Floating Icon
19 OCT 2020 ACARA 2 MINIT BACA 226 LIHAT 0 BERKONGSI

Konferens Kepimpinan Kebangsaan Maya Pertama Amway 2020


Tema Konferens Kepimpinan Kebangsaan Maya (NLC) 2020 ialah ‘Mara Bersama’.

Pada 15 Ogos 2020, selaras dengan ‘norma baru’, ribuan Pemimpin Amway berkumpul di depan skrin mereka serentak untuk menghadiri Konferens Kepimpinan Kebangsaan Maya 2020 yang pertama. Walaupun acara itu berubah dari konferens tradisional ke format baru yang memerlukan peserta mengakses platform VNLC maya Amway, ia tetap mengujakan.

Acara bermula pada pukul 7.30 malam dengan pengalaman interaktif di ruang legar maya untuk meneroka tawaran dan penyelesaian digital terkini Amway. Selepas paparan video pendek sorotan kami yang melibatkan ABO di media sosial, kami memulakan konferens bersama-sama dengan kira detik yang bergemuruh.

Steve_Van_Andel_(left)_and_Gan_Chee_Eng.jpg

Juruacara memulakan malam yang mengujakan ini dengan mengalu-alukan semua pemimpin, pemimpin tertinggi Amway dan Pengerusi ADAC. Kami sangat gembira apabila Doug DeVos, Pengerusi Bersama dan Lembaga Pengarah Amway Corporation memperkenalkan tema tahun ini, “Mara Bersama” dalam tayangan video bertema yang memukau dan berkongsi mesej yang memberikan inspirasi kepada para hadirin yang begitu bersemangat. Steve Van Andel, Pengerusi Bersama dan Lembaga Pengarah Amway Corporation turut mengucapkan tahniah kepada para pemimpin atas dedikasi, komitmen dan kegigihan mereka dalam masa yang mencabar ini.

Milind_Pant_(far_left)_and_Mike_Duong.jpg

Tidak lama kemudian, Mike Duong, Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei, mengambil tempat untuk memberikan ucapan perasmian dan perkongsiannya menyentuh perasaan pemimpin Amway. Anggota ADAC yang lalu menerima ucapan terima kasih atas sumbangan yang bermakna dan anggota ADAC 2020 yang baru juga diperkenalkan dalam ucapan ringkas oleh Pengerusi ADAC.

Ini diikuti dengan ucapan dasar oleh Milind Pant, CEO Amway dan Gan Chee Eng, Presiden Serantau Amway Asia dan Pengerusi Amway China. Kata-kata semangat mereka mencetuskan keazaman baru dalam kalangan peserta untuk menyasarkan matlamat yang lebih tinggi walaupun berhadapan dengan situasi mencabar yang disebabkan oleh wabak Covid-19.

Leong_Kok_Fong_(left)_and_Joanne_Chong.jpg

Acara diteruskan dengan kemas kini oleh pasukan Jualan dan Pemasaran. Pelancaran produk baru yang mengujakan termasuk Pensanitasi Tangan PURSUE dan Penyelesaian 7 Hari ARTISTRY diumumkan oleh Joanne Chong, Ketua Jabatan Pemasaran. Beliau juga berkongsi berita mengujakan tentang langkah Nutrilite menceburi cabang baru iaitu nutrisi kecantikan dengan Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite dan kerjasama jenama ARTISTRY dengan Nutrilite pada masa depan serta kempen jenama Nutrilite yang akan datang di mana akan membantu membuka jalan untuk persekitaran perniagaan yang memberangsangkan untuk semua ABO.

Daripada Jabatan Jualan pula, Leong Kok Fong, Ketua Jabatan Jualan dan Pengalaman ABO, memfokus pada Insentif Awal Core Plus+, termasuk Penyemat Gangsa, Insentif Asas Gangsa dan Insentif Pembina Gangsa serta bagaimana ABO baru berpeluang memperoleh pendapatan awal melalui Insentif Jualan Pelanggan (CSI).

Ketika debaran Pemimpin semakin memuncak, VNLC ini disempurnakan dengan sorotan utama, iaitu destinasi Seminar Kepemimpinan Amway 2021 Alaska Cruise dan Jemputan Intan Amway 2021 Northern Lights untuk Pemimpin Intan & Ke Atas. Gimiknya akhirnya didedahkan dan semua peserta membuka kotak VNLC 2020 mereka bersama-sama kemudian menuju ke ruang legar maya untuk sesi bergambar sebagai kenang-kenangan untuk acara malam itu.

Walaupun Pemimpin Amway tidak berpeluang beramah mesra secara fizikal, Konferens Kepimpinan Kebangsaan Maya ini tetap memberikan peluang yang hebat untuk mereka memperoleh kemas kini daripada syarikat dan meneroka peluang digital baru. Konferens berakhir dengan jayanya, membuatkan hadirin sangat teruja dan bermotivasi untuk mengorak langkah dan menyasarkan untuk mencapai tahap baru dalam perniagaan mereka.