Floating Icon
29 JAN 2021 ACARA 2 MINIT BACA 204 LIHAT 0 BERKONGSI

Jom HEBAT MAMA bersama Nutrilite

Mengalu-alukan Tahun HEBAT 2021

Tahun 2020 telahpun berakhir dengan kelegaan, suatu tahun yang amat mencabar! Dengan masuknya tahun 2021, kami ingin anda tahu bahawa NUTRILITE telah mengakhiri tahun 2020 dengan HEBAT dan mengiktiraf mereka yang berusaha gigih serta berjaya menjalani kehidupan profesional dan peribadi mereka di tengah-tengah semua cabaran yang melanda pada tahun tersebut – kami merujuk kepada semua wanita, terutamanya Mama kita!

Mama, melakukan kerja pejabat selain menguruskan anak-anak serta keluarga merupakan satu pekerjaan sepenuh masa. Patutlah mama tidak dapat meluangkan masa untuk menjaga kesihatan mama sendiri. Tetapi ini tidak seharusnya berlaku.

eRali Nutrilite HEBAT Mama telah dianjurkan bagi membantu semua Mama dan kaum wanita dalam kehidupan kita agar mereka kekal sihat dan memupuk cara pemikiran yang sihat dalam kalangan mereka yang berada di sekelilingnya.

Mari Kita Mulakannya

eRali yang dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia ini telah dihoskan oleh Sarimah Ibrahim, pengacara TV tempatan yang terkenal pada 19 Disember 2020. Sebagai seorang ibu juga, Sarimah yang ramah dengan ringkas mengungkapkannya, “Jika Mama tidak sihat, seluruh keluarga turut tidak sihat.’

Hebat Mama eRally host Sarimah Ibrahim.jpg

eRali ini telah dirasmikan oleh Mike Duong, Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura & Brunei. Beliau turut mengumumkan tentang pek HEBAT Mama 7 Hari dan kaitannya dengan para ibu dan keluarga, terutamanya semasa pandemik ini.

Amway Malaysia Singapore & Brunei MD Mike Duong.jpg

Mama Gembira, Keluarga Bahagia

Selaras dengan kempen HEBAT Mama, Pek Hebat Mama 7 Hari telah diperkenalkan untuk semua ibu bagi memulakan regimen sihat mereka. Pek tersebut mengandungi 7 paket Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey, Nutrilite Mixed Probiotic with Chicory Root Extract dan Nutrilite Mixed Fiber Powder.

Pek tersebut bukan satu-satunya yang diperkenalkan di bawah kempen ini. Banyak acara termasuk demonstrasi memasak yang sihat, sesi senaman dan rutin tarian diadakan selama 7 hari bersama pakar dan penceramah terkemuka. Semua ini menjadi kemuncak eRali yang berlangsung itu.

Bagi promosi yang berkaitan dengan pek tersebut dalam bulan November, ABO dibenarkan untuk membeli pek tersebut dan menikmati penjimatan PWP sebanyak 10% daripada dua produk kegemaran – Nutrilite Bio C Plus All Day Formula dan Cal Mag D Plus. Jika anda membeli 4 pek dalam bulan Disember, anda boleh PWP 1x Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite dan menikmati penjimatan sebanyak 6.5% yang dapat membantu seseorang itu membina kecantikan dari dalam ke luar.

Di sepanjang eRali, penonton memperoleh petua kesihatan dan gaya hidup yang berguna daripada penceramah pakar Intan Eksekutif Pengasas Mazliatul Mokhtar, Intan Dr Ahmad Wazi Ramli, Zamrud Pengasas Noor Hasrina Bakar, Zamrud Sharifah Hashimah Syed Idrus Alhabshi, Platinum Pengasas Razani Jusoh, Platinum Pengasas Mohd Zainuri Che Par, dan Platinum Nor Adilah Md Rejab.

Founders Executive Diamond Mazliatul Mokhtar 2.jpg

Mazliatul adalah orang pertama yang berkongsi tentang Amway dan pandangan peribadinya. Beliau berkata bahawa beliau telah membesar bersama syarikat seiring dengan perkembangannya selama bertahun-tahun. Sejak hari pertama beliau mula menceburkan diri dengan demonstrasi memasak, kelas solekan menggunakan ARTISTRY dan memberikan konsultasi kepada pelanggan mengenai kepentingan pengambilan suplemen Nutrilite, Amway telah menyokongnya dalam mengharungi susah dan senang.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata keputusan yang sukar perlu dibuat sama ada beliau mahu menjadi seorang ibu atau ahli perniagaan tetapi dengan sokongan yang betul daripada keluarganya dan Amway, beliau dapat mengecapi kejayaan dalam bidang perniagaan dan juga peribadi.

Founders Executive Diamond Mazliatul Mokhtar 1.jpg

Sekiranya terdapat satu perkara utama yang beliau pelajari selama bertahun-tahun sebagai ABO wanita, beliau berkata adalah penting untuk menjaga diri anda terlebih dahulu sebelum menjaga kesejahteraan orang lain. Utamakannya dan selebihnya akan menyusul kemudian, tambah beliau.

Oleh kerana membina keluarga sentiasa menjadi tanggungjawab bersama, Dr Ahmad Wazi dan Mohd Zainuri berkata kaum lelaki terutamanya kaum bapa dalam hal ini harus memainkan peranan mereka dengan membantu melakukan kerja rumah dan tugas lain, membantu meringankan beban yang seringkali dipikul oleh pasangan mereka. Mereka menambah bahawa untuk mengekalkan rumah tangga yang bahagia dan harmoni, komunikasi antara pasangan adalah penting.

eRali ini juga telah dianjurkan agar lebih daripada sekadar platform untuk membina dan mengekalkan pemakanan yang sihat untuk para ibu dan keluarga mereka. Ini menunjukkan bahawa Amway dan Nutrilite bukan hanya jenama produk yang dipilih oleh seseorang untuk digunakan; Amway adalah perniagaan mampan dengan fokus untuk melahirkan usahawan yang berjaya.

eRali ini telah distrim secara langsung di halaman Facebook Nutrilite Malaysia kepada lebih daripada 26,000 penonton. Sejumlah 25 ABO telah diumumkan sebagai pemenang kuiz mini, dan mereka membawa pulang hadiah daripada Pandora, Les Georgettes dan Bawal Exclusive.