upacara penyerahan sumbangan di UMMC mendapat liputan dari pelbagai media termasuk News Straits Times, The Star, News Hub Asia, Marketing in Asia, Malaysian Business, Business Today dan banyak lagi.