Floating Icon
19 MAY 2021 ACARA 2 MINIT BACA 196 LIHAT 0 BERKONGSI

e-Rali: Rancangan Bual Bicara Nutrilite Kids ‘Kami Yang Membesarkan’

Anak cerewet makan dalam kalangan kanak-kanak adalah isu biasa yang dihadapi oleh ramai ibu bapa; isu yang harap-harap akan ditinggalkan apabila dewasa. Sementara itu, tidak perlu risau. Sebagai ibu bapa, adakah anda bersetuju dengan perkara ini?


Nutrilite Kids We Are Growers Talk Show.jpg

Semua ibu bapa dalam Rancangan Bual Bicara Nutrilite Kids ‘Kami Yang Membesarkan’ tidak bersetuju. Mereka mengatakan kanak-kanak cenderung berpegang pada apa yang mereka suka – dari segi visual atau rasa. Hal ini juga menghalang mereka daripada mencuba makanan baru. Dalam jangka panjang, mereka mungkin kehilangan banyak nutrien penting.

eRali maya yang diadakan pada petang Sabtu dalam format rancangan bual bicara dengan ibu bapa dan pakar pemakanan dimulakan dengan mendedahkan beberapa mitos pemakanan kanak-kanak.


Senior Nutrition and Wellness Trainer Lee Chih Ying (left) with Nutrition and Wellness Trainer Choo Su Huang.jpg

Pakar pemakanan, Lee Chih Ying berkata, “pada akhirnya, jika anda mahu anak anda menjadi kuat dan sihat, mereka perlu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam sehari, seorang kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan. Jika mereka tidak mengambil jumlah ini, masalah kesihatan seperti bantut, perkembangan otak terganggu dan tahap keimunan rendah mungkin berlaku.”


Mahu Menguatkan Keimunan Mereka? Temui Nutrilite Kids.

Nutrilite Kids We Are Growers Talk Show_2.jpg

Salah satu cara untuk memastikan kesihatan anak anda berada di landasan yang betul adalah dengan mengisi jurang pemakanan mereka dengan suplemen. Nutrilite Kids 4-in-1 Plus dan Nutrilite Kids Botanical Beverage Fruits and Vegetables ialah contoh yang jelas. Selepas segmen ibu bapa dan pakar pemakanan berakhir, eRali diteruskan dengan pembentangan terperinci oleh Saintis Penyelidikan Kanan, Institut Penyelidikan Nutrilite, Dr Holiday Durham Zanetti yang menerangkan lebih lanjut tentang produk tersebut.


Nutrilite Research Institute Senior Research Scientist Dr Holiday Durham Zanetti.jpg

Dr Zanetti yang juga seorang ibu, berkata produk itu dihasilkan dalam format yang mudah dan enak untuk anak cerewet makan dan kanak-kanak yang tidak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Nutrilite Kids 4-in-1 Plus dibungkus dalam pek batang cepat lebur dengan sensasi yang menyejukkan sementara Botanical Beverage ialah smoothie berperisa tropika yang didatangkan dalam paket yang mudah dibawa untuk diambil pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Nota: Nutrilite Kids 4-in-1 Plus tidak tersedia di Malaysia buat masa ini. Nantikan pelancaran produk ini!

Dia juga berkata bahawa ibu bapa sentiasa mencari bahan-bahan dan makanan yang bersih, selamat dan berkesan. Katanya, dengan Nutrilite, ibu bapa diberi jaminan bahawa suplemen dihasilkan dengan teliti dari biji benih hingga menjadi suplemen dan menjadikan suplemen yang selamat untuk diambil adalah suatu keutamaan.


Kids trying the Nutrilite Kids supplements.jpg

Rancangan bual bicara ini juga menampilkan ABO dan anak-anak mereka yang berkongsi kisah peribadi tentang tabiat makan mereka di rumah. Ketika ibu bapa berkongsi kebimbangan untuk menggalakkan anak-anak mereka makan secara sihat, kanak-kanak yang mencuba suplemen Nutrilite Kids memberikan reaksi yang comel dan nakal.


Nutrition Category Manager Joyce Tan (right) with event host Lim Chu Yaw.jpg

Kesimpulannya, eRali ini menyaksikan kemas kini tentang Nutrilite oleh Pengurus Kategori Pemakanan, Joyce Tan dan 10 pemenang bertuah menerima sekotak smoothie Nutrilite Kids Botanical Beverage Fruits and Vegetable setiap seorang selepas berjaya menjawab kuiz kesihatan yang diadakan semasa acara berlangsung.