Floating Icon
17 OCT 2020 ACARA 2 MINIT BACA 315 LIHAT 0 BERKONGSI

Berkongsi. Terlibat. Berhubung.

Kedai Utama Amway di Selatan tanah air, Kedai Amway Ponderosa telah merangkul ‘Iron Award’ di bawah kategori Ruang di A’ Design Awards, anugerah reka bentuk antarabangsa yang berpusat di Itali. Pertandingan & Anugerah Antarabangsa A'Design merupakan penghargaan paling besar dan berprestij di dunia yang mengiktiraf pencapaian tertinggi dalam bidang reka bentuk.

Kedai Amway Ponderosa yang terletak di Taman Ponderosa, Johor Bahru ialah pusat pengalaman terkini yang memfokus pada memberikan pengalaman imersif – membeli-belah, menjamu selera, belajar dan bersosial – semuanya di bawah satu bumbung. Anugerah ini merupakan pengiktirafan atas kejayaan mengubah suai bangunan perniagaan 3 tingkat dengan keluasan lantai 10,200 kaki persegi menjadi bangunan perniagaan pelbagai fungsi yang serba lengkap.

Ruang kedai pelbagai fungsi yang memenangi anugerah ini menampilkan tema Nordic yang ringkas dengan unsur semula jadi berasaskan kayu dan marmar di kawasan kedai. Ia menampilkan reka bentuk biolitik dengan siling berganda dan panel kaca berketinggian penuh yang membolehkan cahaya matahari menyimbahi taman menegak yang rimbun serta mengubah ruang kedai yang biasa bagaikan persekitaran kediaman yang selesa.

Double-volume-ceiling-and-full-height-glass-panels-brings-in-plenty-of-natural-sunlight_750.jpg


Berkongsi. Terlibat. Berhubung.

Tidak seperti kedai konvensional, kedai pelbagai aspek ini dilengkapi dengan paparan produk interaktif dan kios pesanan dalam talian, TV skrin sentuh yang menampilkan aplikasi Amway Malaysia Central untuk berita dan promosi terkini dan bar penguji agar pembeli merasai pengalaman membeli-belah interaktif yang berfokuskan gaya hidup.

ABOs-can-use-the-touchscreen-TV-to-look-for-the-latest-news-and-promos_750.jpg


Kedai yang dibuka pada Januari 2020 ini juga menempatkan PhytoCafé yang terbesar setakat ini serta dilengkapi sudut penstriman langsung untuk bekerja bersama, bersosial dan berkongsi pengalaman.

Untuk kemudahan Pemilik Perniagaan Amway, kedai ini menawarkan fasiliti termasuk ruang analisis dan rundingan untuk penilaian kecantikan atau pemakanan, dapur AmwayKitchen yang lengkap untuk demonstrasi memasak dan bilik latihan terbesar antara semua Kedai Amway dengan kapasiti 150 tempat duduk. Ini membolehkan ABO menerima latihan dan juga mengadakan mesyuarat perniagaan kumpulan.

Siling berganda dan panel kaca berketinggian penuh membolehkan cahaya matahari menyimbahi taman menegak yang rimbun.

PhytoCafé yang luas di Amway Ponderosa memberikan penghormatan kepada Carl Rehnborg, pengasas Nutrilite dalam suasana yang selesa.

Kedai ini menempatkan PhytoCafé yang terbesar setakat ini, dilengkapi sudut penstriman langsung untuk bekerja bersama, bersosial dan berkongsi pengalaman.

Kawasan kedai yang menampilkan unsur semula jadi daripada kayu dan marmar, dilengkapi TV skrin sentuh untuk Pemilik Perniagaan Amway mencari berita dan promosi terkini.

Kedai ini menampilkan tema Nordic yang ringkas didominasi penggunaan marmar dan terdapat bar penguji agar pengunjung boleh merasai pengalaman membeli-belah interaktif yang berfokuskan gaya hidup.