Floating Icon
14 JAN 2022 ACARA 2 MINIT BACA 185 LIHAT 0 BERKONGSI

eRali ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing dan Firming Solution

Introducing ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing and Firming Solutions

Pelancaran ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing dan Firming Solution pula diadakan setelah kejayaan ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing dan Hydrating Solutions. Peminat kecantikan dari seluruh rantau menyertai eRali di Facebook Live yang dihoskan oleh hos selebriti Nadia Heng untuk menerokai rangkaian baru ini.

Shamini Devi Senior Nutrition and Wellness Trainer explains the convergence between Nutrilite & ARTISTRY

Shamini Devi, Jurulatih Kanan Pemakanan dan Kesejahteraan menjelaskan bagaimana pertembungan antara ARTISTRY dan Nutrilite menghasilkan rangkaian penjagaan kulit yang memberi penekanan pada kecantikan yang sihat dari dalam dan luar dalam. Koleksi tersebut memanfaatkan pengetahuan kesihatan dan kesejahteraan Nutrilite serta fitonutrien yang digabungkan dengan kepakaran ARTISTRY dalam kecantikan dan sains penjagaan kulit. Mengetahui secara mendalam impak pemakanan terhadap kesihatan kulit, Shamini turut menyokong pendekatan jenama untuk kecantikan yang sihat dengan menyuburkan kulit agar memenuhi semua keperluannya pada mana-mana peringkat.

Brooke Failey ARTISTRY Skincare Expert delves into skin phentoypes

Brooke Failey, Pakar Penjagaan Kulit ARTISTRY, telah menyelidiki cara fenotip usia memberi kesan kepada kulit dan sebab semua jenis kulit memerlukan campuran manfaat pencegahan dan pembaikan untuk tampak hebat. Ini adalah penting kerana kulit kita sentiasa mengandungi campuran kedua-dua sel sihat dan tidak sihat tanpa mengira usia.

Pengetahuan tersebut membentuk asas di sebalik adunan bahan botani yang diperkenalkan ke dalam koleksi ARTISTRY SKIN NUTRITION agar dapat mencegah dan membaiki kulit yang rosak secara serentak untuk kumpulan umur yang berbeza. Pelembap Balancing dan Hydrating mencegah tanda-tanda penuaan yang jelas tetapi juga membantu membaiki, manakala pelembap Renewing dan Firming membaiki keanjalan dan kepejalan namun turut mencegah kerosakan lebih lanjut.

Shamini menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai lima fungsi yangi diperlukan untuk kulit yang sihat, iaitu fungsi imun, fungsi flora kulit, fungsi fizikal, fungsi biokimia dan fungsi pigmen. Setiap satu memainkan peranan dalam mengekalkan kesihatan dan penampilan kulit dan itulah sebabnya masa bukanlah faktor tunggal bagi penuaan kulit.

Jesse Leverett Global Discovery R&D Scientist dispells the myth of chronological ageing

Jesse Leverett, Saintis R&D Penemuan Global, menyangkal mitos tentang penuaan kronologi dengan memetakan kemerosotan kesihatan kulit lalu membuktikan bahawa perkembangannya adalah bukan linear. Ini kerana pada mana-mana usia, sesetengah orang mungkin mempunyai kulit yang tampak lebih sihat daripada orang lain, jadi penuaan kronologi mungkin bukan penerangan terbaik mengenai kesihatan kulit.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk menguatkan kulit dan memperkukuhkannya daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan kesihatan kulit merosot. Kajian lebih dekat ke atas perkembangan sel kulit telah membawa kepada pembangunan Kompleks Pencegah dan Pembaikan dengan kesan sinergistik untuk manfaat antipenuaan yang optimum.

Seterusnya, Shamini menekankan kepentingan gaya hidup sihat dalam memperkukuhkan kulit. Faktor-faktor seperti mengamalkan diet yang seimbang, kekal terhidrat dan mendapatkan rehat yang secukupnya adalah penting agar kulit kuat dan sihat serta lebih mampu melawan kerosakan dan mencegah penuaan dengan sendiri.

Selain inovasi sains, kajian dan teknologi ARTISTRY yang dipadankan dengan bahan-bahan yang dipatenkan dan fitonutrien Nutrilite, kami mempunyai kuasa antipenuaan optimum untuk kecantikan sihat yang berkekalan. Yang membezakan ARTISTRY SKIN NUTRITION adalah penggunaan fitonutrien yang ditanam oleh Nutrilite (termasuk bahan wira koleksi, Biji Chia Putih) yang semuanya dituai ketika tahap puncaknya daripada ladang milik Nutrilite yang disahkan organik.

ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing and Firming Solutions testimonials

Bersama-sama eRali tersebut ialah Jessica, Priyamani dan Dr Hidayah Ramli, kesemuanya telah mengulas tentang ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing dan Firming Solution dan berpuas hati dengan hasilnya. Akhir sekali, Nadia mengumumkan pemenang peraduan eRali yang akan menerima sampel kerajang koleksi baru tersebut.

Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai koleksi ARTISTRY SKIN NUTRITION.

BELI-BELAH SEKARANG!