Floating Icon
17 OCT 2020 ACARA 2 MINIT BACA 174 LIHAT 0 BERKONGSI

Peminat XS Membanjiri Fiery Fiesta

XS_Fiery_Fiesta_-_XS_Pink_Grapefruit_Fiery_Blaze_Launch_at_the_FitFactory_by_XS_750.jpg


Peminat XS Membanjiri Fiery Fiesta

Apa lagi cara yang lebih baik untuk menghabiskan hari Minggu selain bersantai dengan muzik yang mengasyikkan dalam suasana yang menggetarkan sambil menghirup minuman tenaga yang cukup hebat?

Pada 28 Jun 2020, @xs_msb telah mengadakan Fiery Fiesta di Instagram Live bagi menyambut pelancaran perisa minuman tenaga terbaru mereka. Keterujaanya dapat dirasakan malah di serata Internet apabila lebih 1,000 orang turut serta bagi bersama-sama meraikannya dalam Norma Baru.

Rentak muzik yang rancak dan bes yang hebat mengiringi XS Fiery Fiesta yang telah diadakan di FitFactory by XS yang serba baru, satu lagi projek terbaru XS.

Dibina pada awal tahun ini, FitFactory by XS merupakan salah satu ruang senaman terbaru lagi hebat yang disediakan untuk ABO yang ingin mengeluarkan peluh. Berlatarbelakangkan mural gergasi berwarna-warni lambang semangat Jenama XS yang bermaksud tenaga, kembara dan menguji batas ketahanan anda, FitFactory terletak di Ibu Pejabat Amway di Petaling Jaya. Bila-bila sahaja peminat kecergasan boleh mengangkat berat, tayar trak dan menggunakan pelbagai peralatan kecergasan yang disediakan atas permintaan.

Nantikan pelancaran rasmi FitFactory by XS!


Perisa Yang Tiada Bandingannya

Kedua-dua Pengurus Kategori Joyce Tan dan juruacara Ron Liew memperagakan rona merah jambu kegemaran mereka di acara pengenalan label tin minuman tenaga XS baru yang hebat bersama-sama perisa Pink Grapefruit Fiery Blaze terbaru.

Sambil mengenakan baju dengan warna merah jambu kegemarannya, Joyce menarik perhatian penonton tentang kehebatan XS Pink Grapefruit Fiery Blaze. Ia bukan sekadar nama yang menarik dan reka bentuk tin yang baru, minuman tenaga ini didatangkan dengan tambahan ekstrak biji kopi hijau. Ia mengandungi kedua-dua kafeina dan asid klorogenik yang terkenal dengan sifat yang mampu membakar lemak.

Memang terasa kehangatannya!


Persaingan Persahabatan

Berlatarbelakangkan hiasan kontena dan lampu yang berwarna-warni berdasarkan tema XS dengan alunan muzik oleh DJ Axel Jonas mengiringi tayangan slaid yang memaparkan ABO yang teruja mempamerkan kebanggaan dan kecintaan mereka terhadap XS melalui tanda pagar #fitwithxsfieryblaze. Lima kapsyen IG Story teratas yang paling kreatif akan dihadiahkan Kelalang Keluli Tahan Karat XS edisi terhad berwarna hitam dan kuning.

Sambil mengikuti rentak melodi Beyoncé, Justin Bieber dan DJ Snake, peminat perisa hangat Fiery Fiesta diumumkan. Ahli #XSNation ini telah meraih perhatian dengan kapsyen menarik mereka:

  1. @waning0326
  2. @fckalaimoli_raja
  3. @af_grapey24
  4. @czi_fa
  5. @ccyzen

Para pengikut @XS_msb sekali lagi diberi peluang untuk mencuba nasib melalui kuiz pusingan kilat berdasarkan fakta menarik XS Pink Grapefruit Fiery Blaze.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai XS dan kembara terbaru yang kami rancang untuk tahun baru.